BAB 4

Other Completed 679

Disebabkan rupa beliau yang unik, beliau sering dipandang rendah dan tidak didekati oleh rakannya yang lain. Hal ini kerana kebanyakan orang Jepun tidak boleh menerima idea yang Encik Haneda tidak seperti lelaki Jepun biasa. Rupa beliau juga menyebabkan dia susah mendapatkan pekerjaan di Tokyo kerana kebanyakan majikan beranggapan dia seorang warga asing yang tidak boleh dipercayai. Demikian itu, beliau membuat keputusan untuk membuka rumah pertumpangan untuk pelancong asing yang mahu bergaul dengan pelancong dari negara luar.

Cerita Encik Haneda membuka mata aku yang beranggapan rupa tidak akan memberi kesan yang besar kepada hidup seseorang. Di Malaysia, ramai majikan tidak berapa peduli dengan rupa kita dan hanya fokus dengan kebolehan kita untuk bekerja. Namun, kehidupan Encik Haneda mengajar aku yang aku patut bersyukur dengan toleransi yang ada di negara aku. Percutian aku ke Jepun berakhir selepas 8 hari aku berada di negara itu. Setibanya aku kembali di tanah air, aku mula bekerja seperti sebelum aku ke Jepun dan mula merancang percutian aku seterusnya.

Pada bulan Disember, aku berangkat ke negara jiran Malaysia iaitu Filipina. Aku tiba di Manila 2 minggu sebelum sambutan perayaan hari krismas tetapi suasana di kota ini juga sudah mula meriah seperti sambutan hari raya aidilfitri di Malaysia. Pada hari ketiga aku berada di Manila, aku berbual dengan seorang wanita di sebuah kedai kasut di sebuah pusat membeli belah. Ketika kami sedang berbual, seorang kanak-kanak tiba ke dalam kedai itu dan segera memeluk wanita itu. Aku mendapat tahu yang budak itu adalah anak lelaki kepada wanita yang bernama Susan. Susan baru berumur 22 tahun akan tetapi sudah mempunyai anak lelaki comel yang berumur 6 tahun. Susan menceritakan tentang kehidupannya kepada aku, rakan barunya yang berasal daripada Malaysia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience