BAB 6

Romance Completed 2474

“Kita hidup dikelilingi dunia yang materialistik. Termasuklah cinta manusia yang juga dijadikan bahan sanjungan. Rumah tangga adalah kebanggaan bukan lagi amanah. Anak-anak adalah harga diri bukan lagi amanah,” balas Atari.

“Semuanya kita hendak miliki. Kalau tidak, kita rasa kekurangan. Bagaikan ada kelompangan dalam hidup kita. Tetapi kita tetap kata cukuplah Allah SWT itu bagiku.”

Aku terdiam lama jadinya.

“Kelukaan akak akan sembuh, Insya-Allah. Berfikir secara positif. Apa yang bakal akak dapat dari semua pengalaman ini,” katanya lagi.

“Yang pastinya bukan sebuah novel cinta.” Aku ketawa kecil.

“Kak, pernahkah akak terfikir bahawa berdepan dengan ketakutan itu adalah penawarnya?”

Aku terdiam makin lama.

“Kak, malam ni jemput ke surau. Ada bacaan hadis.” Pesan Atari sebelum meninggalkan aku sendirian di situ menatap langit senja yang semakin berwarna-warni. Alangkah indahnya jika dia ada bersama..

“Akak sedang belajar menerima kenyataan.” Keesokan harinya aku membuka mulut juga kepada Atari. Disaksikan langit biru dan angin pagi yang menderu-deru datang dari arah laut.

“Bahawa cinta itu bukan milik akak?” sambung Atari.

“Cinta itu tak pernah jadi milik akak.”

Atari angguk.

“Cinta itu tak pernah jadi milik kita,” balas Atari.

“Ia milik Allah SWT. Andai diberikan kepada kita, kita dapatlah. Kalau tak… usaha macam mana pun kita takkan dapat. Banyak orang lupa bahawa cinta itu juga satu rezeki. Ramai yang fikir cinta itu milik hati. Namun mereka lupa siapa yang memiliki hati manusia. Siapa yang berkuasa membolak-balikkan hati dan perasaan manusia?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience