BAB 9

Romance Completed 2474

“Solat dan bersabar,” tambah Atari.

“Itulah penawar semua kelukaan dalam dunia ni.”

Akhirnya aku angguk. Sememangnya tidak ada jawapan yang lain untuk mengubati kelukaan ini. Lari ke hujung dunia pun tidak akan membantu kerana yang luka itu adalah hati. Ke mana pun aku pergi, aku akan membawanya.

“Hadapi saja ketakutan tu kak,” pujuk Atari lagi.

Aku diam.

HARI ketiga aku di Pulau Gemia. Hatiku sememangnya makin damai di sini. Siang bercumbu dengan ombak, malam berqiamullail sambil ditemani bintang dan bulan. Waktu yang tersisa, aku habiskan dengan mengaji dan mengaji. Kak Wiyah dan suaminya membiarkan aku buat sesuka hatiku di situ. Mungkin mereka faham. Aku sedang bergelut dengan kesedihanku sendiri.

“Esok akak balik,” kataku apabila dikunjungi Atari di rumah Kak Wiyah.

“Dah bersedia?”

“Insya-Allah,” balasku. Aku sememangnya berharap aku sudah bersedia kerana setelah memikirkannya masak-masak, aku sedar aku tetap mencintai dia.

“Akak tetap mencintai dia. Akak masih belum dapat melupakan dia. Membenci lagi tak boleh.”

Atari tersenyum.

“Cinta yang sebenar-benarnya cinta, itulah namanya cinta sejati,” ujarnya

“Akak nak tahu, dia sebenarnya bertua kerana mendapat cinta sejati daripada akak. Dan akak walaupun dalam kesakitan sebenarnya turut bertuah kerana dianugerahkan cinta sejati seperti itu. Tahukah akak bahawa tidak semua di dunia ini dapat merasa nikmat dan keindahan cinta sejati. Kebiasaannya bila pasangan itu berpisah maka cinta akan terhenti, sudah tiada lago doa untuk insan yang dicintai itu bahkan ada yang memohon agar malapetaka pada insan yang prnah dipanggil sayang, darling dan baby itu tadi.’’ ‘’Kerana memori itu amat menyakitkan,” jawabku selamba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience