BAB 2

Romance Completed 2474

“Nampk tak bezanya sekarang, sebab itulah banyak cerita cinta memilih latar belakang laut, salji, gunung ganag dan bukan kat ladang kelapa sawit, ladang getah dan sebagainya.’’

Atari terdiam.

“Amboi, nak tahu juga kalau kakak datang dari jauh ni bukan nak beri saya kelas penulisan novel, kan?” tanyanya berseloroh.

“jadi apa yang akak boleh beri sebagai bayaran? Semua Atari sediakan percuma, makan minum dan tempat tinggal,” balasku dengan tenang. Ya, rasa sedikit kekok apabila tiba sahaja di situ dan diberitahu Atari yang tempat tinggal dan makan minumku semua sudah diurus oleh abang dan kakak iparnya dengan syarat aku sudi menetap di sebuah rumah nelayan.

Mana mungkin aku menolak kesempatan itu walaupun aku menolak tawaran semuanya ‘percuma’ Namun penolakanku ditolak dengan budi bahasa yang baik sehingga aku terpaksa mengalah.

“Kak, cakaplah.” Atari memandang wajahku lama-lama.

“Nak cakap apa?”

“Lari sampai ke hujung pulau ni… takkan tak ada apa-apa?”

“Tak ada apa-pa,” balasku lagi seraya menyambung menunganku. Mustahil tidak ada apa-apa yang membawa aku ke pulau nelayan yang kecil itu namun untuk mencurahkan segala-galanya kepada Atari juga tidak mudah.

“Cinta tak kesampaian?” tekanya pula.

“Akak sedang memujuk hati, okey?” Keras sedikit suaraku.

Atari tergamam.Kemudian mengangguk.

“Semoga pulau ini dapat memujuk akak,” katanya dengan lembut.

“Dan dapat memberikan inspirasi untuk novel akak seterusnya.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience