BAB 4

Romance Completed 2474

Aku pandang dia. Antara aku dan dia sudah seperti adik-beradik. Banyak yang aku tahu pasal dia dan banyak yang dia tahu pasal aku.

“Takkan Atari sorang saja yang nak qiamullail?”

“Alhamdulillah. Tapi takkan sampai tak tidur langsung?”

“Siapa pula yang tak tidur? Akak tidur tapi tak lama,” balasku sejujurnya.

Sememangnya kebelakangan ini aku kurang tidur. Kalau terlelap pun hanya sejam dua. Selepas itu akan terjaga dan melakukan solat sunat sehinggalah aku penat. Kadang-kadang aku terlelap di atas sejadah dan aku sangat bersyukur kerana masih diberikan sedikit nikmat tidur.

“Solat dan bersabar ya, kak?” Tanya Atari penuh makna. Menjeling sekilas sebelum melemparkan pandangan matanya jauh ke tengah laut.

Aku angguk perlahan. Aku faham Atari cuba memahami masalah yang sedang aku hadapi tetapi aku belum terbuka hati untuk berbicara.

PETANG itu aku ke tepi pantai. Menyepak-nyepak air laut, merendam kaki sampai tenggelam dalam pasir. Sesekali berlari mengejar gigi ombak yang pasang surut dan sesekali tunduk mengutip kulit kerang yang pecah-pecah.

“Ini untuk akak,” kata Atari.

Aku terkejut besar. Entah sejak bila Atari mengekori aku, aku pun tidak perasan.

“Apa benda ni?” Aku ambil juga sebuah kotak kecil berbentuk bulat berwarna merah muda metalik. Aku buka dan mataku tertancap kepada seutas mutiara. Hendak dikatakan rantai bukan, hendak dikatakan gelang juga bukan.

“Tasbih,” kata Atari bagaikan mengerti kekeliruan yang berlegar di kepalaku.

Aku tersenyum lebar.

“Terima kasih, cantik!” Aku puji sejujurnya. Sememangnya itu tasbih yang cukup indah di mataku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience