BAB 1

Romance Completed 2474

“Perkara yang paling teruk tentang memori bukanlah pada kesakitan, akan tetapi kesunyian itu. Bukankan memori adalah sesuatu untuk dikenang dan dikongsi?’’

“Kenapa mesti di sini? Sering saja kisah cinta digarap di sini” ‘’Hello!’’ ujarnya lagi dna kali ini aku segera menoleh pada suaranya yang mengganggu lamunanku tadi.

“Apa Atari tanya?”

“Saya tanya tadi kenapa cerita-cerita cinta mesti ada scene cinta di tepi laut? Kenapa laut? Kenapa bukan di tengah ladang getah ke, lading teh ke atau dusun durian? Kalau bercinta sambil makan durian kan bagus, sedap sikit nak-nak lagi durian Musang King!”

Aku ketawa kecil. Aku faham benar persoalan yang dihujahkan Atari itu kerana aku seorang penulis barangkali juga kerana pada waktu itu kami berdua sedang duduk termenung menghadap Laut Cina Selatan yang mana ombaknya ganas menhempas pantai, deruang angin juga menggerbangkan rambutnya dan tudung bawal yang ku pakai.

“Tapi sebelum tu saya nak tanya, kenapa Atari memilih untuk menetap di pulau ini? Dengan bakat dan kelayakan Atari boleh je kerja kat bandar besar,’’ tanyaku. Aku takkan semudah memberikan jawapan sebelum aku juga menguji mindanya dengan soalan yang membuat dia berfikir.

“Ada bezanya, itu lain,” jawab Atari sambil tersenyum.

“Atari, tiada bezanya dan lain dari kehidupan kita. Apa yang kita tulis selalunya tak jauh berbeza dari reality kehidupan kita. Apa yang kita suka, apa yang kita tidak suka, apa yang menyedihkan kita dan apa yang menjadi impian kita, semuanya akan kita terjemahkan ia dalam penulisan kerana pada dasarnya kita adalah manusia dan kita sedang bercerita tentang manusia.’’ Jawabku.

“Jikalau begitu, maka ia bukan watak sebaliknya ia adalah watak kita yang kita gagal untuk jiwai atau mungkin kenali,’’ bidasnya pula.

Aku hanya mengangguk sambil tersenyum lirih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience