BAB 8

Romance Completed 2474

“Sudah terlalu lama akak mencintai dia. Tapi akhirnya akak terpaksa menerima, dia tak mencintai akak,” balasku dengan lebih tenang. Aku tahu Atari tidak pernah tahu kisah cinta yang aku sembunyikan bertahun-tahun.

“Kecewa kerana apa yang akak nak tak dapat? Merajuk?”

“Bukanlah merajuk. Kalau merajuk pun bukan ada yang nak pujuk. Akak faham soal jodoh tapi hati dan perasaan sahaja yang tak boleh nak rasa gembira seperti biasa. Kalau boleh, akak nak tarik dia keluar, nak cuci dengan air laut tu.” Aku ketawa kecil. Marah pada hati sendiri yang masih mengenang lelaki yang sudah pun menjadi suami orang. Dia sedang berbahagia sedangkan aku berendam air mata setiap hari. Bodoh sungguh!

“Hidup ni kalau tak diuji dengan pelbagai perasaan bukan manusia namanya, kan? Bezanya kita dengan haiwan dan tumbuhan ialah kita boleh meluahkan perasaan kita dengan banyak cara. Mereka tidak. Paling tinggi pun boleh berbunyi atau memberi reaksi.”

Aku angguk faham.

“Akak jangan fikir ini ujian yang terakhir. Selepas ini akak mungkin akan kecewa lagi, menangis lagi, marah lagi. Tapi tak apa, pulau ni ada saja untuk akak datang menangis. Itu pun kalau pulau ni tak dilanda tsunami.”

Aku ketawa kecil.

Atari tersenyum.

“Macam tulah. Luka tetap luka tapi kita tak dijadikan untuk menangis sepanjang hidup. Kalau kita faham tujuan hidup kita, soal hati bukanlah soal yang terlalu besar, kan?” katanya dengan selamba.

“Sentiasa bersangka baik pada Allah SWT. Kita tak tahu semua perkara. Ya, memang hati akak suka dia tapi akak tak tahu semua perkara tentang dia, kan? Tapi Allah SWT tahu dia bukan yang terbaik untuk akak. Kalau akak reda dengan aturan Tuhan dan berserah pada Allah SWT untuk tentukan jodoh akak, saya percaya Allah SWT akan berikan yang terbaik untuk akak nanti.”

“Akak faham tapi….”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience