BAB 3

Romance Completed 2474

Aku diam sahaja. Entah kenapa aku seperti merasakan Atari sedang mengejekku. Ada rasa kurang senang menjalar dalam hati. Bentakan ego barangkali.

“Perli?”

Atari ketawa pula.

“Sampai bila akak nak lari dari menulis kisah cinta? Padahal saya tahu, akak boleh saja tulis, kan?”

“Baca cerita orang lain lebih senang. Lagipun dapat tolong kawan-kawan lain. Mereka dah penat menulis.”

“Semua tu alasan saja, kan kak?” balas Atari dengan selamba.

“Alasan untuk tidak berdepan dengan ketakutan sendiri.”

Aku diam. Disebabkan mulut Atari yang selalu lepas itulah, aku mencari dia walaupun jarak tempat tinggalku dari situ hampir 400 km. Disebabkan keberanian dia itulah aku rela dilambung ombak selama sejam untuk sampai di situ walaupun aku sangat fobia pada air dalam. Hanya dia yang selalu dapat menyakitkan hati aku dengan kenyataan-kenyataan yang pahit. Tetapi benar.

HARI kedua aku di Pulau Gemia. Sebuah pulau kecil yang penduduk majoritinya adalah nelayan kecil. Cuma ada sebuah resort yang baru dibina di hujung tanjung berdekatan jeti. Sebuah kedai runcit yang merangkap kedai cenderamata yang dihasilkan oleh penduduk pulau itu. Sebuah surau dan beberapa buah rumah. Itu sahaja namun aku berasa lebih damai.

“Kata Kak Wiyah, akak tak tidur malam tadi,” tegur Atari. Dihulurkan sebiji kelapa muda yang sudah ditebuk di bahagian atas. Ada sebatang straw dan sudu panjang.

Aku terus tersenyum apabila menerima pemberian itu. Pada waktu panas begitu, sememangnya air kelapa muda amat menggoda jiwa.

“Akak biasa qiamullail?” tanyanya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience