BAB 10

Romance Completed 2474

“Tapi dengan memaafkan, sakit itu akan perlahan-lahan menghilang walau parutnya masih ada.”

“Namun tidak semua orang punya kekuatan untuk memaafkan seperti akak.”

“Barangkali di situlah letak bezanya cinta yang sekadar cinta di bibir dan cinta sejati. Cinta adalah tentang mahu memiliki manakala cinta sejati tidak bersyarat dan takkan pudar bahkan ia terus menerus mahukan yang terbaik buat si dia samaada di dunia bahkan di akhirat kelak.’’

“Jadi saya percaya yang akak sudah temukan ketenangan dalam hati akak, jbolehlah lepasni tulis kisah cinta meletop, hits dan bestseller!’’ ujar Atari dan aku tersenyum lebar. Ya, hatiku telah tenang setelah mengambil keputusan untuk memaafkan dan terus mendoakan kebaikan untuk semua baik dirinya dan juga diriku.. Namun untuk menulis sebuah kisah cinta, aku harus berfikir 100 kali.

“Atari, akak bukan apa, akak takut kalau-kalau kisah yang akak tulis tu akan jadi sebuah kisah sedih. Kisah cinta yang tak kesampaian seperti realiti kehidupan akak juga. Ada ke orang nak baca kisah sedih?”tanyaku.

“Mestilah ada kak, tentu ada saja orang yang suka baca kisah sedih, kak.Sedih atau gembira, kisah yang baik adalah semestinya yang memberikan sebuah pengajaran dan teladan. Sedih juga sebagaian daripada emosi manusia, siapa yang boleh nafikan hak kesedihan itu? Kalau kisah sedih sampai tahap membunuh atau terjun bangunan itu memang sah-sahlah minta dikecam oleh sekalian makcik dan pakcik bawang di negara Malaysia yang subur dengan tanaman bawang ni kak oi,’’ perli Atari.

“Entahlah. Akak belum bersedia lagi Atari,” kataku.

‘’Jangan takut kak, hadapi ketakutan, kak. Akak seorang yang kuat cuma akak belum sedar akan kekuatan akak tu.” Ujarnya seraya membuat aku tergamam.

Esok paginya aku tinggalkan Pulau Gemia. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada Kak Wiyah sekeluarga dan juga Atari yang gigih menghantarku hingga ke jeti meskipun ku tolak berkali-kali. Lambaian terakhir kami dan pandangan yang saling berbalas ku rasa sebagai kata-kata semangat daripadanya meminta aku untuk embrace kedukaan dan jadikan ia kekuatan, dan seakan magik, aku angguk dan sematkan ia dalam hatiku.

Benar, aku kini berduka pada sebuah cinta yang tidak kesampaian namun ia bkan alasan untuk kehidupan ku terhenti dan kebahagiaanku tersekat untuk aku terus berada dala duka yang berpanjangan. Sudah tiada lagi canda tawa antara kita namun itu tidak bermakna aku harus berhenti mendoakan kesejahteraan dan juga kebahagiaanmu walau di mana saja kau berada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience