BAB 5

Romance Completed 2475

“Akak akan pakai setiap hari.”

Atari angguk dan kami terus menyusuri pantai itu sambil melihat beberapa orang kampung membersihkan bot.

“Sudah jumpa apa yang akak cari di sini?”

“Atari tak suka akak tinggal di sini?” tanyaku pula.

“Akak tahu kan itu bukan maksud saya?”

“Tak ada apa yang perlu dirisaukan. Insya-Allah, segala kelukaan ini akan sembuh,” kataku penuh makna. Aku tahu Atari faham. Masalah cinta adalah satu masalah yang sangat universal. Kalau tidak kecewa kerana cinta tidak kesampaian, pastilah kerana cinta yang dihancurkan.

“Cinta, satu kuasa yang sungguh aneh, kan? Ada kalanya seperti sebilah pisau. Ia boleh jadi sesuatu yang sangat berguna. Tapi boleh juga jadi sesuatu yang boleh menghancurkan kehidupan,” balas Atari.

“Tapi manusia tak pernah serik-serik mencari cinta walaupun kisah kekecewaan boleh kita jumpa di mana-mana.”

“Semua orang memerlukan cinta,” kataku.

“Cinta itu makanan jiwa.”

“Makanan jiwa yang salah arah,” kata Atari.

Aku terdiam lama untuk memahaminya.

“Cintakan Allah SWT. Cinta yang lain akan dipenuhi.”

Aku terus angguk.

“Tapi hati tetap perlukan masa untuk dipujuk. Nafsu manusia,” kataku.

“Bukannya tak faham, bukannya tak tahu Allah SWT itu sempurna. Sudah cukup Allah SWT itu untuk manusia tapi….”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience