Episod 9

Short Story Completed 431

HANA berjalan masuk ke dalam kelas. Dia mengeluh sebaik terlihat kelibat Izzati yang sedang menelaah. Dia mendekati dan duduk di sebelah Izzati. Izzati menoleh. Dia tersenyum memandang Hana. Hana memasukkan beg sekolah ke dalam laci meja.

“Afternoon, Hana? How are you today? Do you still have a nightmare?” Izzati memulakan bicara. Hana kaget dengan kata-kata Izzati.

“Kau kenapa? Perli aku, ye?” soal Hana. Dia mencebik ke arah Izzati.

“Eh.. Tak lah. Hari tu kan kau mengigau. Kau mimpi apa?”

“Tak ada apa. Nanti aku cerita. Ngeri sangat,” Hana acuh.

“Kau takut ke dengan mimpi tu?”

“Kalau kau, pun mesti akan takut juga. Oh ye, sebelum aku lupa…”

Hana memunggah beg sekolahnya dan mengeluarkan sesuatu. “Tolong bagi balik pada abang kau ye? Aku dah beritahu semua kat dia. Dalam plastik ni ada semua barang yang dia dah bagi kat aku. Aku tak boleh simpan.”

Izzati kaget. Dijenguknya isi plastik. Dia memandang Hana. Keningnya bergabung.

“Handset ni? Pulangkan juga?”

“Ye, Ibu aku dah tahu. Ibu aku marah sangat. Tolong ye? Cakap kat abang kau, jangan kacau aku lagi. Aku minta maaf sangat-sangat.” Hana berbohong asalkan dia tidak diganggu lagi oleh Iqbal dan Lembaga yang mengerikan dalam mimpinya. Dia trauma sudah.

“Ok, aku sampaikan nanti.”

Cepat-cepat Izzati memasukkan bungkusan itu ke dalam beg. Takut dilihat guru atau pengawas sekolah. Sudahlah ada pula ketua pengawas sekelas dengan mereka. Lagi haru, ketua pengawas tu duduk di hadapan mereka. Ahmad. Kena rampas barang-barang ni nanti, tak pasal-pasal masuk dalam rekod disiplin pelajar.

“Hana, betul ke kau ok?” soal Izzati, risau.

“Kenapa kau cakap macam tu?”

“Kau dah lain. Kau macam dah berubah. Kau macam matang. Cara kau cakap pun dah lain.” soal Izzati lagi.

Hana hanya ketawa mendengarkan kata-kata Izzati. Dia tergeleng-geleng. Betul ke aku dah berubah? Bisiknya dalam hati bersama sisa ketawa.

“Kau tahu, Izzati? Kau tak sedar, yang kau pun sama juga.”

“Sebab aku terikut kau lah, minah!”

Terletus ketawa keduanya. Ahmad yang duduk di hadapan mereka berasa terganggu. Dia tak marah sebaliknya dia tersenyum. Perlahan dia memusingkan badannya menghadap Hana dan Izzati.

“Happy nampak. Apa kes?” sampuk Ahmad.

“Ha Ahmad, tak ada apa. Saja gelak.” Jawab Izzati.

“Kita orang ganggu kau baca buku ke?” soal Hana.

Mereka tahu. Malah satu sekolah juga kenal Ahmad. Seorang ketua pengawas yang tak banyak cakap, suka membaca walaupun sedang berjalan.

“Eh, tak adalah.” Jawabnya tersenyum. Sejuk hati terasa sesiapa yang melihat senyuman Ahmad.

“Kenapa aku tak pernah cuba nak berkawan dengan Ahmad sebelum ni ye?” bisik hati Hana. Ada sesuatu dalam hatinya berkata untuk lebih kenal dengan Ahmad.

“Dengar tadi macam ada nightmare je, kenapa?” soal Ahmad. Matanya memandang tepat ke mata Hana. Segera Hana memalingkan pandangannya.

“Ini ha..”

“Eh, tak ada apalah. Biasalah nightmare,” pantas Hana memintas kata Izzati. Matanya menjeling Izzati. Satu hal nak kena cerita nanti.

“Siapa suruh tidur siang. Padan muka!” perli Izzati sambil tersengih. Hana mencebik lagi.

“Itu bukan nightmare dah kalau siang,” Ahmad ketawa.

“Habis tu? Kau ada word English yang lagi baik? Kau kan pandai sangat!”

Tajam ayat yang dituturkan Hana. Izzati mungkin rasa Hana hanya bergurau tapi tidak Ahmad. Dia dapat rasakan Hana terasa dan merajuk. Teruk sangat ke mimpi tu? Bisik hati Ahmad.

Hana segera bangun keluar dari kelas. Panggilan Izzati langsung tak dilayan. Hatinya terasa bengkak. Lebih-lebih lagi apabila Ahmad macam memperlekehkan dia. Dia tak tahu kenapa dia rasa begitu. Nightmare yang dialami terasa begitu ngeri. Risau kalau mimpi itu muncul lagi. Tu yang membuatkan Hana jadi sensitif.

Hana masuk ke dalam toilet dimulai dengan langkah kaki kiri dan lafaz bismillah. Dia terus ke sinki untuk membasuh tangan dan muka. Ketika dia melihat ke dalam cermin, Hana terlihat Lembaga yang menghantui mimpinya. Pantas dia memandang ke belakangnya. Kosong. Hana melihat kembali ke dalam cermin. Kosong.

Denyutan jantung usah dikata. Berdenyut laju bagai keretapi laju. Pantas Hana menutup pili air dan berlari-lari anak menuju ke kelas.

“Eh, Hana? Kenapa kau ni berpeluh? Kau ok ke?” soal Izzati sebaik Hana duduk di tempatnya. Hana menggeleng perlahan. Dia diam. Tidak mahu berkata apa. Hana mengambil nafas.

Ahmad berpaling sekejap. Dia memandang Hana. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. Nantilah dia korek cerita Hana. Dari Izzati ke. Berminat pula nak tahu. Sekarang, cikgu dah masuk kelas. Kena fokus!

***

“Hana!” panggil Ahmad. Langkahnya segera dilajukan. Hana menunggu.

“Ada apa?”

“Kau nak balik dah ke?”

“Belum. Bas aku lambat lagi. Kenapa?”

“Zati pun?”

“Abang aku ambil. Sampai dah kot dia tu.” Jawab Izzati.

“Hana, boleh aku cakap sikit dengan kau?”

“Boleh. Apa dia?”

Ahmad memandang Izzati. Serba salah pula dia nak cakap depan Izzati. Nanti dikatanya penyibuk pula. Tapi memang penyibuk pun.

Izzati seolah memahami. “Ye. Aku faham. Aku nak baliklah ni. Boraklah kau orang berdua. Bye!”

“Oit, apa aku kata dulu? Don’t say goodbye but say I hope can see you again.”

“Me too. Ever and ever.”

Hana dan Izzati ketawa sejenak sebelum Izzati pergi meninggalkan Hana dan Ahmad berdua. Ahmad hanya tersenyum. Gedik betul.

“Jom tunggu kat luar. Senang nak cakap. Boleh duduk-duduk.” Ajak Hana. Ahmad mengangguk dan beriring berjalan dengan Hana.

“Tapi kita jalan slow sampai Zati dah balik, ok?”

Ahmad mengangguk walhal dalam hati tertanya-tanya. Adalah lebih baik kalau dia diam saja. Pertama kali berjalan dengan Hana, dia rasa lain. Yang pasti dia rasa gembira. Hatinya ketawa. Hahaha.

***

Hana berbaring di atas katil. Tangan kanannya dijadikan bantal untuk menampung kepalanya walaupun bantal sudah pun berada di bawah kepalanya. Fikirannya ligat memikirkan tentang apa yang Ahmad katakan petang tadi. Sewaktu mereka duduk berdua sementara menunggu bas sekolah Hana.

“Apa yang kau nak cakap tadi tu?” soal Hana sebaik mereka melabuhkan punggung.

Selepas Izzati pulang dengan Iqbal tadi, barulah Hana berani keluar dari pagar sekolah.

“Kadang-kadang kita tak sedar bila kita diperhatikan orang, kan?”

Hana mengecilkan matanya. Dia kurang faham maksud Ahmad. Ahmad tersenyum nipis. Pandangannya masih memandang jalan.

“Aku tak faham. Apa kau nak sampaikan?”

Ahmad masih tersenyum. Dia memandang Hana.

“Kau keluar dengan abang Izzati lagi ke?”

“Mana kau tahu ni?”

“Tulah aku cakap. Kadang-kadang kita ni tak sedar bila kita diperhatikan orang. Bila kita keluar dari rumah, kita cuma straight nak pergi destinasi kita je. Kau tak pernah terfikir ke masa kau keluar tu, rasa nak tengok keliling kau? Kalau-kalau kau terserempak dengan orang yang kau kenal?”

Hana senyap. “Dia ada nampak aku dekat mana-mana ke?” Getus hatinya.

“Sabtu lepas kau pergi PPAS kan? Aku nampak kau dekat library tu la. Allah tu Maha Kuasa. Kalau Dia nak tunjuk, bila-bila masa saja.” Ahmad tersengih. Hana tergamam.

“Kau ada ikut aku ke? Kau ada nampak aku kat mana-mana selain PPAS tu?” soal Hana. Dia cemas.

“Tak ada. Aku cuma nampak kau keluar dengan abang Zati lepas Zati dengan budak kecil tu pergi naik atas. Itu je.”

Hana terdiam. Dia tahu itu betul. Tiada apa untuk disangkal.

“Aku nak minta maaf.”

“Sebab?”

“Sebab selama ni aku terdengar apa yang kau dengan Zati sembang kat belakang aku. kuat. Kau ingat aku tak dengar? Nak baca buku pun tak senang.” Ahmad ketawa.

Sekali lagi Hana terdiam. Banyak yang disembangkan. Semuanya ke dia dengar?

“Aku minta maaf kalau kita orang kacau kau study.”

“Hana, dunia ni kita hidup sementara je. Akhirat itu tetap kekal abadi. Kau kena jaga tingkahlaku kau. Demi adik beradik lelaki dan ayah kau. Kesian mereka. Kau pun tahu kan? Setiap apa yang kau lakukan, segala keburukan kau, mereka yang tanggung dosa kau melainkan mereka pernah tegur kau. Kau tak kesian ke?”

Hana diam lagi. Dia tahu semua tu. Bukan dia tak sedar. Ustaz, Ibu, Ayah pun banyak berpesan. Kadang-kala dia je yang degil. Banyak lagi yang perlu dia pelajari untuk tempuhi perjalanan hidup. Banyak onak duri cabaran dalam dugaan yang akan dihadiahkan buat diri sendiri.

“Tapi aku tak ada adik beradik lelaki.”

Tiba-tiba Ahmad bangun. “Hm.. Tu je la aku nak cakap. Oklah, aku balik dulu. Assalamualaikum.” Ahmad terus berlalu.

Memang. Keluar berdua dengan Iqbal. Berpegang tangan. Berpelukan. Hana menyesal. Dia masih budak. Remaja. Tapi berlagak macam dah besar panjang, dewasa. Terasa bodoh sekali dia rasa sebab ikut kehendak Iqbal. Salah dia juga, tidak kuat iman. Salah dia juga, terlalu menolak nasihat Ibu dan Ayah padahal pesan itu yang sentiasa diingati.

Dia perlu jadi matang. Demi maruah keluarga, demi Ibu dan Ayah. Terutama sekali Izu, dia perlu tunjukkan contoh yang baik pada Izu supaya Izu tak akan ulang dan alami kengerian yang pernah Hana hadapi. Cukuplah sekali tu. Serik.

©KaryaSitiNadiahShahron (2020)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience