Episod 10 (terakhir)

Short Story Completed 431

Seperti hari-hari yang berlalu, pasti akan ada perhimpunan petang sebelum pelajar-pelajar sesi petang masuk ke kelas. Ada yang lewat akan didenda. Pemeriksaan kuku dan pakaian singkat juga tidak terkecuali.

“Kenapa Ahmad jumpa kau semalam? Dia nak cakap pasal apa?” Soal Izzati sebaik masuk dan duduk di dalam kelas.

Mujur Ahmad selaku ketua pengawas masuk lambat ke kelas. Nak gosip pun tak risau.

“Tak ada apa.” Jawab Hana.

“Ala… berahsia pula dia. Merajuklah macam ni.” Izzati masam mencuka.

“Betul kau nak tahu?”

“Yelah. Saspen tahu! Tak pernah-pernah dia nk cakap dengan kita. selalu pasal kerja sekolah adalah.”

“Dia kata dia suka aku.” Hana membongak. Bibirnya tersenyum sinis.

“Main-main kan? Seriuslah.”

“Muka aku seriuslah ni.” Hana cuba tahan ketawa.

“Ok.. lepas tu?” Izzati seakan percaya. Namun masih merajuk.

“Three.”

Hana ketawa kuat. Mujurlah kelas memang bingit sedikit. Tak adalah mengganggu.

“Main-main pula kau ni!” Izzati mencubit lengan Hana.

“Auuuu… sakitlah.”

“Tahu pun. Hati aku ni sakit bukan kau peduli pun.”

“Alololo. Oklah. Aku cerita.”

Izzati terus memandang penuh minat. Hana tersenyum.

“Sebenarnya, dia bagitahu aku yang dia ada pergi library itu hari. Dia nampak kita.”

“La.. Ye ke? Kenapa dia tak tegur kita?”

Hana hanya menjungkitkan bahunya.

“Lagi?” soal Izzati lagi.

“Dia nampaklah aku keluar dengan abang kau. Tinggalkan kau dengan Izu dekat sana.”

Izzati mengangguk-angguk. Hana menyambung lagi.

“Dia cakap Allah tu Maha Kuasa. Kalau Dia nak tunjuk, bila-bila masa saja.”

“Sebab apa dia cakap macam tu?”

Hana menjungkit bahu. Dia cuba ingat balik perbualan dia dengan Ahmad semalam.

“Dia cakap dunia ni kita hidup sementara je. Akhirat itu tetap kekal abadi. Kena jaga tingkahlaku. Sebab adik beradik lelaki… Dengan ayah. Ala... Ustaz pun ada pesan, Setiap keburukan yang kita buat, mereka yang tanggung dosa kau kecuali kalau dia orang memang ada tegur kau.”

“Oh... Contoh? Aku rasa aku dah cukup baik jadi anak dengan adik ni.” Izzati ketawa.

Hana hanya senyum. Izzati semakin berminat pula. Tak macam abangnya, Iqbal. Hanya tahu fikir untuk seronok sendiri dan dunia sahaja.

“Entah. Kita tunggulah Ahmad. Kita tanya dia.”

Tiba-tiba Ahmad masuk ke dalam kelas. Bagai diseru pula namanya. Eh, memang pun. Serentak Hana dan Izzati memandang Ahmad. Ahmad yang berjalan ke mejanya perasan Hana dan Izzati memandangnya. Ahmad mengangkat kening.

“Apasal pandang aku?” Ahmad tunduk melihat bajunya. Kotlah ada comot ke makanan ke.

“Aku nak tanya ni tapi kau duduklah dulu.” Ujar Izzati.

Ahmad mengeluarkan kerusi dari meja dan terus duduk. Sebaik meletakkan buku dan pen di bawah meja, Ahmad berpusing memandang Hana dan Izzati.

“Hah? Apa dia?”

Izzati memandang Hana dan memberi isyarat menyuruh Hana yang tanya. Izzati tak tahu macam mana ayat yang sesuai untuk bertanya. Hana menjeling dan mengeluh.

“Semalam kau cakap kat aku. Setiap keburukan yang kita buat, ayah dan adik beradik lelaki yang tanggung dosa. Contohnya apa?”

“Oh. Contohnya, macam aurat kau kena tutup dari kepala sampai kaki kecuali muka dengan tapak tangan. Lepas tu, pergaulan kau. Itukan ada batasnya macam yang Ustaz ajar hari tu.”

Izzati mengangguk. Hana hanya memandang Ahmad. Bagus juga Ahmad ni. Di usia muda macam ni, dah matang. Pandai mak ayah dia ajar. Eh mengelamun pula Hana ni. Memandang Ahmad pun tak berkelip.

“Hoi!” Sergah Izzati.

“Hah? Apa?”

Hana terkejut. Dia memandang Izzati dan Ahmad. Entah bila tapi Ahmad sudah memandang ke depan. Ish, jauh juga Hana mengelamun.

“Kau tengok-tengok apa? Suka Ahmad ke?” Sakat Izzati.

Ahmad memandang ke belakang dengan ekor matanya tanpa memusingkan badannya. Mencuri dengar perbualan Hana dan Izzati.

“Eh tak adalah. Aku tengah fikir apa yang si Ahmad tu cakap.”

Hana cepat-cepat mengambil pen dan kertas. Menulis sesuatu lantas serah pada Izzati.

“Semalam Ahmad cakap dia boleh dengar kita sebab katanya suara kita kuat. Aku rasa Ahmad ni telinga lintah. Kau slowlah sikit suara tu. Malu weh dia dengar.”

Izzati membalas.

“Eh, teruk betul mamat nie. Curi dengar pula. Muka saja suci. Perangai…”

Sebaik Hana baca, dia ketawa perlahan. Ahmad memandang ke belakang. Serentak Hana dan Izzati tersengih. Ahmad senyum sinis kemudian memandang ke depan semula.

***

Habis waktu sekolah, Hana dan Izzati menunggu Iqbal di kantin. Hana sengaja tak nak tunggu di luar pagar. Tak pasal-pasal terjumpa Iqbal nanti. Ada juga beberapa pelajar lain duduk di kantin. Lagipun, Izzati sedia maklum hari ni Iqbal lewat sedikit. Jadi boleh dia teman Hana sekejap. Ini peluang dia nak soal jawab dengan Hana. sejak dari sabtu lalu, Hana seolah menjauhkan diri dari Iqbal.

Langsung buat Izzati tertanya-tanya. Ditanya pada Iqbal, memanjang jawab tak tahu. Katanya elok saja dia dengan Hana hari itu. Jadi, apa masalahnya? Mesti ada apa-apa ni. Sebelum Hana tertidur, elok saja dia dengan Iqbal. Selepas tu, semua berubah.

“Hana, aku curious ni.”

“Pasal apa?”

“Mimpi kau tu. Aku rasa mimpi tu mesti ada kaitan dengan abang aku, kan? Kalau tak, takkanlah tiba-tiba kau tak nak kawan dengan abang aku lagi. Sebelum tertidur tu, kau ok saja dengan abang aku.”

Izzati memandang Hana. Serius. Hana pula memandang ke lain. Dia serba salah. Nak cerita ke tak nak ye?

“Cepatlah cerita!” Desak Izzati.

“Kalau aku cerita, nanti kau tak percaya. Kata aku buat ceritalah apalah.”

“Ala… Percaya ke tak tu belakang kira. Kau cerita saja dulu!”

Hana menceritakan semula mimpi ngeri yang dialaminya itu. Mujurlah sekali tu saja dia bermimpi ngeri macam tu. Izzati memberi respon di luar jangkaan Hana. Sekejap ternganga lepas tu angguk-angguk. Kemudian tergeleng-geleng pula. Sesekali tangannya di mulut konon membuat reaksi ngeri.

“Kenapa macam tu? Kau ada buat apa-apa yang salah ke?” soal Izzati sebaik Hana habis bercerita.

Hana mengangguk.

“Kau buat apa?”

Sekali lagi Hana serba salah. Betul ke nak cerita pasal abang dia ni? Izzati sendiri cakap abang dia baik.

“Bukan aku. Abang kaulah. Aku ikut saja.”

“Ok. Dia buat apa?” Izzati serius sekali.

“Dia ajak aku buat maksiat. Dia pegang tangan aku, peluk aku. Aku dah cakap tak nak. Tapi abang kau merajuk. Nak tak nak aku ikutlah.”

“WHAT?” Izzati seakan tidak percaya.

Hana tunduk. “Aku tahu kau tak percaya. Aku tak kisah.”

“Aku percaya! Aku tak sangka abang aku macam tu. Abang aku baik. Tapi baguslah kau tak kawan dengan dia lagi.” Izzati hampir menangis.

Izzati rasa menyesal kenalkan Hana dengan Iqbal. Dia kenal Hana. Kadang-kadang banyak kali juga Hana ulang-ulang pesan Ustaz pada Izzati. Dia kenalHana macam mana. Mereka baru kenal setahun dua. Itupun dah cukup lama. Walaupun Hana punya perangai boleh tahan juga nakal tapi dia budak baik. Dia takkan menipu.

Hana diam. Cakap banyak pun tak guna. Dia tak kisah kalaupun Izzati tak percaya.

The end.

©KaryaSitiNadiahShahron (2020)

Terima kasih sudi membaca “Cerita Tentang Hana” dari episod 1 hingga 10. Nantikan pula Cerita Cinta Izu yang sedang belajar di pusat pengajian tinggi. Terima kasih sekali lagi dari saya. Harap semua seronok dan terhibur membaca karya saya dan karya akan datang. ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience