BAB 2

Romance Completed 17142

“Sebenarnya mereka membawa hajat besar, nak menjodohkan anak mereka Adam Hakimi dengan Ayu.Adam Hakimi dah besar sekarang, ibu berkenan,orangnya baik,kejanya pun ada masa depan.Dia keja sebagai pegawai tentera di Pangkalan tentera KK.Cubalah dulu Ayu,kenal-kenal dulu.Ibu tak memaksa.”

Mendengar bicara ibu membuatkan Hanis Ayuni tergamam bagai tidak percaya.Harini dia dah jadi tunangan orang.Arg…ibu…Ayu terpaksa.!

“Ehem..napa duduk sorang-sorang?” Hanis Ayuni terperanjat mendengar sapaan suara garau di belakangnya..Pemuda itu mengambil tempat di sisinya sambil turut sama melabuhkan punggung di pangkin mengadap pemandangan sawah padi di hadapannya.

“Ibu Zulaika bagitau Hani di sini.Jadi saya datang lah.Hani tak marah kan.”Sah.ibu yang benarkan pemuda ini datang bertemunya.Seingatnya hanya abag long yang memanggilnya Hani masa kecil dulu.Tak sangkah dia masih ingat.

“Napa awak setuju?Napa awak tak menolak?” Adam Hakimi megerut kening dengan tujahan soalan yang tiba-tiba.

“Maksud saya kenapa awak tak menolak dengan pertunangan ini?” Adam Hakimi kemudiaannya ketawa kecil.

“Saya tak menolak juga tidak membantah.Saya biarkan umi dan abah yang mengatur semuanya.Kerana saya tahu apa yang diatur oleh ibu bapa ada hikmahnya.”

Hanis Ayuni mencebik.Dan aku jadi mangsa keadaan atas sikap turut perintahmu.

“Awak tak menyesal dengan keputusan keluarga awak?”

“Saya bahagia kalau mereka bahagia”

“Dan membuatkan saya pulak yang tak bahagia.?Maaflah awak,,,saya tak janji saya akan cintakan awak.Hubungan ni dan semua kebahagiaan yang wak kata ni,menjerat langkah saya untuk berjaya.Saya masih banyak benda nak capai dalam hidup.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience