BAB 1

Romance Completed 17142

Cincin belah rotan disarungkan ke jari manisnya.Hanis Ayuni memandang wajah pemuda yang segak berbaju melayu putih sedondon dengannya.Wajahnya tenang dengan seulas senyuman dibibir..Hanis Ayuni di amuk resah dan sebal.Sahlah dia kini jadi tunangan orang.Tunang kepada Adam Hakimi,pemilik wajah tenang yang selalu menimbulkan rasa hairan Hanis Ayuni.

Pertunangan yang dirancang oleh keluarga,tidak mampu ditentang oleh Hanis Ayuni.Pemuda yang dikenalinya sebagai Adam Hakimi hanya menyepi. Tiada ucapan terima dan menolak..sedar-sedar jarinya disarungkan cincin harini…!

Majlis bersurai kemudiannya.Hanis Ayuni disalam oleh keluarga Adam Hakimi .Hanis Ayuni mengukir senyuman terpaksa.Pemuda yang masih asing pada Hanis Ayuni hanya memandang dari jauh dengan wajah tenangnya.Hanis Ayuni cemburu dengan sikapnya yang sentiasa tenang.

“Ayu ingat tak Abah Mansor dan Ummi Khalida yang tinggal dekat kita masa di kampung nenek dulu tu”.Ibu bertanya memulakan pertanyaan sambil tangannya ligat menyulam pakaian tempahan orang.Hanis Ayuni mengerutkan kening cuba mengingat.Kemudiannya mengangguk mengiakan.

“Ingat tak anak sulung dia Adam Hakimi?

Hanis Ayuni samar-samar mengingat.Adam Hakimi yang digelar abang long oleh mereka semua semasa kecil dulu memandangkan dia yang paling tua antara mereka semuaJarak usia antara Hanis Ayuni dengan Adam Hakimi pun mungkin 4 atau 5 tahun.Hanis Ayuni mengangguk lagi.

“Haritu mereka ada datang ke rumah”Bicara ibu terhenti sebentar mencari ayat yang sesuai untuk anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience