BAB 9

Romance Completed 17142

Adam Hakimi merenung ke arah gadis keras hati di hadapannya.Tahukah gadis itu,mencari redha ibu bapa bermakna mencari redha Allah.?Mata Adam Hakimi berkaca.Buat pertama kalinya dia kalah. Perasaan lelakinya tersentuh.Hanis Ayuni terpegun melihat Adam Hakimi tunduk melayan hati.Seraya Adam Hakimi mengangkat muka,Matanya merah.Hanis Ayuni serbah salah.

“Maafkan saya.Saya minta maaf kerana mengganggu perasaan awak.Lusa saya akan berangkat ke Lubnan bagi menyertai operasi pengaman kat sana,mungkin 5,6 bulan.Kenduri tu sebenarnya adalah kenduri doa selamat untuk keberangkatan saya.Itulah saya berharap sangat awak datang.Tapi tak pe lah,harap kita dapat jumpa lagi lepas ni.”Hanis Ayuni memandangnya seolah tidak percaya.Ya,allah…apa yang dia buat ni.?

Adam Hakimi merapati Hanis Ayuni.Tangannya membelai rambut Hanis Ayuni sambil berbisik lagi.

“Penantian saya masih untuk awak,harap tempoh 5,6 bulan mampu menamatkan penantian saya pada awak walau hanya sekadar saya ni mampu memberi makna pada awak.Cukuplah..”Adam Hakimi merapatkan bibirnya ke dahi Hanis Ayuni.Hati Hanis Ayuni berdebar.Matanya ditutup.Dia dapat merasakan kehangatan kucupan lelaki itu di dahinya.Bila dia membuka mata,Adam Hakimi sudah berlalu lemah ke kereta meninggalkannya.Hanis Ayuni kaku.Hatinya tiba-tiba sebak.Buat pertama kalinya.Adam Hakimi?

Sudah 5 bulan sejak peristiwa malam itu berlalu.Hanis Ayuni merasakan sesuatu yang ada padanya hilang.Entah mengapa,terasa egonya terbang,terbang bersama Adam Hakimi,lelaki yang hanya sempat dikenali lewat zaman kanak-kanaknya.

Sejak 5 bulan Adam Hakimi tiada berita,mungkin kawalan tentera yang sangat ketat di sana tidak memungkinkan lelaki itu menghubunginya.Ataupun,memang Adam Hakimi merajuk dan sengaja memberi kesempatan padanya untuk berfikir.

Hanis Ayuni juga segan untuk bertanya pada Ummi Khalida.Dia rasa malu.Akhirnya dia membiarkan hari-hari yang berlalu tanpa khabar berita dari Adam Hakimi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience