BAB 5

Romance Completed 17142

“Awak pernah bercinta?”Hanis Ayuni melontarkan pertanyaan.Dia ingin tahu.Entah-entah lelaki itu mempunyai kekasih.Adam Hakimi diam sejenak,berfikir kemudian tersenyum.Entah apa yang ditafsirkannya dengan pertanyaan itu.

“Pernah,sekali”

“Kenapa tak kahwin?Umur awak pun dah 30 tahun kan.”Ketawa kecil meletus di bibir nipisnya.

“kami putus.”

“Kenapa” Hanis Ayuni bertanya hairan.

“Sebab saya bertunang dengan awak”Hanis Ayuni terperanjat.Nah,kan..ini yang dia tidak mahu,dipersalahkan atas kehancuran hubungan orang lain.

“Awak jadikan saya penyebab?Maaflah awak,saya tak ingin jadi perampas,jadi awak ada masa untuk kembali kepadanya.”

“Awak bukan penyebabnya hubungan itu putus,jadi jangan bimbang.”

“Tentu awak kecewa kan?”Adam Hakimi menyambut pertanyaan itu dengan senyuman nipis seraya mengeleng.

” Saya percaya itu ada hikmahnya.”Hanis Ayuni mengerling hairan.

“Ashira yang awak jumpa ketika majlis tadi,dialah bekas kekasih saya.Isteri kepada Fuad sahabat baik saya.”Hanis Ayuni teperanjat.Lantas dia teringat Ashira yang tengah mengandung berbual dengannya tadi.Ashira melayannya sangat baik begitu juga Fuad kelihatan melayan isterinya dengan penuh kasih sayang.Hanis Ayuni melopong.Dia menoleh wajah tenang di sampingnya.Adam Hakimi melemparkan pandangan yang sangat mendamaikan.Mencerminkan hatinya yang redha.

Pagi-pagi lagi sejambak bunga carnation dan sekotak kecil coklat fererro berada di atas meja Hanis Ayuni.Perasaan hairan menjengah hati kecilnya.Dia atas kotak coklat terletak sekeping kad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience