BAB 10

Romance Completed 17142

Hanis Ayuni terperanjat melihat nombor asing yang tertera di skrin telefon bimbitnya.Dahinya berkerut.Siapa ni?

“Boleh saya bercakap dengan Cik Hanis Ayuni?” Suara garau di sebelah sana bersuara.

“Ya,saya.Siapa ni ya?”

“Maafkan saya cik,saya Amar Farid,pegawai kepada Adam Hakimi nak memaklumkan bahawa beliau telah terkorban semasa mengikuti operasi pengaman di Lubnan.Kematian disahkan disebabkan terkena letupan bom yang dilemparkan oleh pihak musuh.Diharapkan cik dan keluarga beliau dapat bersabar..Jenazah akan di hantar pulang oleh jet pejuang Tentera Udara Malaysia lewat pagi esok.”

Ayat seterusnya tidak dapat lagi didengar oleh Hanis Ayuni.Ya,allah…Hanis Ayuni jatuh terjelepok menerima kenyataan yang Adam Hakimi sudah tiada.Penyesalan membukit dihatinya.Dia tak sempat meminta maaf.Maafkan Hani,Am…rintih Hanis Ayuni dalam tangis.

Bau kapur barus berlegar di bilik yang menempatkan jenazah Adam Hakimi.Sekujur tubuh kaku hanya mampu diratapi oleh sekeping hati milik Hanis Ayuni.Tiada apa yang lebih menyakitkan bila kita kehilangan orang yang kita baru sedar yang kita sayang dia tetapi dia telah menerima jemputan ilahi.Hanis Ayuni barharap hatinya redha.

Ummi Khalida menepuk bahunya memujuk.Serta merta Hanis Ayuni memeluk Ummi Khalida dalam esak yang ditahan.

“Sabar ya Hanis…tabah…Kalau Hanis pun sedih palagi Ummi,kehilangan anak yang Ummi kandung 9 bulan,yang Ummi jaga sehingga akhir usianya.Tapi Ummi pun tak dapat melawan kuasa Allah.” Tangis Hanis Ayuni pecah dalam pelukan Ummi Khalida.

“Hanis tak sedar Ummi…Hanis tak sedar bila Hanis sayangkan dia…tapi bila Hanis dah sedar,dia dah takda.Hanis cuma kesal Ummi…Hanis tak sempat cakap yang Hanis sayang kat dia.Dia janji nak tunggu Hanis.Hanis tak sempat Ummi…” Ummi Khalida mengangguk lemah sambil mengusap kepalanya.Pasti ada hikmah dengan apa yang diaturkan oleh Allah anakku,Ummi tidak tahu apa yang cuma diaturkan olehnya,tapi Ummi tahu Dia takkan pernah membiarkan Hanis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience