BAB 4

Romance Completed 17142

Adam Hakimi kemudiannya meminta izin untuk membawa Hanis Ayuni keluar.

Lagu Dealova nyanyian Once,penyanyi dari seberang berkumandang dalam kereta Honda Civic milik Adam Hakimi.Peralahan-lahan suara lelaki itu menyanyi perlahan mengikut alunan lagu.Memecahkan kesunyian antara mereka.Hanis Ayuni hanya menghayati suara husky Adam Hakimi tanpa sedar.

“Gemuruh ke?” Hanis Ayuni menoleh ke arah Adam Hakimi.Sungguh dia gemuruh.Kerana inilah kali pertama baginya.Terasa juga kesal kerana tak mengambil tahu mengenai keluarga lelaki itu,sekurang-kurangnya sebagai persediaan bila berhadapan dengan mereka.

“Jangan bimbanglah,ummi dan abah tak kan uji lebih-lebih,lagipun awak dah lulus ujian sebagai bakal menantu.”Selorohnya.Dia tersenyum kecil menampakkan lesung pipit di pipi kirinya.Hanis Ayuni senyum kelat.Lulus dengan mudah ya!

“Jangan gementar ok,saya akan ada di samping awak sepanjang majlis”Jaminan Adam Hakimi membuatkan hati Hanis Ayuni lega.

Kedatangan Hanis Ayuni dan Adam Hakimi disambut dengan mesra.Ummi Khalida memeluknya dengan erat.Tahulah Hanis Ayuni dari mana Adam Hakimi memiliki ketenangan kalau bukan dari ibunya Ummi Khalida.Abah Mansor tak henti-henti senyum kepadanya.Ummi Khalida memperkenalkan dia kepada tetamu yang hadir.Rasa kekok Hanis Ayuni hilang bila berada dalam keluarga Adam Hakimi.Nampak benar wajah kedua orang tua itu riang dan berseri dengan kehadirannya di rumah itu.Ya Allah,perasaan Hanis Ayuni berbaur-baur.Adam Hakimi sentiasa di sampingnya sepanjang majlis berlangsung.Majlis makan-makan itu dibuat sempena keberangkatan adik Adam Hakimi ke Australia bagi melanjutkan pelajaran.Hanis Ayuni masih ingat lagi Sofea,adik bongsu Adam Hakimi yang muda setahun darinya.

Di dalam kereta semasa menghantar Hanis Ayuni pulang,Hanis Ayuni hanya diam tanpa suara.Dia masih memikirkan kemesraan ibu bapa lelaki itu.Dia dilayan bagai anak sendiri.

“Kenapa diam?”Lelaki itu memecahkan kesunyian

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience