BAB 8

Romance Completed 17142

Hanis Ayuni lega kerana kesibukannya untuk beberapa bulan berbaloi.Dia dapat menarik nafas lega.Harap-harap kedainya mendapat sambutan hangat.Ini lah cita-citanya selama ini.

Hari sudah lewat malam bila Hanis Ayuni sampai ke rumah sewanya.Kelihatan Adam Hakimi bersandar di kereta Honda civic sambil melihat ke arah Hanis Ayuni dengan wajah kurang ceria.Serta merta Hanis Ayuni teringat yang dia sudah lupa dengan pelawaan Adam Hakimi.marah ke dia?

Lelaki berkulit sawo matang itu menghampiri gadis di hadapannya.Matanya tak lepas dari memandang wajah Hanis Ayuni.Berlainan sungguh pandangan mata lelaki itu.Dia mengeluh.

“Napa tak datang?”Soalnya lemah.Tiada lagi ketenangan dalam suara Adam Hakimi.

“Akhir-akhir ni sibuk,tak sempat.”Jawap Hanis Ayuni malas.Adam Hakimi mengeluh lagi

“Saya tunggu awak sampai awak datang,tapi awak tak datang.Saya berharap awak datang untuk hari itu saja,hanya untuk hari itu Hani .Tapi langsung tak da.”Bisiknya perlahan.

“Saya dah kata kan saya tak janji,napa nak tunggu jugak.Kenapa tak faham ni.?”Keras nada suara Hanis Ayuni.Adam Hakimi kedengaran menarik nafas panjang,menyembunyikan perasaan hatinya yang berbaur pada masa itu.Hanis Ayuni merasakan lelaki itu tidak setenang biasa.Seolah perasaannya terganggu dengan sikap tak ambil peduli Hanis Ayuni..

“Sungguh tiada maknakah saya pada awak?”lirih suaranya.

“Awak,saya dah kata,saya tak janji kat awak,napa mengharap lebih?”

“Saya dah kata saya akan tunggu awak..takda memberi maksud ke kat awak?”

“Then let it go! Lepaskan kalau awak dah tak sanggup menunggu.Jangan mengeluh pulak macam ni.Saya tak mampu macam awak, awak nak membahagiakan ibu bapa awak tapi mengabaikan kebahagiaan sendiri..semua ni…its not work Adam Hakimi!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience