BAB 7

Romance Completed 17142

“Ada.Tapi awak sibuk,sampai saya datang masa pembukaan kedai pun tak perasan.”Bulat mata Hanis Ayuni memandang wajah Adam Hakimi yang tersenyum nipis.

“Awak ada datang,?”

“Mmm,,tapi awak sibuk,jadi saya tak ganggu.”Jelasnya.Memang Hanis Ayuni sibuk sejak seminggu yang lalu.Sibuk dengan kedai yang diambil alih dari bekas bosnya En Lim.En Lim berpindah ke Singapura,oleh kerana sayang nak menamatkan perniagaan kedai bukunya,dia meminta Hanis Ayuni pekerjanya yang paling lama mengambil alih perniagaannya.

“Maaflah..saya tak perasan.”

“Tak pe…saya nak jemput datang rumah ahad depan,ada kenduri,datang ya..” Ajaknya lembut.Hanis Ayuni berkira-kira memberi jawapan.

“Saya tak janji,minggu depan ada pameran buku.”

“Tak pe,saya tunggu.”

Tapi Hanis Ayuni tetap lupa.Dia lupa dengan ajakan Adam Hakimi,dia lupa siapa Adam Hakimi dalam hidupnya dek kesibukan bekerja.Dia juga makin lupa apalagi bila Adam Hakimi seolah sengaja tidak menghubunginya.

Hanis Ayuni sibuk menguruskan kedai buku yang diambil alih.Pengubahsuaian kedai buku mini milik Hanis Ayuni kini membuatkan Hanis Ayuni mengabaikan ajakan Adam Hakimi.Seperti tidak percaya dia telah dapat memiliki kedai buku yang diidamkannya selama ini.Eliya pula menjadi rakan kongsi yang sangat komited.Boleh dikatakan pameran buku mereka mendapat sambutan dari pelanggan.Ruang kedai Hanis Ayuni yang lebih santai dan relax,malah dapat menenangkan pengunjung yang datang menarik minat pelanggan untuk datang.

Di satu sudut disediakan ruang untuk bersantai di atas lantai yang disediakan karpet bulu dan bantal kecil,di satu sudut lagi ruang minuman dan meja disediakan untuk pengunjung yang ingin membaca sambil minum.Manakala di sudut yang lain ada ruang maklumat yang dilengkapi dengan komputer dan internet,menjadikan kedai Hanis Ayuni lain dari yang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience