BAB 11

Romance Completed 17142

Hanis Ayuni terkejut bila lonceng pintu rumah sewanya berbunyi,Dia bergegas membuka pintu rumah.Seorang pemuda membelakangkannya sambil melihat sekeliling rumah.Hanis Ayuni curiga dengan sesosok tubuh itu,sambil memberi salam.Bila dia berpaling,pasu bunga yang ada di tangannya terjatuh.Mulutnya melopong.Adam Hakimi?

Pemuda itu tersenyum memandang Hanis Ayuni.Di tanganya ada sejambak bunga carnation dengan sekotak coklat.

“Adam Hakimi…awak…” bicara Hanis Ayuni bergetar..bagai tidak percaya

“Maafkan saya..ni Hanis Ayuni kan.Saya Fareez,Fareez Haikal,adik Adam Hakimi.Arwah mewasiatkan saya agar menyerahkan ini pada Hanis Ayuni tepat pada tarikhni.”Dia menghulurkan jambangan bunga itu pada Hanis Ayuni.Ya,Allah wajah mereka saling tak tumpah.apa yang Kau cuba sembunyikan dalam hikmahMu Ya Allah.?

Hanis Ayuni membuka coklat Fererro pemberian Fareez tadi.hampir-hampir Hanis Ayuni tersasar dengan perasaan sendiri.Sebentar tadi Fareez ada memberitahu ada sepucuk surat buatnya.Hanis Ayuni dengan gelojoh mengoyak tepi sampul surat.

Buat Hani,gadis carnation dan ferrero.haha…Hani jangan marah ya…

Tau tak Hani apa maksud carnation,???carnation adalah cinta pertama.Umpama cinta pertama saya kat awak.Tak percaya?percayalah kerana cinta itu lahir ketika zaman kanak-kanak kita yang kita masih tak kenal apa itu cinta..tapi saya berasa sesuatu yang indah pada ketika itu.

Bila Ummi mencadangkan menyunting awak untuk saya..saya rasa doa saya termakmul,,ataukah Ummi memang dapat merasakan perasaan anaknya ini.

Hani,ketika saya menulis surat ini,dentuman bom ada di mana-mana.Entah mengapa hati saya tersentuh malam ini.Terasa ini yang terakhir..terasa saya tak dapa menunaikan janji saya kat awak.Oleh itu,andai kita tak jumpa lagi,surat saya,bunga carnation dan ferrero akan menemui awak saban tahun..pada tarikh ini,tarikh terakhir kita berjumpa.

ADAM HAKIMI

Hanis Ayuni mendakap surat itu ke dadanya.Rupanya Adam Hakimi sudah merancang segalanya.Hani sayangkan Am…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience