“Along, sedapkan nasi ayam tadi?”
“A’ah. Memang sedap pun. Ibu masak ke?”
“Bini kesayangan Alonglah yang masak. Berselera betul Along makan tadi. Lepas ni, Intan kenalah belajar masak dengan Kak Zati. Best Along kena suap? Wahh.. so sweet pasangan pengantin baru ni. Makan pun bersuap. Untunglah Along ada bini caring macam Kak Zati.”
“Apa yang Intan cakap ni? Kan Intan yang suapkan Along..” Naqib hairan.
“Sape cakap? Kak Zatilah yang suapkan Along.. Selamat pengantin baru Kak Zati dan Along.. Intan chow dulu.. Hehe..” Naqib mengetap bibir. Hantu punya adik! Izzati pun sama. Mentang-mentanglah aku tak nampak apa-apa. Izzati menguntumkan senyuman.
*********
Tangan Naqib ligat memutar roda wheelchair. Dia tidak tahu ke mana dia bergerak. Yang dia tahu dia berada di dalam bilik. Biliknya agak luas. Kerusi rodanya terhenti. Pandangannya tetap gelap-gelita. Naqib ingin cuba berjalan semula. Setelah dua bulan, tangan kanannya sudah sembuh. Anduh di lengannya dilucutkan. Kali ini, dia mahu kedua-dua belah kakinya boleh berjalan semula. Dia sudah penat menggunakan kerusi roda. Pergerakannya terbatas.
Kaki kanannya digerakkan, dijatuhkan di atas lantai. Punggungnya diangkat. Kaki kirinya pula menapak. Dia mula berjalan perlahan-lahan. Walaupun langkahnya terhuyung-hayang, dia tetap berusaha. Kakinya terasa kebas tetapi dia tetap berdegil untuk meneruskan langkahnya. Dia menanam azam. Doktor melarangnya untuk cuba-cuba berjalan. Tetapi, sampai bila dia harus bergantung sepenuhnya kepada terapi? Dia juga harus berikhtiar selain memanjatkan doa kepada Ilahi.
Izzati memasuki biliknya. Dia mahu membawa Naqib berjalan-jalan di luar rumah. Izzati terlihat Naqib berjalan. Langkahnya tidak teratur. Tangannya teraba-raba. Izzati berasa sedih melihat Naqib.
“Naqib! Kenapa awak cuba-cuba jalan ni? Kan doktor dah pesan. Awak tak boleh sesuka hati jalan macam ni. Bahaya tau.”
“Zati, aku dah boleh jalan Zati. Kau sendiri nampak kan? Aku dah boleh jalan!” Naqib kelihatan gembira. Tiba-tiba, dia tersilap langkah. Kakinya terkena kaki meja. Tubuhnya hampir rebah namun berjaya dipaut oleh isterinya. “Aduh, beratnya awak ni..” Izzati mengomel. Tiba-tiba kaki Naqib terasa amat sakit. Kaki Izzati pula tergelincir. Dia tidak dapat menampung berat Naqib.
Akhirnya, tubuh Naqib menghempapnya. Desahan nafas Naqib terasa di tengkuk Izzati. Izzati terpana. Cepat-cepat Naqib mengalihkan tubuhnya. Dia mengaduh kesakitan. Izzati memanggil Intan Nazura. Hanya Intan yang boleh membantu. Puan Fatimah dan Tuan Othman tiada di rumah. Mereka keluar atas urusan yang tidak diketahuinya. Intan dan Izzati memapah Naqib untuk duduk semula di atas kerusi roda.
“Along ni degillah.. Nasib baik ada kita orang tau. Hish…”
“Alah.. Along nak try jalan jer. Bukan apa pun..”
“Bukan apa pun Along kata? Dah jatuh macam tu. Kak Zati lagilah.. Menggelabah risaukan Along..” Izzati menjeling Intan Nazura.
“Eleh Kak Zati..malu ler tu.. Malu-malu pulak..” Izzati mengisyaratkan Intan supaya diam.
“Naqib, kaki awak okey tak? Ada rasa sakit lagi ke?”
“Tak.. Cuma sakit sikit jer.. Nanti baiklah tuh..” Izzati memandangnya hairan. Tadi bukan main lagi muka berkerut sebab kakinya sakit. Takkan tiba-tiba je dah baik semula?
Naqib berasa lain macam. Degupan jantungnya bukan main kencang tatkala tubuhnya terjatuh atas tubuh Izzati. Takkanlah cinta lamanya berputik kembali?
Izzati menolak kerusi roda yang diduduki oleh Naqib.
“Eh.. kau nak bawak aku gi mana ni?”
“Pergi jalan-jalan kat luar rumah ler.Takkan nak terperuk dalam rumah jer.”
“Kak Zati.. tolak laju-laju..” Intan bersuara.
“Sebab awak tak dengar cakap doktor, saya tolak wheelchair ni laju-laju. Ni sebagai denda.” Izzati mendorong wheelchair itu menuju ke luar rumah. Naqib terasa angin petang meluru, menampar-nampar wajahnya. Kedua-dua belah tangan Naqib memegang sisi wheelchair.
“Zati…slowlah sikit.. Laju sangat ni!” Mereka menuju ke pintu pagar. Roda wheelchair itu terus berputar dengan laju di atas jalan tar.
“Do I care?” jawabnya ringkas. Mentang-mentanglah dulu dia pelari pecut. Izzati terus menolak kerusi roda itu.
*********
“Ibu, bila nak beritau Along pemandu yang langgar Along tu sebenarnya Kak Zati? Entah apa yang jadi kat Kak Zati kalau Along tau.”
“Intan, sekarang ni bukan masa yang sesuai nak bagitau hal tu.Kalau boleh, selamanya ibu tak nak bagitau Along. Ibu pun tak tau macam mana nak terangkan kat abang Intan tu.”
“Intan tengok Kak Zati dengan Along dah makin mesra jer. Macam mana hubungan dia orang kalau Along dapat tau? Sampai bila kita nak sorokkan hal ni?”
“Biar masa yang tentukan, Intan.” Perbualan anak-beranak itu dapat didengar oleh Naqib dengan jelas. Mereka tidak perasan yang Naqib berada di belakang mereka. Naqib sudah dapat berjalan semula tetapi dia menggunakan tongkat bagi mengelakkannya terlanggar apa-apa.
“Apa yang ibu dan Intan cakap ni? Izzati pemandu yang langgar Along?? Izzati yang buat Along cacat macam ni?? Kenapa ibu tak bagitau awal-awal lagi?! Sampai hati buat Along macam ni.”
“Along.. ibu takde pilihan. Kalau pernikahan Along tak diteruskan, ayah dapat malu. Ibu terpaksa carik calon isteri untuk Along. “
Share this novel