“Cerita Scary Movie. Kelakar sangat. ”
“Ingatkan tengok siaran apa tadi. Untunglah dapat tengok..” Kata-katanya berbaur cemburu.
“Okeylah.. saya tutup tv ni. Adil kan? Dua-dua sama-sama tak dapat tengok.”
Izzati merebahkan kepalanya di atas riba Naqib. Naqib terasa ada benda berat yang menghempap pahanya.
“Zati, kepala awak beratlah.”
“Eleh.. Masa tu badan awak terhempap saya lagi berat tau tak? Saya tak nak alih..”
Naqib mendaratkan tapak tangannya di pipi isterinya. Mukanya terasa amat licin. Dia menyentuh bibir Izzati. Kemudian, jatuh pula di keningnya. Walaupun Naqib tidak dapat melihat wajah Izzati, dia yakin yang isterinya lebih cantik daripada enam tahun yang lalu.
“Awak ni kenapa pegang-pegang muka saya ni?”
“Alah..pegang pun salah ke? Saya bayangkan bagaimana rupa awak yang sekarang..Masih cantik macam dulu ke?”
“Muka saya sekarang lagi berganda-ganda cantiklah daripada dulu.”
“Puji diri sendiri nampak.. Perasan..” Naqib memegang dahi isterinya yang ditutupi rambut. Rambutnya diselakkan. Naqib tersenyum nakal. Jarinya menjentik dahi isterinya.
“Auchh.sakitlah.. awak ni kenapa?” Izzati mengangkat kepala. Dia kembali dalam posisi duduk.
“Padan muka. Sapa suruh perasan sangat..” Naqib tergelak.
“Awak jahat.. takpelah.. kali ni saya lepaskan awak. Malas saya nak balas.” Izzati menyandarkan kepalanya di bahu suaminya pula. Tangan Naqib melingkari bahu Izzati. Dia memeluknya dengan erat.
“Naqib, awak perasan tak masa awak kat hospital dulu, ada orang yang bagi awak bunga ros?”
“Oh.. bunga ros tu. Ada. Kenapa?”
“Kalau awak nak tau yang bagi bunga tu, sayalah..Hehe..”
“Awak ke? Alah.. sorrylah.. saya dah bagi Intan bunga tu. Dia nak sangat.. But, thank you very much. ”
“Tak apa. Tak kisahlah. At least, awak dah tau yang saya betul-betul risaukan awak masa tu. Sebab saya tak nak awak rasa bosan malam ni, saya nak nyanyikan lagu untuk awak..”
“Sedap sangat ke suara tu? “
“Awak lupa ke yang saya ni dulu pernah menang pertandingan nyanyian lagu patriotik kat sekolah dulu? Johan lagi tau.”
“Okey.. sing a song for me. I’ll listen..”
“Kejap..ehem..ehem.. testing, testing..” Izzati berdehem.
“Testing, testing. Cepatlah mula.”
“Sabarlah. Okey, saya mula eh? Sound straight from the twilight… Has me up all night… I can’t fall asleep ’cause I keep thinking of you… And I saw a shadow outside my window and it’s you..” Izzati berhenti menyanyi.
“Aik?? Asal nyanyi sampai situ jer? Nak dengar lagi..”
“Part seterusnye sambung esok.. Tunggulah esok..”
“Apa ni? Nyanyi sekat-sekat..” Naqib mencebik. Izzati tertawa. Dia seronok mengenakan suaminya.
***********
Hari ini merupakan hari terpenting untuk mereka sekeluarga terutamanya Naqib. Dia akan menjalani pembedahan kornea mata setelah lama menanti. Izzati tidak putus-putus berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar.Mereka semua berada di Hospital Kuala Lumpur.
Identiti penderma dirahsiakan. Yang dia tahu penderma itu telah mengalami kemalangan. Menurut ibu bapanya, arwah berhasrat untuk mendermakan mata dan organnya kepada sesiapa yang memerlukan sebelum dia menemui ajal.
Dahulu, Sri Lanka merupakan penyumbang kornea mata kepada Malaysia. Namun, kini telah berubah. Semasa kecil, Izzati selalu beranggapan bahawa keseluruhan bebola mata si penderma akan dimasukkan ke dalam mata pesakit.
Ternyata dia silap. Hanya kornea mata si penderma sahaja yang akan diambil untuk dipindahkan. Bebola mata yang tinggal itu mungkin digunakan untuk tujuan penyelidikan. Maklumat itu pun diketahuinya daripada Fazlina. Rakan baiknya itu sangat meminati bidang perubatan terutamanya optometry.
Dia bersyukur kepada Allah kerana Allah menitipkan penderma mata untuk suaminya. Selepas keputusan SPM dahulu, ibunya mencadangkan dia untuk mengambil jurusan perubatan tetapi dia tidak begitu minat walaupun dia cemerlang dalam subjek Biology dan Chemistry. Lantas dia mengambil course perakaunan.
Hatinya tergerak untuk mendaftarkan diri untuk menderma organ. Seperti yang diketahuinya, pendermaan organ dalam Islam hukumnya harus dan dianggap sebagai suatu sedekah. Seandainya dia menderma organ, samalah seperti dia telah bersedekah.
Bukankah hadis ada menyebut : Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara iaitu sedekah jariyah , ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”
Setelah dua jam setengah, seorang doktor keluar dari bilik bedah. Izzati membetulkan selendangnya yang sedikit senget. Dalam sehari lagi, Naqib baru boleh membuka balutan di matanya. Izzati memanjatkan kesyukuran. Akhirnya, hasrat suaminya untuk melihat semula menjadi nyata. ‘You’ll become the first sight that I’ll see.’ Terngiang-ngiang kata-kata suaminya kelmarin di telinganya.
Share this novel