“Zati, ibu nak ucapkan terima kasih sebab sudi jadi isteri Naqib. Ibu tak tau macam mana nak balas. Ibu harap Zati dapat jaga Naqib dengan baik.” Puan Fatimah menggenggam kedua-dua belah pergelangan tangan Izzati.
“Ibu tak perlu ucapkan terima kasih.Zati kena bertanggungjawab. Zati akan jaga dan sayang Naqib dengan ikhlas. Sepatutnya, Zati yang patut berterima kasih. Ibu dah bagi peluang kat Zati untuk tebus balik kesilapan Zati. Ibu tak kisah? Zati dah buat Naqib buta. Zati minta maaf ibu.” Air matanya menitik. Puan Fatimah mengesat air matanya.
“Zati, bukan salah Zati. Ini semua suratan takdir. Ibu tak salahkan Zati. Kalau bukan kerana Zati ibu tak tau sikap sebenar Karina. Ada hikmah semua ni terjadi. Sekarang, Zati kena hidupkan semula semangat Naqib.” Izzati menggangguk-angguk. Dia amat menyenangi sikap ibu mertuanya.
“Ibu, Zati akan berhenti kerja. Zati nak jaga Naqib.”
“Zati serius? Zati sanggup tinggalkan kerjaya Zati ?” Izzati mengangguk lagi. Dia tidak begitu risau tentang ibunya kerana ibunya mempunyai restoran sendiri.
**********
“Lepas kau dah kecewakan hati aku dulu berani kau muncul depan aku?? Kau jadik isteri aku pulak tu. Kalau bukan kerana ibu aku, aku tak naklah terima kau.” Naqib duduk di birai katil. Wajah Izzati samar-samar dalam ingatannya. Izzati, perempuan cantik yang sudah membuat hatinya terluka.
“Naqib, saya dah terangkan kat awak dulu. Saya tak main-mainkan awak. Saya terpaksa cakap macam tu sebab Fakhrul yang ugut. Awak mungkin dah kena belasah teruk kalau saya tak cakap macam tu. Awak dah salah faham. Tak terniat pun dalan hati saya nak lukakan awak. Naqib, maafkan saya sebab cakap macam tu..” Izzati menghampiri Naqib.
“Aku tak nak dengar alasan bodoh kau tu. Kau jangan dekati aku lagi!”
“Naqib, saya cuma mintak awak maafkan saya. Dah banyak kali saya bagi penjelasan kat awak. Awak nak saya buat apa lagi supaya awak maafkan saya?”
“Dah tak ada apa yang kau perlu buat! Sebab aku takkan maafkan kau. Aku ingat kau tak sama dengan perempuan-perempuan lain kat luar sana. Rupa-rupanya sama jer. Dah ramailah aku jumpa perempuan macam kau ni. Ape motif kau nak kahwin dengan aku? Nak kaut semua harta aku?”
“Saya kahwin dengan awak sebab saya masih cintakan awak. Cinta saya takkan pudar sama seperti enam tahun lalu.”
“Kau penipu! Aku malas nak percaya lagi kata-kata kau!” Naqib terasa hatinya semakin sakit. Berat dugaannya yang harus ditanggungnya. Izzati bingung. Bagaimana dia harus mendapatkan semula kepercayaan Naqib? Hatinya belum terbuka untuk memaafkannya.
**********
Naqib berpindah ke bilik tetamu di tingkat bawah. Bilik tidurnya yang terletak di tingkat atas bertukar menjadi bilik tamu untuk sementara. Naqib masih menggunakan kerusi roda. Tangan kanannya yang patah juga masih belum sembuh.
Sudah banyak kali dia berulang-alik ke hospital bagi menjalani terapi untuk memulihkan kembali kakinya. Doktor kata mungkin dalam dua bulan dia boleh berjalan semula. Yang dia risaukan sekarang ialah matanya. Sampai saat ini masih tiada penderma. ‘Adakah aku akan menjadi buta selamanya? Aku nak lihat dunia semula.’ Dia terdengar daun pintu dikuak.
“Naqib, saya ada bawakkan makanan untuk awak. Awak tak nak makan kat dapur jadi ibu suruh saya bawakkan. Biar saya suapkan.”
“Tak payahlah kau nak berlagak caring sangat. Aku boleh makan sendiri. Kau tak payah nak susahkan diri kau layan orang buta macam aku. Lebih baik kau uruskan diri kau sendiri.” Hati Izzati terguris mendengar kata-kata suaminya.
“Mana boleh awak nak makan sendiri. Tangan kanan awak masih belum sembuh. Nah, saya suapkan.” Izzati mencedok sesudu nasi ayam dan meletakkan sedikit daging ayam di atas sudu. Dia mendekatkan sudu itu ke bibir Naqib.
Naqib terasa sudu besi itu menyentuh bibirnya. Dia menepis tanda tidak mahu. Sudu itu jatuh. Nasi tadi bertaburan. Izzati tetap sabar. Dia harus mencari jalan lain. Dia keluar dari bilik lalu meminta tolong Intan Nazura. Adik iparnya itu sangat memahami. Kisah lama tersebut telah diceritakan oleh Zati kepada Intan semalam.
“Kak Zati, macam ni. Kak Zati suap je Along tapi Intan pura-pura suapkan Along. Along bukan tau siapa yang suapkan dia.”
“Maksud Intan, Kak Zati jadi Intan, Intan pulak jadi Kak Zati, gitu?”
“Yes.. that’s it.Yang penting, Kak Zati senyap jer. Biar Intan aje yang bersuara.” Mereka masuk ke dalam bilik. Naqib masih berbaring di atas katil. Intan memulakan langkahnya.
“Along.. jom makan long.. ada nasi ayam ni.. Sedap tau. Rugi Along tak lunch. Ni kan makanan favourite Along. Meh sini Intan suapkan.”
“Zati ada ke dalam bilik ni?”
“Tetiba tanya pasal Kak Zati pulak.. Kenapa? Takkan dah rindu kut.. Kak Zati ada kat sebelah Intan ni ha. Along mengada-ngada tak nak makan. Terpaksalah Intan yang kena pujuk Along. Along dah besar pun nak kena suap jugak ke?”
“Intan nak suap Along ke tak ni? Tak nak suap dah. Pergi main jauh-jauh sana.”
“Laaa… macam merajuk jer bunyiknye.. Meh long.. Intan nak suap ni. Along tinggal bukak mulut je.” Intan Nazura dan kakak iparnya meneruskan rancangan mereka. Naqib terdengar bunyi pinggan kaca dan sudu berlaga.
Izzati menyuapkan nasi dan daging ayam ke dalam mulut Naqib. Intan Nazura tersengih. Rasa bersalah pula kerana mempermainkan abangnya. Akhirnya, licin juga pinggan kaca itu. Izzati hanya tersenyum.
Share this novel