“Ibu dan ayah hanya fikirkan maruah keluarge jer. Perasaan Along, ada ibu fikir??” Naqib menggerak-gerakkan tongkatnya. Dia mahu masuk semula ke dalam bilik. Hatinya sangat perit. Dia baru saja mahu membuka pintu hatinya untuk Izzati. Berita yang dibicarakan mereka tadi membuatkan pintu hatinya tertutup semula.
“Naqib, awak dah tau segalanya. Saya tak mintak kemalangan itu berlaku. Maaf.. ”
“Kau gila?? Aku jadi cacat macam ni sebab kau! Kau tu cuma bawa bala kat aku! Kau ingat senang-senang jer aku nak maafkan kau? Kalau hal enam tahun lepas tu bolehlah aku consider lagi. Tapi, kau dah buat aku jadi buta!
Kau ingat maaf kau tu boleh buat aku celik semula?? Tak kan?? Kau faham tak Zati, sebab kau aku rasa dah tak nak hidup lagi. Aku hilang penglihatan hanya kerana kecuaian kau! Entah apa yang kau bomohkan ibu aku sampai dia sanggup terima kau jadik menantu! “
Permata jernih mula bergenang di kelopak mata Zati. ‘Ya Allah.. apa yang harus aku buat agar suamiku memaafkan aku? Kesilapanku amat besar.’ Naqib tidak henti-henti menyalahkannya. Malam itu, Izzati tidur di atas sofa. ‘Mungkin tempatku bukan di sini.’ Hati kecilnya berdetik.
‘Zati, macam mana aku nak maafkan kau? Kau dah buat hidup aku hancur. Hati aku susah nak maafkan kau.‘
**********
Izzati mengemas pakaiannya. Tiada apa yang dapat dia lakukan. Dia baru sedar yang Naqib sukar untuk memaafkannya. Tentunya perit menjalani kehidupan sebagai orang buta apatah lagi dia yang menyebabkan Naqib cacat penglihatan. Dia harus tinggalkan keluarga Naqib. Dia harus pergi jauh daripada Naqib.
Perkahwinannya tak bermakna tanpa kemaafan daripada suaminya. Awal-awal pagi lagi dia keluar dari rumah itu. Dengan bantuan rakan baiknya, Fazlina, dia pergi dari rumah itu.Mujurlah semua penghuni rumah masih belum bangun.
“Along, bangunlah. Dah solat ke belum? Dah pukul 6.45 pagi.” Intan bertanya. Naqib berasa hairan kerana kebiasaannya Izzati yang mengejutkan dia pada waktu pagi. Naqib terpisat-pisat bangun.
“Mana Kak Zati ni? Tak nampak pun..” Intan berasa tidak sedap hati.
“Manalah Along tau. Along bukannya nampak dia pun..” Naqib masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhu’.
Intan tergerak untuk membuka pintu almari. Intan terkejut. Yang tinggal hanyalah pakaian abangnya. Pakaian kakak iparnya sehelai pun tiada. Sah! Kakak iparnya dah lari dari rumah.
“Along, Kak Zati dah lari! Along, apa kita nak buat ni? Kak Zati mesti rasa bersalah sangat. Tu yang dia pergi. Along dengar tak ni?”
“Baguslah dia dah blah dari sini! Along pun tak naklah hidup dengan orang yang dah buat Along cacat! Lebih baik dia tak ada!”
“Along! Tak baik tau cakap Kak Zati macam tu. Along sedar tak kalau bukan dia, Along tak tau perangai Karina yang sebenar! Kak Zati ikhlas jaga Along. Dia ikhlas sayang kat Along. Dia tak kisah pun Along buta. Along bukan saja buta kat luar! Kat dalam hati pun Along buta! Along tak hargai perhatian yang Kak Zati bagi kat Along!“
“Intan! Sebab perempuan tu Intan dah hilang rasa hormat pada Along?? “
“Intan cuma nak Along sedar jer. Memanglah Along tak dapat terima dia sebab dia yang langgar Along. Tapi, cuba Along fikir balik, Kak Zati berusaha nak tebus balik kesalahan dia. Along tak hargai cinta Kak Zati. Intan tak ada abang yang buta hati macam Along ni!” Intan Nazura berasa geram. Kenapalah abangnya begitu keras kepala.
***********
Sudah lebih sebulan Izzati tidak menjejakkan kaki ke rumah Naqib. Sekarang, dia tinggal di rumah sewa bersama Fazlina di Skudai. Dia menjadi guru tuisyen sementara bagi subjek Prinsip Perakaunan. Dia sudah memaklumkan kepada ibunya tentang keberadaannya. Panggilan telefon daripada ibu mertua dan adik iparnya tidak dijawab.
Puan Wahidah juga merahsiakan di mana Izzati berada. Izzati bingung bagaimana caranya untuk menjernihkan kembali hubungannya dengan Naqib. Dia harus melakukan sesuatu untuk mengembalikan kegembiraan kepada Naqib.
“Faz, aku dah tau macam mana aku nak selesaikan masalah ni.”
“Kau nak buat apa Zati? “
“Aku rasa satu-satunya cara, aku kena dermakan kornea mata aku kat Naqib..” kata Izzati dengan yakin.
“Kau dah tak betul Zati! Kau ingat ni drama Stairway To Heaven ke nak bagi mata kau segala? Cubalah kau carik jalan lain.. Derma mata kau ni bukan benda yang boleh dibuat main-main! Kau nak ke jadi buta? Kau tak fikir perasaan mak kau? Kau tunggulah sikit masa lagi. Aku yakin pasti ada penderma untuk suami kau.”
“Faz.. Naqib tu dah buta sebab aku. Puas dia menanti penderma mata tapi sampai sekarang masih tak ada. Aku rase inilah saja cara yang terbaik untuk tebus semula kecuaian aku.”
“Aku tak setuju! Aku tak setuju dengan tindakan kau ni, Zati! Cubalah kau fikir balik!”
Tiba-tiba, telefon bimbit Izzati yang terletak di atas meja berdering. Fazlina terus menyambar telefon itu. Izzati cuba merampas semula handsetnya namun gagal. Izzati melarang Fazlina daripada menjawab panggilan tersebut. Nama si pemanggil terpapar. Intan Nazura, adik ipar kawannya cuba menelefon. Dia terus menekan butang hijau.
“Helo, Assalamualaikum.. Kak Zati ke ni?”
“Waalaikumusalam.. awak Intan kan? Kak Zati tak adalah sekarang.. Intan nak pesan apa?”
“Intan nak Kak Zati balik. Pujuklah dia..”
Share this novel