“Okey, nanti Kak Faz cuba pujuk. Intan, Kak Faz ada berita baik untuk abang Intan.”
“Apa dia kak?”
“Dah ada penderma mata untuk abang Intan.”
“Macam mana Kak Faz tau?”
“Sebab yang nak derma mata tu kakak ipar Intan sendiri.”
“Huh??”
Fazlina mematikan panggilan. Izzati memarahi rakannya. Tetapi, tiada gunanya. Fazlina sudah memberitahu hasratnya untuk menjadi penderma mata untuk Naqib. Sepatutnya, dia harus merahsiakan perkara tersebut lebih-lebih lagi kepada keluarga Naqib.
“Faz.. apa yang kau dah buat ni?”
“Aku tak buat ape-ape pun.. I’m just saying the truth..”
***********
Naqib berasa sangat sunyi. Memanglah adik perempuannya selalu membuat dia ceria tetapi hidupnya terasa serba kekurangan tanpa kehadiran Izzati di sisinya. Memang benar. Perasaan kasihnya kepada Izzati muncul kembali tanpa dia sedari.
‘Ya Allah.. aku amat rindukan isteriku.. Ape yang aku dah lakukan? Aku dah buat dia pergi.. Zati, kembalilah kepadaku..’ Selama sebulan itulah dia tidak banyak bercakap. Dia bertambah murung.
Dia perlukan perhatian isterinya. Naqib teringat kembali saat-saatnya bersama Izzati. Setiap kali waktu makan, pasti Izzati yang menyuapkannya. Semua pakaiannya disediakan oleh isterinya.’Intan betul. Hati aku memang buta.’ Hatinya tergerak untuk memaafkan Izzati sekaligus mahu melupakan segala perkara sedih yang dilaluinya. Izzati harus kembali ke sisinya.
“Along, sampai bila Along nak jadi macam ni? Along dah lainlah. Along makin pendiam. Intan tau yang Along rindu kat Kak Zati kan?”
“Kalau Along cakap yang Along rindukan dia pun, Kak Zati kembali ke?”
“Kalau Along dah maafkan dia, pasti Kak Zati balik semula kat rumah ni.”
“Intan, Along sedar yang hati Along buta. Intan, tolonglah pujuk Kak Zati balik. I need her.”
“Kak Zati pergi barulah Along sedar. Along tau tak yang Kak Zati sanggup lakukan apa saja supaya Along maafkan dia. Kak Zati sanggup jadi penderma mata untuk Along tau. Tak pernah Intan jumpa orang baik seperti Kak Zati.”
“Betul ke apa yang Intan cakapkan ni?” Naqib terkejut.
“Takkanlah Intan nak tipu pulak. Betullah long. Along dah sia-siakan perempuan macam Kak Zati. Sekarang, jangan suruh Intan jadi orang tengah. Asyik-asyik Intan jer. Along usahalah sendiri.”
“Intan, tolonglah Along.. “
“Along, cubalah tackle Kak Zati balik.Intan malaslah..”
“Alah..Intan, tolonglah. Seorang adik yang baik kan kena tolong abangnya.”
“Hurmm..Yelah..”
Dengan bantuan Intan, akhirnya Izzati pulang semula ke pangkuan suaminya. Izzati berasa lega kerana akhirnya suaminya sudi memaafkan dirinya. Tetapi, jauh di sudut hatinya, dia tetap rasa bersalah. Pintu bilik dikuak. Izzati melangkah ke dalam. Naqib sedang tidur di atas katil. Jam menunjukkan 9.30 malam. Naqib mengigau.
Dia memanggil nama ‘Zati’ berulang kali. Izzati mengelus lembut rambut suaminya. Naqib tersedar. Dia duduk di atas katil.Sepertinya ada orang yang mengusap rambutnya. Izzati memulakan bicara. Dia memanggil lembut nama suaminya. Kemudian kedua-dua pergelangan tangan suaminya dipegang.
“Zati, awak ke tu? “
“Naqib, terima kasih sebab awak sudi nak maafkan saya.. Saya dah banyak buat salah kat awak..” Izzati menangis teresak-esak. Tangan suaminya dikucup.
“Zati, saya takkan maafkan awak kalau awak tinggalkan saya lagi. Saya perlukan awak..” Tangan kanan Naqib teraba-raba untuk menyentuh pipi isterinya. Izzati mendekatkan tangan suaminya ke pipinya. Ada air mata hangat yang mengalir. Ibu jari Naqib mengesat permata jernih itu. Izzati terus memeluk suaminya. Dia menangis lama.
“Zati, awak tak payah jadi penderma. Saya tak perlukan mata. Saya hanya perlukan awak dalam hidup saya. Bagi saya, awaklah mata saya. You’ll shine my way.”
“Salah saya Naqib. Saya yang sebabkan awak jadi macam ni. “
“Saya dah redha Zati. Jika beginilah takdir hidup saya, saya rela terima. Awak tak perlu rasa bersalah lagi. Sudi tak awak terima saya semula? Saya tau saya tak dapat melihat.”
“Saya tak pandang kekurangan awak, Naqib. Saya cuma menilai hati budi awak. Saya akan teman awak sepanjang hayat. “ Naqib mengusap belakang isterinya. Izzati tidak henti-henti menangis.
************
Naqib melangkah ke dalam bilik. Dia malas hendak menggunakan tongkat. Lagipun, dia sudah masak dengan susunan perabot di biliknya. Biliknya begitu luas. Siap ada sebuah televisyen lagi. Dia terdengar gelak-tawa isterinya. Pasti Izzati sedang menonton rancangan kegemarannya. Izzati menoleh ke sebelah kiri.
“Naqib! Kenapa tak pakai tongkat? Nanti terlanggar meja kan susah?” Izzati tidak pernah berubah. Selalu sangat over risau. Izzati menghampiri suaminya. Dia memimpin suaminya menuju ke arah sofa. Mereka melabuhkan punggung.
“Alah.. asal Zati ni risau sangat? Bukan ada apa-apa pun.. Zati tengah tengok cerita apa?”
Share this novel