Balutan di matanya dibuka. Naqib perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Pada mulanya pandangannya kabur kemudian bertukar menjadi jelas sedikit. Dia terlihat wajah jelita isterinya. Ternyata, dia jauh lebih cantik berbanding dahulu. Naqib berasa amat gembira. Allah telah memakbulkan doanya.
“Along dah nampak kita orang kan? Alhamdullillah… Yang Along tak berkelip pandang Kak Zati ni pehal? Taulah Kak Zati cun sangat..”
“Mestilah nampak.. Tak salah kan kalau Along tengok Kak Zati? Intan jeles ke sebab tak ada sapa yang nak pandang Intan?” Naqib bersuara. Adik perempuannya mencebik. Izzati pula hanya tertawa.
“Lepas ni bolehlah ibu buat kenduri kesyukuran..”
“Zati setuju sangat, ibu..” jawabnya ringkas.
“Along.. Along ada nampak apa-apa yang aneh tak long? Nampak ‘something’ ke..”
“Ape Intan mengarut ni?”
“Mana tau Along sixth sense.. Boleh nampak hantu macam citer The Eye tu. Lepas buat pemindahan kornea mate jer boleh nampak ‘benda’ tu.” Puan Fatimah mencubit lengan anaknya. Intan mengaduh kesakitan.
“Intan terpengaruh sangat ngan citer tu. Takdelah sampai nampak hantu. Mengarut jer..” Izzati berbicara. Naqib pula memarahi adiknya.
“Apa ni? Semua orang nak marah Intan.. Saja jer Intan cakap macam tu.” Intan memasamkan muka.
***********
“Zati..bukalah pintu ni. Saya boleh jelaskan hal tadi. Awak dah salah faham.“ Naqib mengetuk pintu kamar beberapa kali.
“Saya tak suka awak peluk-peluk dengan Karina! Sampai hati awak curang kat belakang saya!”
“Saya tak selingkuh lah. Awak dah salah faham. Saya cuma nak selamatkan Karina daripada lelaki-lelaki jahat tadi. Dia yang peluk saya sebab takut sangat. Bukak lah Zati..Saya mintak maaf..”
“Saya tak nak bukak! Saya sakit hati dengan perangai awak! “
“Saya akan tunggu awak bukak pintu ni. I’ll be waiting for you to forgive me.”
“Shut up and go away. I don’t care! Awak tunggu ke tak saya tak peduli.” Izzati berasa sedih. Dia benci melihat Naqib berpelukan dengan bekas tunangnya. Hatinya terluka. Naqib duduk di tepi pintu sambil mengetuknya beberapa kali. Dia memanggil nama isterinya tetapi tetap tiada sahutan. Izzati menyelubung tubuhnya dengan selimut. Panggilan suaminya tidak diendahkan. Baru saje berpindah rumah, hubungan mereka sudah mengalami masalah. Waktu terus berjalan.
Izzati tersedar. Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Dia tergerak untuk membuka pintu. Pasti suaminya telah tidur di bilik lain. Tombol pintu dipusingkan.Izzati terkejut. Dia berasa sangat bersalah. Naqib tertidur bersandarkan dinding. Dia kelihatan kesejukan. Lengan dan lehernya juga terdapat bintik-bintik merah tanda digigit nyamuk. ‘Ya Allah..apa yang aku dah buat?’ Izzati mengejutkan Naqib.
“Awak.. bangun.. kenapa tidur kat sini?’’ Naqib membuka matanya.
“Awak dah maafkan saya?”
“Dah maafkan… awak jangan buat macam tu lagi. Saya tak suka. I’m sorry ‘cause I didn’t believe you.”
“Yelah. Janganlah marah saya lagi. Awak tak kesian ke kat saya ni? Kena gigit nyamuk kat luar ni tau.”
“Alah.. tadikan dah mintak maaf..” Izzati memeluk suaminya.
***********
Naqib dan Izzati berjalan-jalan di taman yang berdekatan dengan rumah mereka. Malam itu sangat sunyi. Yalah. Manalah ada orang datang ke taman pukul 12 tengah malam. Mereka sibuk bermain bunga api. Taman itulah yang menemukan mereka suatu masa dahulu.
“Alah Naqib.. bunga api dah habis lah.. Kalau orang lain nampak ni mesti ingat kita dah tak betul. Nak buat apa sekarang ni?”
“Tak ada orang yang nampaklah. Kita main kejar-kejar pulak..”
“Tak rasa macam budak-budak ke nak main kejar-kejar? Kita dah 25 tahun kut..”
“Tak kisahlah umur kita berapa pon.. Jomlah main kejar-kejar. Kalau awak dapat kejar saya nanti saya bagi hadiah paling istimewa.”
“Betul ni? Kita mula sekarang eh? 1..2..” Belum sempat Izzati membilang sampai angka 3, Naqib telah melangkah seribu.
“Tak adil lah macam ni! Awak main tipu!” Izzati terus mengejar Naqib walaupun dia sudah menjauh di hadapan. Tanpa disangka, dia tersilap langkah. Izzati jatuh tersungkur. Lututnya terasa perit. Kakinya terseliuh. Naqib menoleh belakang. Dia berlari menghampiri isterinya. Izzati cuba berdiri tetapi kakinya terasa amat sakit.
“Awaklah ni nak main kejar-kejar sangat.. Tengok apa dah jadi..” Wajah Izzati bertukar muram.
“Yang awak tak hati-hati kenapa? Padan muka dah jatuh..” Naqib menyakat.
“Eeee..salahkan saya pulak.. Jomlah balik..” Izzati berasa geram.
“Alah.. merajuk ke mak cik?” Izzati bertambah sakit hati. Dia tidak menjawab. Mulutnya memuncung.
Share this novel