BAB 2

Romance Completed 8412

“Along, sabar long. Along kena terima hakikat ni. Along kena kuat.”

“Along jangan risau. Ayah akan cuba cari penderma mata untuk Along secepatnya. Ayah akan berusaha. Yang penting sekarang, Along harus kuat. “ Kali ini ayahnya pula bersuara.

“Sampai bila nak tunggu, ayah? Along tak nak jadi orang buta! Tak nak!” Puan Fatimah memeluk anaknya. Dia mengurut belakang Naqib untuk menenangkannya. Kemudian, wanita berumur itu meleraikan pelukannya.

“Ibu dengan ayah tolong keluar. Keluar! Along nak sendirian.”

“Along, kamu halau ayah dengan ibu?? Kamu ni kenapa?” Tuan Othman memarahi anaknya.

“Keluar jelah.. Along perlukan ketenangan! Tinggalkan Along sorang!”

“Bang, kita keluar jelah bang.. Naqib perlukan masa.” Puan Fatimah mumujuk suaminya.

“Yelah Imah.. kalau itulah yang anak kita mahukan..” Tuan Othman hanya menurut.

Izzati terus mengintai dari luar wad. Dia tidak sangka sampai begitu sekali keadaan Naqib. Dia kembali duduk di deretan kerusi setelah terlihat ibu bapa Naqib mahu keluar dari wad. Izzati mengeluarkan handphonenya dan menundukkan kepalanya. Dia berpura-pura menghantar SMS. Kelibat ibu bapa Naqib hilang dari pandangannya. Dia melihat lagi keadaan Naqib dari luar wad.

Cermin lut sinar di pintu wad membolehkan dia melihat Naqib yang sedang menangis di atas katil. Sekali lagi air matanya gugur. Tangan kanannya mahu memulas tombol pintu. Namun, dia menarik semula tangannya. ‘Sekarang ini bukan waktu yang sesuai untuk berjumpa dengannya.’ Air matanya dikesat. Rasa bersalah semakin menebal di lubuk hatinya. Dia mengangkat kaki dari situ.

**********

“Naqib, saya datang ni. Awak sihat?” Suara lunak Karina menampar gegendang telinganya.

“Rina, awak ke tu? Maafkan saya. Saya tak dapat nak lihat wajah awak.”

“Tak apa. Saye faham. Naqib, sebenarnya, saya ada hal penting nak cakap.”

“Hal penting apa Rina?” Naqib bertanya.

“Tentang pernikahan kita. Saya nak kita batalkan.”

“Apa? Batal? Tapi kita dah jemput ramai orang. Kenapa saat-saat akhir macam ni awak nak batalkan? Kan kita boleh tunda?” Naqib berasa amat terkejut.

“Bukan macam tu Naqib. Saya tak jadi nak kahwin dengan awak. Saya dah pulangkan balik cincin tunang kat ibu awak. Maafkan saya Naqib. “ Karina tertunduk.

“Rina, kenapa awak buat saya macam ni? Awak dah tak sukakan saya sebab saya ni cacat? Begitu?” Hati Naqib terguris. Hanya kerana dia seorang yang cacat penglihatan, tunangnya meninggalkannya.

“Awak pun faham kan? Awak dah tau sebabnya jadi saya tak perlu beritau awak. “

“Sampai hati awak buat macam ni! Cinta awak tak ikhlas! Awak hanya pentingkan luaran saja! Pergi dari sini! Pergi! Awak jangan datang jumpa saya lagi!” Naqib menghalau.

“Sekali lagi saya nak mintak maaf. Saya hanya inginkan seorang lelaki yang sempurna. Maaf sebab saya dah kecewakan awak. “ Karina beredar meninggalkan Naqib. Dia tidak mahu bersuamikan orang buta. Ya! Dia memang pentingkan diri sendiri.

“Argghh!!” Naqib menjerit sekuat hatinya.

“Kenapa semua ini berlaku kat aku? Kenapa? Kenapa kau mesti tinggalkan aku Karina??” Setelah dia disahkan buta, perkara perit ini terpaksa dilaluinya. Karina tidak ikhlas mencintainya.

Suasana di hospital amat bosan. Dia mahu pulang ke rumah. Jiwa Naqib memberontak. ‘Ape yang akan terjadi kepadaku setelah aku buta? Adakah aku kena belajar tulisan Braille? Adakah aku kena daftarkan diri untuk dapatkan kad OKU?

Arghh… Aku tak sanggup! Apa gunanya aku jadi pengurus hotel tapi mataku buta? Aku tak nak hidup macam ni! Sampai bila aku harus hidup dalam kegelapan? ’ Naqib memejamkan matanya. Pejam mata atau tidak, sama saja. Penglihatannya tetap gelap.

************

“Along..along okey? Along janganlah sedih..Sorry tau long. Intan jarang jenguk Along. Sibuk dengan kuliah. Kena praktikal lagi.” Intan Nazura risau melihat abangnya.

“Takpe. Along faham. Sejak bila Intan ada kat sini? Ibu dengan ayah tak datang ke?” Naqib bertanya.

“Intan baru je sampai. Jap lagi dia orang datanglah. Tadi ibu dengan ayah jumpa doktor tanya pasal along. Along sabarlah..”

“Along tak taulah apa nak jadi dengan hidup along.. Rina baru je mintak putus tunang.Intan mesti dah tau kan? Hidup along malang.. Semua ni salah pemandu yang langgar along tu! Along pun tak faham kenapa ibu tak laporkan dia kat polis!”

“Apa along ni? Tak baik tau cakap macam tu. Ibu dengan ayah pun tak terfikir nak saman dia. Lagipun, along sendiri dah tau kan yang dia tak sengaja langgar along. Brek kereta dia ada masalah. Pemandu tu betul-betul tak sengaja. Berapa kali Intan nak cakap? So, ibu malas nak berurusan dengan pihak polis. Intan yakin, pasti along dapat penderma mata. Along sabarlah. “

“ Mana boleh! Along buta! Along putus tunang! Semua ni salah sapa?? Salah pemandu tu!”

“Along, tak ada sesiapa yang bersalah dalam hal ni. Along sabarlah ye.. Along kan abang Intan yang paling kuat, yang paling tabah.. Along kan gagah perkasa macam Masked Rider. Hahaha..” Sikap ceria adik perempuannya membuatkan Naqib sedikit gembira.

“Along tengah sedih macam ni boleh Intan main-main pulak..Hish..”

Intan Nazura terlihat sejambak bunga ros yang terletak di atas meja.

“Along, ada sejambak bunga ros kat atas meja ni. Sapa yang bagi kat along ni? Wah.. cantiklah bunga ni. Siap ada ucapan lagi.”

“Bunga? Along tak tau pun. Along kan tak nampak apa-apa. Takkanlah Rina yang bagi? Dia bukan suka sangat bunga-bunga ni.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience