“Aku takkan cakap macam tu! Berani kau ugut aku? Jangan harap aku nak dengar cakap kau!” Izzati terus bergerak ke pintu pagar SMK Sultan Mahmud. Dia ambil remeh soal itu. ‘Kenapalah mamat ni asyik-asyik ganggu hidup aku jer?’
Jam menunjukkan pukul lima petang. Izzati mengenakan t-shirt lengan panjang dan jeans. Rambutnya yang panjang dilepaskan. Penampilannya cukup ringkas.
Dia bergerak ke taman. Dia tercari-cari kelibat Naqib. Izzati terkejut. Dua orang lelaki yang tidak dikenalinya memegang kedua-dua belah tangan Naqib. Naqib meminta untuk dilepaskan. Fakhrul terus menumbuk dan menendang perut Naqib bertubi-tubi. ‘Ya Allah, aku tak sangka Fakhrul buat macam ni. ‘ Izzati berlari ke arah mereka.
“Fakhrul, lepaskan dia! Apa yang kau buat ni?” Izzati menengking. Fakhrul diam. Naqib pula yang bersuara.
“Zati, betul ke apa yang Fakhrul cakap? Awak cuma nak main-mainkan saya je sebab saya ni anak orang kaya? Betul ke?” Izzati terkedu. Fitnah apakah ini?
“Sapa yang cakap? “
“Aku yang cakap sayangku Izzati. Kau sendiri pernah cakap yang Naqib selalu bagi barang-barang mewah. Kau suka dengan pemberian Naqib. Kau cuma sukakan harta Naqib. Bukan Naqib, kan?” Tumbukan bertubi-tubi daripada Fakhrul membuatkan perutnya terasa amat sakit.
“Mengarut! Kau memang suka mengarut! Lepaskan Naqib! Kenapa kau nak belasah Naqib?”
“Kenapa aku belasah dia?? Kau boleh tanya lagi? Zati, kau tu aku punya! Aku tak nak mamat berlagak kaya ni ngurat kau. Dia bagi kau macam-macam. Dia cuma nak ampu kau jer!“
Izzati menjadi buntu. Dia tidak sanggup lagi melihat Naqib dibelasah dengan teruk. Dalam diam, hatinya sedikit terguris kerana Naqib lebih percayakan kata-kata Fakhrul. Dia tiada pilihan lain. Dia harus berpura-pura seperti yang ditawarkan oleh Fakhrul.
“Naqib, selama ni saya hanya berpura-pura sukakan awak. Saye tiada perasaan langsung kat awak.” Izzati berkata begitu dengan berat hati.
Fakhrul tersenyum sinis. Nampaknya Izzati mendengar cakap. Dia menyuruh lelaki-lelaki tadi melepaskan Naqib. Naqib menahan sakit. Sakit di perut dan sakit di hati. Izzati meluru ke arah Naqib. Lelaki itu kelihatan sedih.
“Naqib, awak tak apa-apa? Maaf Naqib, saya terpaksa cakap macam tu. Kalau tak, Fakhrul akan terus belasah awak. Maaf..”
“Zati!! Cukuplah berlakon depan aku! Kejap kau cakap kau ada perasaan kat aku! Kejap tak! Kau jangan main-main boleh tak??! Kau memang nak harta aku je kan? Perempuan tak guna! Mata duitan! Aku tak sangka orang pandai macam kau ni bijak memainkan perasaan orang lain. Aku dah tak nak lagi percaya kat kau! Mulai hari ini, kita dah tak ada apa-apa lagi!”
Tiada lagi penggunaan kata-kata yang sopan. Izzati diherdik. Dia tidak bermakksud begitu. Dia hanya ingin melindungi Naqib. Izzati tertunduk sedih. Dia cuba menahan sebak. Dia mahu betulkan keadaan semula. Namun, butir penjelasannya tidak dipedulikan.
Fakhrul kelihatan gembira melihat drama di hadapannya. Akhirnya, dia berjaya membuat mereka berpisah. Rancangannya berhasil.
Peristiwa itu masih segar dalam ingatan Izzati. Dia telah membuat hati Naqib kecewa. Dia telah membuat Naqib terpaksa menanggung kesakitan. Sama seperti sekarang. Izzati telah melukainya dua kali. Sekali lagi dia menyebabkan Naqib kecewa kerana tunangnya meninggalkannya. Puncanya ialah kecuaian Izzati. Dia masih ingat lagi yang dia cuba menjelaskan kepada Naqib melalui telefon tetapi panggilannya tidak dijawab.
Surat-surat yang dihantarnya juga tidak dibalas. Sejak keluarganya terpaksa berpindah ke ibu kota Kuala Lumpur atas urusan kerja arwah ayahnya, hubungan mereka terputus. Izzati tidak dapat mengesan keberadaan Naqib. Dia tidak lagi tinggal di rumah lamanya. Selama enam tahun, mana-mana lelaki yang cuba mendekatinya ditolak mentah-mentah. Dia masih tidak dapat lupakan Naqib. Naqiblah lelaki yang mampu menggetarkan jiwanya.
Sekarang, Fakhrul sudah tiada. Dia maut dalam kemalangan semasa berlumba haram. Mungkin inilah balasan Yang Maha Kuasa atas perbuatan jahatnya. Izzati berazam. Dia harus mendapatkan kembali cintanya yang hilang. Memang benar seperti yang dikatakan orang, cinta pertama sukar dilupakan.
Allah menitipkan cinta kepadanya hanya sementara. Namun, waktu singkat itulah yang memberikannya sejuta memori indah. Kadangkala dia terfikir adakah ini petunjuk daripada Allah supaya umatnya sedar untuk menjaga batas pergaulan? Sudah banyak kali Izzati dan Naqib berdua-duaan. Dan adakah ini juga balasan terhadapnya kerana tidak menutup aurat dengan sempurna?
Pada usia sembilas belas tahun, Izzati mula berjinak-jinak mengenakan tudung litup sehinggalah sekarang. Dia sedar zaman sekolahnya hanya dihabiskan dengan pelajaran dan memadu kasih tanpa memikirkan kewajipan menutup aurat serta menjaga batas pergaulan.
*************
“Intan, kenapa ibu buat macam ni kat Along? Tetiba jer ibu nak teruskan perkahwinan ni. Bakal isteri Along pun Along tak tau.”
“Along, semua persiapan kan dah buat. Malulah keluarga kita kalau tak jadi. Intan yakin jodoh yang ibu carikan untuk Along tu baik. Along sendiri taukan taste ibu.”
“Siapa nama perempuan tu ?”
“Hahaha.. Along nak tau jugak pasal perempuan tu. “
“Mestilah Along kena tau. Masa akad nikah nanti kan Along kena sebut nama dia.”
“Her name is Mariana Izzati bt Hasan. Sedapkan nama dia?” Naqib berubah wajah.
‘Izzati? Kau akan jadi isteri aku? Kenapa baru sekarang kau muncul?’ Peristiwa enam tahun lalu tersingkap di layar fikirannya.
Peristiwa itu tidak diceritakan kepada siapa-siapa pun termasuk adik perempuannya, Intan Nazura. Dia hanya memberitahu kepada keluarganya bahawa dia telah dibelasah oleh penyamun. Perihal Izzati yang telah mengecewakan dirinya dahulu hanya didiamkan. Naqib memendam rasa. Dia telah dikecewakan oleh dua orang Hawa.
Share this novel