BAB 3

Romance Completed 8412

“Tak ada nama pengirim pun. Cuma tertulis,’ Salam, Naqib. Saya doakan awak cepat sembuh.’ Hish.. sapa ni? Kenapa dia tak tulis nama dia? Peliklah.. Perempuan bagi lelaki bunga? Secret admirer along kut.. Huhu..” Intan Nazura mencium bunga itu. Wangi. Nasib baik bukan bunga lili. Dia amat alah pada bunga tersebut.

“Entahlah.. Along mana tau. Intan, bila along nak keluar dari hospital ni? Bosan tau tak. Dah sebulan setengah. Baik along duduk kat rumah. Lagipun kaki along dah okey sikit. Cuma mata dengan tangan along je yang tak okey-okey.” Naqib mengeluh.

“Esok Along dah boleh check out. Along, macam mana dengan perkahwinan along?”

“Batal lah kot. Rina pun dah lari. Lagipun, siapalah nak kahwin dengan Along yang buta ni..”

“Tapi kan Along, ibu dengan ayah kata perkahwinan Along tetap diteruskan cuma pengantin perempuannya je yang bertukar.”

“What?? Biar betul??”

“Betul lah long. Ibu sendiri yang cakap dengan Intan. Alah.. rileks lah.. Best apa bercinta lepas kahwin. Nanti happy ending jugak..” Intan cuba menyedapkan hati abangnya.

“Intan.. seriuslah. Ni soal kahwin. Bukan boleh dibuat main-main. Hish budak ni..”

“Don’t worry. Everything will be going fine.”

************

“Zati, pasal lamaran yang mak cakap hari tu, Zati terima?” Puan Wahidah bertanya. Dia teringat pertemuannya dengan Puan Fatimah secara tidak sengaja di sebuah restoran. Sudah agak lama mereka bersahabat.

“Mak, Zati kena terima mak. Mungkin inilah masanya Zati tebus balik kesalahan Zati. Dulu, Zati dah kecewakan hati dia. Sekarang, Zati dah hancurkan hidup Naqib. Mak sendiri tau kan peristiwa tu? Zati tak nak hanya sebab kecuaian Zati je, keluarga Naqib mendapat malu. Zati sanggup gantikan posisi bekas tunang Naqib. “ jawab Izzati.

“Kisah lama tu tak usah diungkit lagi. Dah lama berlalu. Lagipun masa tu Zati buat sebab nak lindungi Naqib kan? Zati tak salah. Zati dah fikir masak-masak? Zati sanggup kahwin dengan Naqib? Maksud mak, Naqib kan tak sempurna. Zati sanggup jaga dia sepanjang hidup Zati?”

“Memang tak baik kita ungkit kisah lama tapi sebab peristiwa tulah sepanjang hidup Zati rasa bersalah. Apa pun, Zati tetap salah mak. Tak patut Zati buat Naqib macam tu. Zati tak kisah mak. Asalkan Zati cuba berusaha untuk tebus silap Zati. Lagipun, Zati yang sebabkan dia buta. Zati terima Naqib seadanya mak.. Tak ada orang yang sempurna dalam dunia ni.”

“Kalau Zati terima lamaran tu hanya sebab rasa bersalah, itu tak boleh Zati. Mak tak kisah Zati kahwin dengan siapa. Mak cuma nak Zati bahagia.”

“ Zati memang rasa bersalah tapi ada sebab lain Zati nak kahwin dengan Naqib, mak.”

“Maksud Zati, Zati cintakan dia?”

“Ya, mak. Zati masih cintakan Naqib.” Izzati memeluk ibunya. Puan Wahidah seakan mengerti penderitaan anaknya. Tapi, mahukah Naqib menerima semula anak perempuannya setelah apa yang terjadi?

Setelah enam tahun berlalu, akhirnya Izzati dipertemukan semula dengan Naqib tetapi dalam keadaan yang tidak diduga. Selama enam tahun itu, Izzati dirundung rasa bersalah. Perpindahannya ke Kuala Lumpur merupakan satu kesalahan. Dia tidak berpeluang untuk meminta maaf. Dia tidak berpeluang langsung berjumpa semula dengan Naqib. Dia gagal untuk membuat Naqib percaya perkara yang sebenar. Setelah peristiwa itu, mereka terputus hubungan. Cadangan ibunya untuk berpindah semula ke Johor Bahru telah menemukan cinta lamanya. Peristiwa lampau itu tergambar jelas dalam fikiran Izzati.

Enam tahun yang lalu….

“Zati, nanti datang tau kat taman. Pukul 5 petang nanti. Saya tunggu awak.” Naqib berbicara.

“Buat apa? Tak naklah. Malas.”

“Eleh..malas-malas pun nanti Zati datang jugak. Macamlah saya tak tau.”

“Yelah.. nanti kalau saya tak datang, ada orang tu merajuk pulak.. Dah kena pujuk..” Izzati tersenyum simpul. Hatinya berbunga riang. Pasti Naqib membuat surprise untuknya. Bukan dia tak tahu perangai Naqib tu. Selepas mengambil keputusan SPM, masing-masing sibuk bertanyakan result. Tetapi, Naqib dan Izzati sibuk membuat temu janji dan berbual mesra. Bercinta pun, masing-masing mendapat keputusan yang cemerlang.

Fakhrul mengintip mereka berdua. Dia memandang mereka dengan geram. Dia berasa amat cemburu tatkala melihat kemesraan mereka. Izzati menjeling Fakhrul. Tidak habis-habis Fakhrul mahu mengganggu hubungannya. Sudah berapa kali Izzati menolak cinta Fakhrul tetapi lelaki itu tetap tidak berputus asa untuk mendekati dirinya sedangkan sudah terang lagi bersuluh Izzati sukakan Naqib.

“Zati, kau nak buat apa jumpa dia kat taman?”

“Yang kau sibuk-sibuk nak tau sangat pehal? Menyemak je! Pergilah sana! Aku rimaslah tengok muka kau kat sini.” Izzati mengusir Fakhrul. Dia naik muak dengan sikap Fakhrul yang tidak faham bahasa itu. Izzati langsung tidak sukakan Fakhrul. Siapa yang suka dengan orang seperti dia? Panas baran! Gangster sekolah! Setiap petang dan malam pasti kerjanya merempit saja.

“Oooo… kau tak nak bagitau.. Takpe.. Kalau kau tak nak terima aku, kau tengoklah apa yang aku buat kat Naqib. Aku akan kerjakan Naqib cukup-cukup!”

“Kau pehal? Suka carik pasal dengan orang! Dah banyak kali aku dah cakap yang aku tak pernah suka kat kau! Asal susah sangat kau ni nak paham? Kau berani ke nak apa-apakan Naqib?”

“Kau jangan cabar aku Zati. Aku bagi tawaran kat kau. Petang ni kat taman kau cakap kat Naqib yang kau ni sebenarnya tak sukakan dia. Kau cuma olok-olok je. Dalam erti kate lain, kau ni sebenarnya main-mainkan perasaan dia. Kalau kau cakap macam tu, aku lepaskan Naqib.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience