BAB 13

Romance Completed 28762

JESLINA tersenyum kecil. Melihat Zafar yang terkedu di hadapannya hanya
melahirkan rasa lucu. Bertambah lucu apabila mata itu seakan hendak
terbuntang melihat kelibat Zatilhusna yang keluar daripada dapur rumah itu.

“It’s makan time!” ujar Zatilhusna. Mujur tidak
terhambur tawanya dengan kekagetan yang dipamerkan oleh Zafar.

“What are you doing here? How did she get here? You better
give a good answer for this Jeslina!” Seketika sahaja, wajah Zafar
sudah berubah. Moodnya juga berubah rentak. Marah menyelubungi diri.
Matanya tajam menikam Jeslina yang tersenyum lebar.

Mati terus senyuman Jeslina. Difikirkan Zafar suka, tetapi
takkan sebaliknya. Dan bertambah luas bukaan matanya apabila arahan
tidak masuk akal meniti bibir Zafar.

“Zatilhusna, you better go back now!”

“What???” Zatilhusna terkejut. Kenapa dengan Zafar ini?
“Kenapa? Tak suka saya datang sini?” soalnya terluka. Gelengan Zafar
singgah di ruang matanya, namun reaksi wajah itu sungguh berlainan
daripada apa yang dizahirkan.

Perlahan-lahan, kaki Zatilhusna mengundur. Terasa begitu
kerdil dirinya. Harus diakui, kesilapan diri yang begitu ghairah
menerima pelawaan Jeslina. Dengan siapa lagi yang dia boleh beramah
mesra, kalau bukan keluarga Zafar sendiri?

“Saya balik…” Dan langkah diheret ke pintu utama.

“Dan ini yang you nak ke, Zafar???” suara Jeslina pula menaik.

“I cuma nak my wife dalam rumah ni.”

Kuat sekali balasan itu berlayar buat pendengaran
Zatilhusna. Terkesan dengan kata-kata itu, menitis terus air matanya.
Terpaku seketika langkah dek diganggu emosi.

BAGAIKAN mayat hidup, langkahnya diatur tanpa sebarang rasa. Sedih
dengan kejadian minggu lepas cuba dikikis perlahan-lahan. Zafar tidak
pula datang untuk masuk meminang walaupun dia sudah menyatakan dengan
terang.

Entah apa nasibnya ini. Entah mana silapnya kali ini. Bukan
dia sengaja hendak ke rumah Zafar. Kakinya terheret ke situ pun hanya
kerana ajakan Jeslina. Dan Zafar, begitu tega menyuruhnya pulang!
Sungguh kejam lelaki itu…

“Hai…”

Terpaku langkah Zatilhusna dengan sapaan yang tiba-tiba itu.
Jeslina tersenyum riang di hadapannya. Bingung seketika Zatilhusna
menganalisa senyuman itu. Dia perasan Jeslina kelihatan terlalu gembira.
Dan begitu juga riak wajah itu apabila bertemu dengannya dua minggu lalu
dan berusaha menyuruhnya memujuk Zafar agar tidak pulang meninggalkan
Malaysia.

“Apa sedih-sedih ni? Bakal pengantin kena berseri…” usik
Jeslina selamba.

Zatilhusna bertambah bingung.

“Zafar macam tak suka… awak nak suruh saya bergembira?”

“You… apalah! Kan Zafar dah cakap, dia cuma nak wife dia
dalam rumah tu. You tak faham ke?” Membulat biji mata Jeslina
menjelaskan keadaan itu. Namun, dahi Zatilhusna hanya makin berkerut.

“Awaklah wife dia… apa yang awak duk merepek ni!” Tidak
semena-mena, Zatilhusna hendak marah. Tidak faham dengan permainan yang
dilihat semakin rumit.

“Zatilhusna… you ni amnesia ke? Kan I dah cerita dengan
you…” Makin membulat mata Jeslina.

Zatilhusna melopong. Telapak tangannya sudah singgah di
dahi. Sudah amnesiakah dia? Bagaimana mungkin dia melupakan begitu
sahaja kisah yang dibawakan oleh Jeslina? Sebenarnya itu semua adalah
rancangan Zafar untuk kenakan dirinya dan seperti apa yang dikatakan
oleh Jeslina, mana mungkin Zafar kahwin dengan orang lain! Bodohnya dia….

“Zafar?” soalnya laju. Risau pula kalau lelaki itu
benar-benar pulang kali ini. Mahunya dia pula kena ke Glasglow untuk
memujuk Zafar.

Jeslina tersenyum. “Dia tengah buat, apa yang dia patut buat.”

“Awak?”

Jeslina tersenyum lagi. “Dan I pun tengah buat, apa yang I
patut buat dari dulu…” mata itu terus berpaling ke arah kanan yang turut
diikuti oleh pandangan Zatilhusna. Ternoktah mata keduanya pada wajah
segak Doktor Fathi yang mula menukar haluannya.

“Mungkin I kena berusaha lebih kuat lagi. Dia langsung tak
nak pandang I…” nada Jeslina berubah rentaknya.

“Dah jumpa anak-anak awak?”

Sebaris soalan itu makin menambahkan mendung di wajah
Jeslina. Kepalanya tergeleng laju. “Mak Fathi tak bagi I tengok. Mungkin
I patut terima ni, dosa sebab dah tinggalkan dia tanpa sebarang sebab… I
bodoh, Zatil. I tinggalkan dia padahal I sayangkan dia… I just don’t
have the chance to explain because…” terhenti bait kata Jeslina. Tidak
tahu hendak memberikan alasan apa lagi. Alasan apa pun, tetap salah itu
berada di pihaknya. Benang yang basah, mustahil dapat ditegakkan. “I
love him, forever…” akuinya jujur.

“And still you choose to leave me… adakah itu maksud frasa
cinta you, Jeslina Martell Abdullah?”

Dan keadaan menjadi kaku. Kelam dan beku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience