BAB 17

Romance Completed 28762

“SAYA seronok tengok dia happy.” Jemari Zatilhusna digenggam erat oleh
Zafar. Sejak dari tadi dia memerhatikan Jeslina yang begitu sibuk
berbual dengan Jehan seolah dunia ini hanya milik mereka berdua.

“Tapi… kesian pulak tengok Doktor Fathi…” sahut Zatilhusna.

“Jes tu… bukan apa, dia rasa macam dia tak layak. Tambah
lepas semua benda yang dia dah buat pada Fathi. Biarlah… masa sebelum
ni, dia ikut saya datang sini pun sebab anak-anak. Dia nak spendtime
yang dia ada dengan mereka.”

“Dia masih boleh dirawat… pesakit Leukimia macam Jes,
bukannya semua pendek hayat. Cuma satulah, kena berdisiplin ambil
rawatan… awaklah kena jaga dia!” Bahu Zafar ditepuk memberi peringatan.

“I will, love.” Dengan senyuman nakal jawapan diberikan.
“Dan sekarang ni, bukan tanggungjawab awak ke untuk jaga saya?” Zafar
menyoal dengan kenyitan di mata.

“Siapa yang nak jaga awak? Jaga diri sendirilah!” Berani
sahaja jawapan yang diberikan oleh Zatilhusna.

“Sure?” bisikan yang kedengaran betul-betul di telinga.
“Kalau tak nak jaga abang, tahulah nanti abang nak buat apa dengan sayang.”

Bisikan itu halus sekali. Hampir sahaja meremangkan bulu
roma Zatilhusna. Tetapi, lebih daripada itu, terasa ada sesuatu yang
menggelikan hati. “Abang???” Zatilhusna ketawa.

“Macam comel sangat, awak sebut… abang.” Ulangnya lagi.
Ketawanya makin menjadi-jadi.

“Why?”

“Macam mana entah… abang?” Zatilhusna ketawa lagi dengan
jawapannya. Tidak sanggup hendak dikatakan Zafar kelihatan begitu
melucukan apabila membahasakan diri sebagai abang. Mujur sahaja tiada
slanga dalam sebutan itu. Kalau tidak, mahu tiap-tiap hari Zatilhusna
ketawa tidak berhenti.

“Zatil! Tak baik gelakkan suami…” Zafar mengetap bibir
geram. Wajahnya mulai merah. Menahan malu dan marah.

“Ya abang…” dan Zatilhusna, masih mahu mengusiknya.

“Sayang… jangan usik lebih-lebih. Sekarang ramai, nanti
berdua…” Usikan balas daripada Zafar yang terus menzipkan mulut Zatilhusna.

Seketika sahaja, bibir Zatilhusna mencebik.

“Saya tak takutlah…” balas Zatilhusna berani.

Kening Zafar terangkat. “Iya?” Dan lelaki itu ketawa.

“Iyalah… you are the men I’m in love with… why should I
scare?”

Serentak itu dahi Zatilhusna dikucup. Sama seperti yang
dilakukan ketika upacara akad nikah. Spontan juga Zatilhusna memejamkan
matanya. Syahdu itu masih terasa. Dia yang aku cinta… bisik hatinya.
Moga Allah memudahkan perjalanan hidup mereka yang seterusnya.
“Dan pengantin kita masih duk feeling berdua… sudah-sudah la. Mari
bersalam dengan tetamu dulu. Nanti boleh sambung kisah kasih sayang kamu
tu.”
Serangan usikan bertalu-talu dari tetamu membuatkan kedua mempelai tertunduk malu. Tak mengapa hari ini adalah hari mereka ‘membuli’ raja sehari.
Alhamdulillah semua berjalan lancer, aturan tuhan sangat Indah, kau berdoa dan berusaha, Allah maha mendengar doa hambaNya. Jika si dia pilihanmu, InshaAllah segalanya dipermudahkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience