BAB 7

Romance Completed 28762

“TERIMA KASIH, Doktor Fathi… susah-susah saja.” Zatilhusna serba salah
apabila Fathi, doktor senior di sini tolong belikan minuman pagi buat
dirinya. Lebih daripada serba salah, Zatilhusna rasa serba tidak kena.

“Kenapa pula nak susah… kebetulan saya nampak Zatil
termenung sorang-sorang, maybe a cup of coffee can help.” Serentak itu
Fathi sudah melabuhkan punggung di hadapan Zatilhusna. Spontan juga
matanya menangkap wajah Zatilhusna yang mempamerkan riak terkejut. Sama
sahaja reaksi itu seperti yang berlaku dua hari lepas.

Terhimpit perasaan tenang Zatilhusna apabila berdepan dengan
lelaki berusia lewat 30-an ini. Sesak nafas pula biarpun Fathi hanya
menikmati sarapan tanpa terus bersoal jawab dengannya. Melihat gaya yang
penuh tertib di hadapan mata, Zatilhusna terasa kagum seketika. Bukan
dia tidak pernah mendengar kisah hidup Doktor Fathi yang kacak ini.
Semuanya daripada mulut Faizah yang tidak pernah miss waima satu cerita.

Khabarnya isteri lelaki itu telah memohon cerai sebaik
sahaja melahirkan anak mereka yang kedua. Aduh, sedihnya! Tidak
sayangkah perempuan itu dengan anak-anak mereka yang sangat comel dan
tidak jemu dipandang mata? Zatilhusna yang terpandang sekali-sekala pun
boleh terjatuh sayang.

“Fikirkan apa?”

Bibir Zatilhusna tersenyum tanpa sedar, dan seraya bibirnya
mengorak jawapan, “Jehan dan Fasha,” ucapnya gembira.
Dan itu adalah nama anak-anak Fathi. Seakan tersedar daripada mimpi,
mata Zatilhusna terhala ke hadapan. Jantungnya berdegup kencang.
“Saya ada sebut apa-apa ke?” soalnya kalut.

Fathi tersenyum. “Awak sebut nama anak-anak saya… kenapa?”

Srappp! Bagaikan ada pisau yang menoreh ke muka,
Zatilhusna terasa pucat seketika. Apa perlunya dia menyebut nama anak
lelaki itu? Kau dah gila ke Zatil??? Rasa macam hendak pengsan pula
apabila melihat Fathi yang tersenyum manis di hadapannya. Alamak, macam
mana nak cover line supaya Doktor Fathi ini tidak berfikir yang
bukan-bukan?

“Lama tak nampak dia orang, doktor hantar ke nurseri ke?”
Kononnya soalan cover line.

“Rasanya baru semalam dia orang singgah, siap berselisih
dengan awak lagi.”

Erk! Zatilhusna terasa tercekik. Walaupun dia hanya
menghirup air kopi buatan mesin. Hendak senyum pun, seakan tidak menjadi
di wajahnya ini. Malunya!!! Bertambah malu dengan pandangan Fathi yang
sudah berlainan makna.

“I like you…”

Dan cukup ucapan itu yang hampir menggugurkan jantung
Zatilhusna. Karang gugur betul, tak bernyawa pula jadinya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience