BAB 6

Romance Completed 28762

TANGAN yang dikepal sejak tadi akhirnya dibenamkan dengan penuh rasa
geram pada dinding rumah berwarna putih itu. Sakit hatinya!

“Tak perlu nak marah lebih-lebih… semua ni salah siapa?”

Soalan itu membuatkan dengusan kasar dilepaskan. “Salah dia!
Why she has to be so nice with that guy? Sampaikan I telefon pun dia
tak jawab, dia reject call.”

Ketawa Jeslina bergema seiring dengan jawapan yang diterima.
Lama-kelamaan ketawa yang galak berubah menjadi sinis. “Zafar, you
started all this.” Sinisnya pada lelaki yang wajahnya sudah mula
menjadi merah. Dan itu petanda Zafar benar-benar marah.

“You yang paksa I!”

Jeslina ketawa besar. “I tak paksa pun, I cuba nasib… tak
sangka, you akan menurut tanpa usul periksa. Well, I always have the
luck.”

Melihatkan wajah gembira milik Jeslina, Zafar terduduk.
Seandainya Zatilhusna yang tertawa gembira di hadapannya, pasti hatinya
akan menjadi bahagia. Tetapi, disebabkan kewujudan Jeslina di sini… di
saat ini… segala harapan yang diberikan kepada Zatilhusna sebelum gadis
itu berangkat ke Malaysia, seakan punah begitu sahaja. Bagaimana diri
ini mencari gelaran munafik itu dengan sendiri tatkala tidak dapat
memenuhi janji. Malah lebih teruk, dilukakan hati Zatilhusna.

“Jes… I love her.”

Jeslina tersenyum. “I tahulah apa yang I nak buat. Tapi, you
tak boleh lupa dengan janji yang you dah buat dengan I. Jangan bila dah
dapat Zatil, you terus lupa dengan I. You masih bertanggungjawab, okey…”
ugut Jeslina namun tidak serius nadanya. Wajah Zafar yang makin cemberut
melahirkan rasa lucu dalam hati.

Sudah masak dengan sikap Zafar, Jeslina berlalu masuk ke
dapur rumah yang dibeli oleh Zafar sebelum menjejakkan kaki ke Malaysia.
Dia tahu, perancangan Zafar begitu teliti dalam hal Zatilhusna. Kalau
tidak, masakan lelaki itu sudah nekad untuk tinggal di sini. Memohon
kerja di sini hanya kerana ingin memudahkan Zatilhusna. Semuanya
menunjukkan besarnya kasih Zafar kepada Zatilhusna, dan Jeslina
memahaminya. Tapi, janji tetap janji. Zafar harus tetap bertanggungjawab
dengan dirinya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience