BAB 16

Romance Completed 28762

PINTU bilik yang menempatkan Jeslina ditutup rapat. Kesan ubat yang
masih bersisa memberikan ruang untuk Jeslina terus berehat. Biarlah
begitu daripada terus sakit kepalanya dengan layanan Fathi yang seakan
berubah menjadi manusia yang tiada perasaan.

Senyuman terus terukir di bibir Zatilhusna apabila wajah
Zafar muncul di hadapannya.

“How is she?” soal Zafar.

“Okey… tapi kena berehatlah. Awak tahu pasal ni?” Botol yang
mengandungi ubat dilayarkan di depan mata Zafar. Dan anggukan lelaki itu
melahirkan keluhan di bibir Zatilhusna.

“Dan awak tak pantau pun… dia dah tak makan ubat ni berapa
hari. That will effect her health condition…” tegur Zatilhusna serius.
Sebagai seorang pesakit, Jeslina tidak patut memandang remeh dengan
preskripsi ubat yang telah diberikan. Dan Zafar juga, harus lebih
bertanggungjawab.

“That’s why I’m asking you, how is she? Boleh ke dia
bertahan?” Zafar menyoal dengan rasa risau yang tidak berhenti menerpa diri.

“Jangan risau… insya-Allah, doakan dia bertahan.”

“Saya nak tengok Jes.”

“Dia baru tidur. Apa kata… awak teman saya makan, saya
lapar…” pinta Zatilhusna sengaja.

“Tak makan lagi?”

Zatilhusna menggeleng.

“Dari dulu sampai sekarang, tak pernah nak jaga masa makan…
dah jom!” Sambil membebel juga, Zafar melangkah bersama Zatilhusna.
Sehingga ke hujung jalan, sempat Zatilhusna berpaling untuk melihat
sesuatu. Dan sesuatu itu terjadi juga biarpun dia tidak meletakkan
harapan yang terlalu tinggi. Fathi melangkah masuk ke dalam bilik
Jeslina. Memang itu pun harapan Zatilhusna. Biar lembut sedikit jiwa
Fathi yang sememangnya sentiasa terkenal dengan kelembutan semasa
menjalankan tugas seorang doktor itu.

“I saw that Zatilhusna…”

Zatilhusna tersentak. Spontan bibirnya diketap. Wajah Zafar
seakan serius di hadapannya. Tetapi, sekejap sahaja.
“Tapi saya tak marah… love. They need some space, so do us.” Dan
mata itu dikenyitkan nakal buat tatapan Zatilhusna yang sudah melopong
di tempat berhentinya.

SELENDANG yang dililit atas kepala dibetulkan buat beberapa ketika.
Kekoknya terasa, tetapi ditelan juga segala hasutan dalam minda kerana
ini yang dipilihnya. Matanya terus berlayar pada tetamu yang tidak
putus-putus hadir sejak tengah hari lagi. Majlis perkahwinan Zafar dan
Zatilhusna berlangsung dengan meriah sekali. Rasa syukur itu dipanjatkan
kepada Ilahi. Dia sangat gembira kerana masih diberikan peluang melihat
Zafar bahagia.

“Mama…”

Jeslina berpaling dan tersenyum. Jehan sudah merapat ke
sisinya.

“Mama dah makan? Nak Jehan ambilkan?” Prihatin soalan yang
meniti bibir kecil itu. Jeslina tersenyum terus dan menggeleng.

“Mama tak lapar… Jehan dah makan?”

Jehan menggeleng.

“Kenapa? Jom makan ya… mama suapkan.”

Tetapi Jehan menggeleng juga.

“Kenapa?” raut wajah Jeslina berubah mendung.

“Papa cakap, mama kena makan… kalau tak makan macam mana nak
sihat. Mama nak tinggalkan Jehan lagi ya?”

Hampir sahaja menitis air mata Jeslina dengan pertanyaan
itu. Langsung, Jehan ditarik ke dalam pelukannya. “Mama takkan
tinggalkan Jehan dan adik… kalau mama pergi pun, sebab Allah yang
panggil.” Perlahan kata-kata di hujung ayat. Air matanya jatuh juga menitis.

“Menangis takkan sembuhkan apa-apa…” Keras ucapan yang
menampar cuping telinga. Fathi berdiri di hadapannya dengan sepinggan
nasi berserta air. “Makan dulu, lepas ni kena makan ubat pulak. Jangan
nak mengelak lagi, sebab… sekarang ni, you are my patient.”

Arahan Fathi itu disambut dengan senyuman hambar. Hanya
kerana dirinya seorang pesakit, maka kini Fathi berubah wajah. Mungkin
itu lebih baik daripada langsung tidak mendapat ruang dalam hidup
mereka. Jika tidak, mana mungkin dia berpeluang duduk rapat begini
dengan Jehan. Cuma Fasha sahaja yang tidak mahu hampir dengannya. Salah
diri sendiri yang menyebabkan anak kandung pun tidak mengenalinya.

“Mama makan ya, Jehan suapkan…” Laju Jehan menyambut pinggan
berisi nasi daripada papanya. Tangan kecil itu sudah mula menggaulkan
nasi dan disuakan ke mulut yang kelihatan pucat itu. Melihat mulut itu
menelan nasi yang disuap, Jehan tersenyum lebar.

“Mama sayang Jehan…” ucap Jeslina perlahan.

“Jehan pun sayang mamalah… sekarang mama makan ya.” Persis
seorang dewasa, Jehan terus menyuap mamanya.

“Habis, mama tak sayang papalah?”

Terpaku Jeslina melihat Fathi yang sudah bercekak pinggang
di hadapannya.

“Alah… papa ni, buat-buat tanya pulak… mestilah mama
sayangkan papa. Kan mama?” Dan jawapan comel itu penyelamat keadaan yang
menjadi kekok seketika buat Jeslina. Bibirnya terus tersenyum dan
menghadiahkan kucupan di dahi Jehan. Bijak macam papa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience