Peluh deras membasahi dahinya, jantungnya berdegup kencang penuh debar jam dan saat ini menanti di ruang legar ini.
Sudah lama dia menunggu, menunggu kehadiran insan yang disayangi. Inilah saat yang dinanti-nantikannya selama ini.
Begini rupanya perasaan saat diri disunting oleh sang pujaan hati, benar indah sungguh momen disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. SubhanaAllah sungguh indah perasaan ini.
“Amboi, tahulah nak tunggu insan tercinta. Bersinar-sinar mata tu. Kalauiya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguranberunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.
“Eh, Biarlah, tahu tak saya dah tunggu sela a 24 bulan!” balasnya dengan menyampah.
Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun
ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh
menyeksakan jiwa dan raga sahaja!
“Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.
“Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas
dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.
“Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.
Matanya turut berlari mencari. Seketika dia terkapa-kapa.
Melayarkan pandangan mata, tanpa arah. Namun hanya seketika… segala
mimpi indah mulai berbunga dalam hati.
“He’s back.” Bibirnya berkata perlahan.
“Akak…” panggilan Amni disambut dengan pandangan bercahaya.
Dia gembira.
“Yang tu… siapa?” Zatilhusna terpinga-pinga. Siapa? Matanya
kembali fokus pada figura yang dirinduinya. Siapa?
“Siapa?”
“Yang rambut blonde… pakai spek hitam tu!”
“Mana?” Zatilhusna tidak nampak. Pandangannya hanya dipenuhi
wajah Derrick yang sudah semakin dekat dengannya. Senyuman di bibir
lelaki itu dibalas tanpa bertangguh.
“Hi sweetheart…” sapaan Derrick makin melebarkan senyuman.
Confirm, dia tidak bermimpi di siang hari.
“How are you?”
“Alhamdulillah… super fine with His bless. And you?”
Zatilhusna menyoal mesra.
“Yeah… I’m fine too…”
“Meet my sister, Amni…” ujar Zatilhusna mesra.
Amni tersenyum kecil. Melihat wajah Zatilhusna yang teruja,
makin melebar senyumnya. Hai… dua tahun punya angau, bakal hilang tidak
lama lagi.
“Zatil…” panggil Derrick perlahan.
“Yes…”
“Derrick…” satu suara dari belakang mula menyapa. Zatilhusna
terpinga. Melihat seorang gadis tinggi lampai. Hampir menyamai
ketinggian buah hatinya. Berdiri di sisi lelaki itu dan tersenyum mesra.
Saat itu matanya sudah menangkap wajah Derrick beriak serba salah. Apakah?
“Who is this darling?” soalan si gadis berambut blonde
itu membuatkan Zatilhusna tersentak. Terus sahaja pandangan tajam
dihadiahkan buat Derrick. Dia memerlukan penjelasan atas perkara ini.
Amni di sisi, terus memegang tangannya erat sekali. Mungkin bimbang jika
ada yang bergusti di KLIA ini.
Share this novel