BAB 10

Romance Completed 28762

BELUM hilang rasa geram, disuruh pula menghadap wajah itu dengan alasan…
dia pesakit! Huh… Entah kenapa, Zatilhusna merasakan semua ini adalah
drama semata-mata. Siapa manusia di depannya ini, langsung tidak
dikenali. Jauh sekali untuk ingin dikenali. Tetapi dengan tidak malunya
berusaha untuk ‘menjual’ diri di hadapannya ini.

“Kalau you senyum, I rasa lebih cantik kot.”

Diam.

“Kalau mata you boleh tengok muka I yang handsome ni,
mungkin lebih asyik kot.”

Diam lagi.

“Kalau… tangan I boleh sentuh tangan you, mungkin…”

“Boleh kena karate kot!” Laju Zatilhusna menyahut. Jelingan
matanya begitu tajam. Kalau dia ada pisau, akan dicucuk mata gatal yang
melekat kuat di wajahnya. Kalau bukan kerana lelaki itu luka disebabkan
dia, langsung tiada keinginan dia duduk di meja ini dan meletakkan ubat
di dahi yang terhantuk dinding tadi. Tolak sikit pun dah berpusing kena
dinding. Lembik!

“I dah kena tadi, so I boleh pegang…” bibir itu mengusik lagi.

“Kalau nak rasa macam mana kalau kepala pecah, mungkin boleh
try kot.” Sinis Zatilhusna.

Namun lelaki itu ketawa dengan riangnya. “Sayang, jangan
garang sangat. You are too lovely to act fiercely. Tak sesuailah…”

“Why should I be nice to you?” soal Zatilhusna. “Give me
one reason, Azhar?”

Dan Azhar tersenyum… nakal. “Kenapa tak boleh? Kitakan
bersaudara.”

“Who said so?” Marah benar Zatilhusna.

“Semua orang Islam kan namanya bersaudara… tak perlukan
pertalian darah pun.”

Dan jawapan itu sangat tidak kena seiring dengan reaksi yang
dipamerkan oleh tuan punya suara. Azhar Ahmad! Sepupu kepada Reza. Dan
kenapa pula Zatilhusna harus berkenalan lagi dengan manusia yang
menghadiahkan dirinya sakit kepala.

“Azhar… sudah-sudahlah nak cuba pancing. Ikan ni tak makan
pancing. Kalau nak, kena pakai jala… tapi, tu pun belum tentu mengena…”
Alunan kata yang dihadiahkan oleh Reza.

Azhar berkalih menghadap sepupunya. “Tak cukup besar ke
umpan aku? Susah sangat ke ikan ni nak sangkut?” soalnya serius.

Dan keseriusan itu hanya menambahkan rasa panas pada
suasana. Zatilhusna terasa begitu berbahang badannya. Ikan? Dia
dipanggil ikan? Sekali lagi… IKAN!!!

“Apa yang I boleh buat untuk menang hati you, ikan…”
selambanya soalan itu meluncur daripada bibir Azhar. Seketika sahaja dia
kelihatan terpinga. “Eh, sorry. Zatilhusna…”

Turun naik nafas Zatilhusna. “Sedap aje mulut you berdua
mengikankan I!!!” jeritnya kuat. Bagaikan guruh yang berdentum pada
ketika hari tenang. Hampir sahaja kedua lelaki di hadapannya itu tumbang
ke belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience