BAB 11

Romance Completed 28762

“TAK NAK!!!” ucapnya keras. “Zatil tak suka… mama cakaplah apa pun,
Zatil tak suka jugak.” Sejak pulang dari rumah Amni, ayat itu sahaja
meniti bibir Zatilhusna.

“Kenapa?” suara mama cuba berlembut. Hendak mencuba nasib.

“Mama tahu kan, Zatil dah janji dengan Zafar.” Ditimbulkan
nama Ahmad Zafar pula dalam sesi ini meskipun Zatilhusna mengerti
hatinya masih berbolak-balik. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran insan
bernama Jeslina bersama Zafar. Aduh, peningnya hidup!

“Zafar kan dah ada isteri, kenapa Zatil nak ragut kebahagian
isteri dia. Dah ada yang bujang nakkan Zatil ni, terima ajelah. Mama
tengok pun, nampak elok. Fikirkan Zatil… mama tak nak nanti orang duk
mengata Zatil… jadi isteri kedua, macam-macam dugaan.” Lembut sahaja
suara mama menasihati. Dan Zatilhusna hanya mampu terkedu tanpa jawapan
di situ.

Kalaulah semudah itu untuk memberi keputusan. Dan kalaulah
itu sahaja pilihan yang ada untuk dibuat.

“Zatil fikirlah dulu… mama cuma nakkan yang terbaik untuk
Zatil.”

Zatilhusna memerhatikan sahaja langkah mamanya yang sudah
menaiki tangga sebaik menuturkan ayat itu kepadanya. Sayu menyapa hati.
Dia sebagai satu-satunya anak mama, tidak dapat membahagiakan hati
wanita itu.

Badan dibawa ke sofa L shape di hujung ruang tamu. Lalu
direbahkan tubuh di situ. Matanya merenung jauh ke siling putih
berhiaskan ukiran bunga pilihan mama. Memang cantik! Harus diakui, mama
sentiasa hendakkan yang terbaik. Tapi adakah ini bermakna pilihan
Zatilhusna tidak mungkin menjadi yang terbaik?

Telefon bimbit berdering. Malas sahaja Zatilhusna mengaut
dari sisi. Makin malas melihat hanya nombor tertera di skrin. Tetapi
dijawab juga.

Sebaik sahaja suara di sebelah sana kedengaran, laju sahaja
Zatilhusna hendak marah. Siapa tidak akan marah, kalau yang kedengaran
itu hanya suara Azhar yang pandai-pandai menghasut minda mamanya.

“Nak apa?” kasar Zatilhusna menyoal. Tetapi balasan yang dia
dapat, hanya sebuah melodi tawa riang. Bahagianya kau Azhar…

“Jangan marah.”

“Lagi…”

“Itu aje yang I nak pesan… jangan marah. Benda yang elok,
tak elok dimarah-marah…” lembut pula suara Azhar meniti pendengaran
Zatilhusna.

“Mana awak tahu saya marah?” Tidak mahu mengaku kalah,
Zatilhusna menyoal.

Sekali lagi kedengaran Azhar ketawa. Bahagianya… desis
Zatilhusna.

“Jadi, tak marah?”

“Tak!”

“Jadi, suka?”

“Ha’ah.”

“Suka???” suara Azhar yang menaik nadanya membuatkan
Zatilhusna terpinga. Bibirnya digigit laju. Entah apa sahaja yang meniti
bibirnya sebentar tadi.

“Jangan nak perasanlah!!!” Serentak itu, talian dimatikan.

Tetapi, Azhar bukan seorang lelaki yang mengerti dengan
perkataan putus asa. Itulah penilaian Zatilhusna apabila sekali lagi
telefonnya berdering. Tertera lagi nombor baru di skrin. Sungguh gigih
makhluk bernama Azhar itu. Dengan semangat hendak menghamburkan
kemarahan, Zatilhusna menekan butang untuk menjawab panggilan.

“You don’t have to convince me, because the answer will be…
no. It will be forever no!!!” tekannya geram.

Sepi seketika. Hanya desah nafas yang meniti corong telefon.

“Kalau itu jawapannya… Insya-Allah, saya redha. Maaf sebab
dah menyusahkan awak Zatilhusna. Mungkin bukan jodoh kita… dan
percayalah, saya sentiasa menghargai perkenalan kita. Tentang sayang
saya, janganlah awak ragu… kerana itu adalah perasaan istimewa yang saya
rasakan tentang awak.”

Zatilhusna terkedu. Tidak sempat dia membalas apa-apa,
talian sudah dimatikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience