Chapter 11

Romance Completed 7276

Aku menuju ke luar church dan berdiri di tengah-tengah tetapi bahagian belakang sekali. Hari ini, ada aktiviti untuk menyalakan lampu "Christmas tree". Di hadapan sudah pun di penuhi dengan orang yang hadir dekat church untuk "mass evening prayer" tadi.

"Mummy I can't see anything", kata seorang budak perempuan kecil dalam lingkungan 3 tahun kepada ibunya yang berada di depanku.

"Mummy, can you hold me. I can't see anything here", katanya lagi sambil tangannya meminta di dukung oleh ibunya. Kali ini nadanya seperti hendak menanggis. Ibunya yang ketika itu mendukung adik kecilnya hanya memandangnya dengan pandangan yang lembut.

"Wait for yor daddy to come. He will come here for second and going to help you. Wait for your daddy, okay", kata ibunya dengan nada lembut. Coba untuk menenangkannya. Dia mendengar kata-kata ibunya sekejap tapi selepas itu, dia menanya bila kedatangan ayahnya pula.

Aku yang melihat situasi itu merasa kasihan. Dengan pelahan aku mendekati diriku dengan budak kecil tersebut.

"Do you want auntie to help you?" kataku mendekati budak kecil tersebut dengan mencangkulkan diri. Aku melihat dia mengangguk kepala. Tetapi dia memandang ibunya.

"Can aunty help's me, mummy?" katanya pula kepada ibunya seperti meminta kebenaran. Aku menyentuh rambutnya lembut dan memandang ibunya. Ibunya hanya tersenyum dan mengangguk.

"Wah. I can see the Christmas tree. But why there didn't have a light aunty. Why they didn't on the light", kata budak tersebut apabila di dalam dukungan ku.

"They still working on its. See." kata ku memandangnya dengan senyuman. Dia mengangguk faham. Ketika itu Thoedore Xavier menghampiriku dan berdiri di sebelahku. Aku memberithau Theodore tentang apa yang terjadi. Dia tersenyum memandang budak tersebut.

"Do you want uncle lift you up? Unlce, much stronger, bigger and high then aunty", kata Theodore Xavier sambil menyentuh pipi budak tersebut. Dia memandangku sekejap dan kemudian menghulurkan tangannya untuk di dukung oleh Theodore Xavier. Theodore Xavier tersenyum memandangku dengan bangga. Happy lah itu, sebab budak itu memilih dia daripada ku.

"What is your name?" kata ku sambil menyentuh pipi budak tersebut. Geram pula ku tengok pipi pau dia itu. Kalau boleh nak di cubit pun ada pula. Tapi bila ingat dia anak orang,terus berbuntut niat tersebut.

"Sara", kata Sara separuh kedengaran sambil aku bermain dengan tangannya. Aku memandang Theodore Xavier yang merenung ku dengan tenungan lembut.

"What?" reaksi daripada mulutku yang tidak kedengaran tapi mulut ku bergerak. Dia tersenyum dan memberi isyarat matanya seperti menyuruh aku mengalihkan tangan ku di pipi budak tersebut. Aku hanya tersengih apabila tersedar dengan kelakuan ku itu.

Aku menarik tanganku daripada pipi Sara yang gebu dan dengan lembut aku menyentuh pipi Theodore Xavier. Aku mengusap pipi dia sesaat sambil memandangnya dengan senyuman. Dia seperti terpaku dengan tindakkanku tetapi aku hanya tersenyum memadangnya. Sesaat kami berdua berpandangan. Dan ketika itu "light" daripada Christmas tree bernyala. Sara yang di dukung oleh Theodore Xavier menjerit kesukaan. Dan orang yang di situ bertepuk tangan melihat "light" daripada Christmasa tree tersebut.

"Sara". Seorang lelaki memanggil Sara, berjalan menghampiri kami. Dia tersenyum sambil melambai tangan dekat Sara. Kemudian dia mendekati ibu Sara yang berada berdekatan.

"Daddy", kata Sara dan meminta di turunkan oleh Theodore Xavier. Theodore Xavier menurunkan dia dan membiarkan Sara pergi kepada bapanya. Aku berada di sebelah tersenyum melihat Sara berlari mendapatkan bapanya dan memeluknya.

Aku menfokuskan pandangan ku dekat light daripada Christmas tree yang berada jauh di depanku. Walaupun begitu, sinarannya tetap kelihatan. Aku memandang ke arah Theodore Xavier di sebelah ku. Dia melihat benda yang sama. Aku tersenyum menatap wajahnya dan pada ketika itu, dia memandangku dan menghadiahkan aku senyuman. Kemudian, seperti "flashback" perasaan yang aku rasa setiap tahun menjelma. Dan aku merasa seperti dejavu pada ketika ini.

Bermula beberapa tahun yang lalu, setiap kali Christmas menjelang, aku merasa benda yang sama. Seperti sebuah "vision". Aku berdiri di suatu tempat yang di penuhi orang di depanku, memakai midi dress bercorak bunga-bunga (boho style). Aku berdiri di situ melihat "light" daripada Christmas tree dan tersenyum gembira. Kemudian datang seseorang pemuda dan berdiri di sebelahku. Aku memandang dia dengan senyuman yang penuh gembira dan dia membalas senyuman ku. Daripada riak wajahnya seperti dia tengah bahagia seperti aku.

"Uncle , aunty", kata suara budak kecil yang mengejutkan lamunan ku. Daripada riak wajah Theodore Xavier, dia kelihatan seperti terkejut. Takkan dia merasa apa yang aku rasa ketika itu. Aku coba mengawal perasaan. "Uncle aunty thank you for helping me. I want go back home with my daddy and mummy. Merry Christmas", kata Sara dengan gaya yang comel sekali. Terutama apabila menyebut perkataan Merry Christmas.

"Sara would you like to give uncle Christmas hug dan kiss", kata Theodore Xavier dengan nada seperti kanak-kanak sambil tangannya pula menyentuh pipinya. Dia memandang ku sekilas. Aku yang berasa di sebelah hanya tersenyum. Nakal, desis hatiku.

Sara mengangkat tangannya seperti meminta dukung. Dan apabila Theodore mengangkat dia, Sara memeluk Theodore Xavier dan kemudian pipi Theodore Xavier di ciumnya. Melihat apa yang terjadi, aku secara sponton juga menunjukkan pipi kiriku kepada Sara meminta ciumannya. Dan Sara dalam dukungan Theodore Xavier mendekatkan wajah denganku. Pada ketika Sara ingin mencium pipiku, aku merasakan Theodore Xavier mendekatkan diri dengan ku. Dan aku terhidu bau perfume badannya apabila bibir Sara hinggap di bibirku. Bau lembut perfume tersebut membuat aku berdebar. Aku memandang wajah dia yang hanya berapa jengkal daripada mukaku. Aku coba mengawal perasaan berdebar di dadaku.

"Uncle and Aunty want to take a picture with you before you leave, it's okay Sara?" kata Theodore Xavier dengan mengeluarkan telefonnya. Sara mengangguk happy. Rasanya Sara menyukai Theodore Xavier. Theodore Xavier memberikan telefonnya tersebut kepada ku. Mulanya aku ingin mengmbil gambar mereka berdua. Tapi dia separuh berbisik kepada ku menyebut "selfie". Aku mengambil gamber selfie kami bertiga seperti yang Theodore Xavier mahukan.

Selepas itu, Theodore Xavier menurunkan Sara daripada dukungannya. Sara berlari menghampiri ibubapanya. Dia melambai tangan kepada aku dan Theodore Xavier sambil berlalu pergi.

Kami berdua kemudian berjalan ke tempat kereta. Sebelum menghantarku balik ke rumah, Theodore Xavier mengajak aku makan dulu. Sepanjang di kereta dan ketika makan, Theodore Xavier yang banyak bercerita daripada ku. Aku hanya mendengar setiap patah ceritanya dengan senyuman di wajahku. Tapi apabila dia menanya aku seseuatu kepadaku, barulah aku bersuara.

Sampai di rumah aku membaringkan diriku di sofa. Aku melihat siling rumahku sambil berfikir. Aku teringat kembali "vision" yang aku rasa setiap tahun bermula berapa tahun yang lalu. Dan benda itu telah pun terjadi dan aku merasanya. Adakah dia adalah orang yang berada di dalam "vision" itu. Tapi lihatlah seminggu lagi dapatkah dia bertahan dengan aku, desis hati ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience