Chapter 5

Romance Completed 7276

Hari ini aku memberi penghargaan kepada diri sendiri dengan shopping. Agak lama juga aku tidak shopping. Sebelum memulakan aktiviti bershopping aku buat rawatan rambut sebagai reward untuk rambutku. Dekat lebih dua bulan ini aku sibuk dengan edit dan checking draft untuk buku ku. Habis buat rawatan rambut aku pergi brunch. Belum juga tengah hari, lagipun aku tak breakfast pagi tadi. Nasib baik service dekat salon itu ada café untuk makan. Sebab malas nak pergi tempat lain aku makan dekat situ.

                            Aku memerhati barang-barang yang dijual dan dioffer dekat kedai yang aku masuk. Dekat hendak Christmas macam ini, memang banyak sales. Mata pun rambang juga tengok. Tapi itu lah kena tengok juga bajet sendiri. Bak kata orang beli ikut kemampuan. Aku mengingatkan kembali barang yang aku hendak beli. Ikutkan hati hendak membeli hadiah untuk dia orang parentsku, adik beradik ku dan family Kak Alice. Semua barang tersebut sudahku setkan difikiran dan aku juga ada membuat "investigate" tentang apa yang mereka mahu. Banyak yang menyumbang bantuan untuk data "investigate" ini. Banyak yang perlu di kenang jasa sebenarnya di atas hasil investigate ini. Hadiah untuk aku sendiri pula, aku sebenarnya dah beli online dress dan juga kasut yang aku suka. Tapi sebenarnya, dress dan kasut yang aku beli online tersebut, boleh aku pakai bila-bila masa. Aku lebih suka membeli barang yang aku boleh recyle balik dan bukan untuk hari-hari tertentu sahaja.

                             Aku memberhentikan pergerakkan kakiku. Dan memerhati beg barang yang aku bawa. Rasa macam dah lengkap semua barang yang aku beli. Waktu aku hendak balik ke tempat parking, langkah aku terhenti dekat sebuah kedai pakaian. Aku melangkah masuk ke kedai tersebut dan terus berjalan ke item yang menarik hatiku.

                         "Excuse me, can I get S size for this dress?', kata ku kepada pekerja yang tidak jauh daripada ku. Aku hanya mampu menunjukkan kea rah dress tersebut di sebabkan tanganku sudah penuh. Aku melihat pekerja kedai tersebut mencari saiz untuk aku.

                          "Do you want to try this miss", kata pekerja tersebut kepada ku apabila dia menjumpai saiz yang aku inginkan.

                          "It's okay Miss. I just pay for it", kata ku. Pekerja tersebut membawa baju tersebut ke kaunter. Aku hanya mengikut daripada belakang. itulah aku, kalau beli baju aku tak suka mencoba. Mentality aku adalah kalau aku rasa aku suka dan baju tersebut cantik, aku just beli. Selepas aku membayar aku terus berjalan ke tempat parking kereta. Aku memungahkan barang yang aku bawa di tempat duduk belakang, dan kemudian aku duduk di tempat memandu dan kereta mula aku startkan.

*******
                           Aku sampai dekat Kedai House for Deco 30 minit kemudian selepas keluar daripada shopping mall. Selepas parking kereta aku keluar daripada kereta dan masuk ke kedai. Hari ini, Kedai House for Deco kelihatan lebih banyak pelanggan yang datang daripada biasa. Mungkin yang datang memiliki tujuan yang sama seperti aku, iaitu membeli barang deco rumah untuk Christmas yang menjelang tiba.

                          Dengan bakul yang di sebelah tanganku, aku meneliti dan mencari barang yang aku hendak beli. Sudah berapa buah accessories aku rembat diawal section barang untuk Christmas tadi. Sebenarnya, aku masih ada barang lama yang boleh aku recyle tapi aku masih nak tambah lagi collection accessories pokok Christmas aku. Supaya rumahku kelihatan lebih meriah walaupun tahun ini menyambut Christmas keseorangan. Parents aku tak dapat datang sebab dia orang nak menyambut dekat Estreford town, kampong ku.

                       Aku keluar daripada pintu yang tidak jauh daripada section accesesori tersebut. Di luar penuh dengan pokok Christmas. Ada yang pokok hidup dan ada yang jenis palsu. Aku mula berjalan di setiap pokok itu. Ada yang lebih tinggi sedikit daripada ketinggian aku. Aku berhenti. Dan menghayati pokok yang tinggi daripada ku. Ku mencari telefon di handbeg ku kerna ingin mengambil gamabr pokok tersebut.

                      "Nia..It's you? " kata seseorang yang separuh kedengaran di sebelah kanan ku.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience