Chapter 1

Romance Completed 7276

                       Aku memfokuskan mataku dekat computer riba ku. Setiap patah perkataan yang ada di depan mataku, aku baca dengan penuh teliti. Sambil mulut ku meminum air Chocolate Vanilla yang ada di sebelahku. Otak ku mula berfikir apa lagi yang kurang di dalam setiap ayat-ayatku. Due date untuk buku itu ku semakin dekat. Otakku pula boleh stuck bila-bila masa dia nak. Sekarang ideas tengah banyak namun aku tak tahu macam mana hendak mencurahkan ideas tersebut.

                    "Here, this one is on the house", kata Kak Alice sambil menghidangkan aku sandiwich ayam depanku. Aku mengambil sandiwich yang ada di depanku dengan senyuman sambil memandang Kak Alice. "Bila due date untuk publish buku ini?", kata Alice yang sudahpun duduk di sebelahku. Dia memandang hasil karya ku yang ada di depannya.

                    "End of this month", kata ku dengan mulut yang penuh dengan sandiwich.

                     "So, this one is going to be your third publisher", kata Kak Alice memandangku dengan senyuman di bibir. "I am so proud of you", katanya lagi sambil menepuk belakangku. Bangga.

                     Terpapar di wajahnya muka yang penuh bangga dengan diriku. Sebenarnya aku sendiri tak sangka boleh mendapat peluang untuk menerbitkan sebuah buku ataupun novel suatu saat dulu. Semuanya berkat pertolongan Kak Alice. Kak Alice memang banyak menolong perjalanan karyaku. Kalau bukan kerana dia yang memperkenalkan aku dengan penerbitan house yang merupakan milik kawannya, mungkin karya aku hanya di simpan di dalam computer ribaku. Aku memang di berkati Tuhan kerana bertemu dengan orang seperti Kak Alice.

                     Aku mengenali Kak Alice dua tahun yang lalu sebagai pelanggan tetap cafenya. Aku sememangnya selalu datang ke cafénya untuk mencari ideas tentang karyaku. Sehingga lah suatu hari Kak Alice terbaca karyaku, yang ketika itu ku pergi ke tandas. Waktu itu aku ingat lagi dia memberi ku sandiwich ayam seperti sakarang, sebagai tanda meminta maaf membaca apa yang aku tulis tanpa kebenaranku. Aku jenis orang yang tak kisah dengan apa yang berlaku ketika itu, hanya tersenyum dan memaafkannya.

                   Bermula daripada situ Kak Alice selalu mendekati aku ketika aku datang ke cafenya. Kak Alice memang seorang yang peramah dengan orang yang dia kenal. Terutama dengan pelanggan dia yang selalu datang ke cafenya.

                 "This Wednesday, Nia jadi tak tolong akak. Akak tak cukup pekerja untuk Wednesday ini? Dah lah Wednesday ini waktu orang gaji", kata Kak Alice memberiku air minumanku. Minuman tersebut ku minum. Aku membuat muka tak dengar dengan pertanyaan Kak Alice. "Dengar tak ini?". Kali ini bahu ku di sentuhnya.

                "Dengar,"kata ku bersahaja. Mata ku masih tertumpu dekat ayat-ayat yang ada di depan ku.

               "Kalau dengar, kenapa buat macam tak dengar?", kata Kak Alice dengan nada seperti tak puas hati. Dengan aku yang seperti mahu tak mahu melayannya. Dah diberi makanan free, buat perangai macam aku ini, memang nak kena.

               "Sahaja je", kata ku kemudian memandang wajah Kak Alice dengan senyuman. Dan ketika itu, dengan bersahaja Kak Alice mencubit pipi ku dan bangun daripada tempat duduknya. Dia berlalu ke kaunter cashier. Aku mengosok pipi ku dan menahan sakit. Kak Alice memandangku seperti seorang yang berpuas hati dapat membalas dendam dengan perangai ku tadi.

               Aku kemudian meneruskan kerja ku. Dan aku mula focus kembali dengan computer riba yang ada di depan ku. Jam di tanganlu hampir menunjukkan pukul 5 petang, aku mula mengemas barang-barangku. Hampir 5 jam juga aku berada di café Kak Alice. Lebih lama daripada biasa. Selalunya 4 jam aku dah balik ke rumah. Mungkin sebab dateline yang semakin hampir membuat aku gelisah dan aku kalau boleh nak menghabiskan checking ayat dengan cepat.

              "Nah, spaghetti dengan roasted chicken. Jangan lupa makan dekat rumah nanti", kata Kak Alice. bekas makanan yang dipegangnya diberikan kepadaku. Aku coba menolak, tapi seperti biasa Kak Alice tetap berkeras menyuruh ku membawa bekalan tersebut.

            "Tahu tak Kak, dekat rumah Nia sekarang kan, penuh dah dengan bekas makanan yang akak bagi. Nia, tak tahu nak letak dekat mana dah dengan semua bekas makanan yang lama itu dan ini. Penuh dah rak pinggan Nia dekat rumah", kata ku dengan nada berseloroh untuk menolak makanan yang diberinya. Aku jadi malu dengan kebaikkan dia terhadapku.

             "Then, kalau begitu tiap kali datang sini, Nia bawa lah bekas makanan itu sekali. Jadi tak payah akak bagi bekas makanan yang baru", kata Kak Alice berseloroh juga dengan ku. Mungkin dia tahu aku segan untuk menerima makanan daripada nya.

              "Saya segan Kak", kata ku dengan nada separuh kedengaran. Aku mula berhenti menyimpan barangku dan duduk di kerusi semula.

             "Jangan nak mengada,"kata Kak Alice yang memandang tetap kearah wajah ku. Aku menarik nafasku dan kemudian termenung. Kita cakap benar, dia cakap mengada, desis hatiku. "Okay, okay. Nanti bila Nia dapat bayaran daripada buku ini, Nia bayarlah balik semua makanan yang akak bagi. Dah jangan nak segan-segan dengan akak", katanya lagi memujuk ku sambil memberi tapau way spaghetti dan roasted chicken. 

            "Nanti kalau orang ada duit nak bayar hutang makanan orang, bukan nya nak ambil pun duit orang. Orang dah banyak termakan budi akak tau", kata aku sambil mengambil bekas makanan tersebut.

             "Kak pun banyak juga berhutang dengan Nia!? Tiap kali akak minta tolong dekat café Nia mesti datang kan", kata Kak Alice sambil menyentuh rambutku dan berlalu pergi. Aku terdiam dan menyusun semula barang-barangku.

             "Jangan lupa makan makanan yang akak bagi itu. You're my favorite novelist; so, take care of your health. And you need a lot of energy to finish your book for someone like me to reads. So, you have to eat more", kata Kak Alice ketika aku mengucapkan selamat tinggal dekat dia. Aku hanya mengangguk tanda faham dan tersenyum mendengar kata-katanya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience