Chapter 12

Romance Completed 7276

Aku memandang kelipan cahaya daripada pokok Christmas yang berada di ruang tamu rumahku. Aku tersenyum sendiri. Perasaan bangga mula wujud di dalam diriku apabila dapat membuat hasilan hiasan pokok Christmas yang indah di mataku pada siang tadi. Hanya tinggal seminggu sebelum Christmas. Tangan ku membalut kotak hadiah yang ada di depan ku. Semua hadiah tersebut aku pilih bersama dengan Theodore Xavier minggu lalu.

Aku menyampai telefon ku dan mula mendail kepada orang yang aku hendak bercakap. Deringan telefon masih berbunyi, tetapi seperti tiada tanda yang panggilan ku di angkat. Where is she go. Memasak ke? Ke tidur? Aku melihat jam di dinding. Terlalu lewat untuk memasak dan terlalu awal untuk orang tersebut tidur.

"Hello, Nia". Kata si penerima panggilan. Suara seperti bergema.

"Ma, kenapa lambat sangat angkat panggilan telefon orang", kata ku apabila mendengar suara ibuku. Selalu macam itu, lambat menjawab panggilan. Pada hakikatnya, telefon dia itu dekat sahaja daripadanya. Tapi tetap juga lambat menjawab,desis hatiku sendiri dengan rungutan

"Oh, mama baru je habis mandi."

"Papa?"

"Papa?! Jangan harap nak tolong menjawab telefon mama kalau berbunyi", kata mama dengan nada tidak puas hatinya. Mesti papa berdekatan dengan dia, sebab itu dia buat nada begitu.

"Ma, sabtu ini Nia tak dapat jemput dekat airport tau. Nia ada hal dengan production house untuk penerbitan buku baru Nia", kata ku dengan nada separuh kedengaran. Kepala ku di garu. Dan tangan ku pula mula bermain dengan hadiah yang berada di depanku. Telinga ku telah sedia untuk kena leter dan semestinya kena tapisan awal. Mesti kena leter ini nanti sebab bagitahu dia last minute, desisku hatiku dengan penuh berdebar.

"Lah. Kenapa bagitahu sekarang. Kenapa tak bagitahu awal-awal".

"Nie tengah bagitahu mama lah ini. Awal lagi. Mama dan papa dan yang lain-lain datang lusa", kata ku dengan nada bergurau.

"Budak ini. Mama cakap betul dia main-main pula".

"Betul la ma. Nia baru dapat email hari ini. Yang lusa ada meeting pasal buku itu", kata ku berlembut. Aku mengeluh. Meeting pun last minute jadi memang tak dapat aku nak menjemput dia orang dekat airport.

"Erm..Tak mengapa lah. Lagipun kakak, abang dan adik-adik kamu ada ikut sekali. Senang mama dan papa. Nanti kita orang pakai teksi pergi ke rumah", kata mama dengan nada lembut. Mungkin dia tahu dah kerja aku. Dan aku juga tak dapat mengagak situasi begini boleh terjadi.

"Tapi Theo cakap dia boleh tolong jemput. Besok dia balik daripada outstation. Jadi, lusa dia memang dah ada dekat sini', kata ku lagi.

"Theo balik besok. Lepas itu lusa Nia suruh dia jemput kita orang dekat airport. Theo itu tak letih ke Nia? Dia baru balik outstation Nia suruh dia jemput kitaorang pula", kata mama. Di balik nada suaranya itu ada nada ambil berat dekat Theodore Xavier. Kalau pasal Theo, memang concern benar. Kalau anak dia ini, memang susah, desis hati hati ku. Aku akui aku memang jealous kadang-kadang mama ataupun papa kalau telefon asyik-asyik bertanya pasal Theodore Xavier dekat aku.

Dekat setahun aku dan Theodore Xavier berkawan. Dan keluarga aku dan keluarganya mengetahui hubungan aku dangan dia. Seperti semalam aku menyatakan dekat diriku, "yang aku akan lihat dapat ke tak dia bertahan seminggu ini". Dan setiap minggu itu juga, aku selalu menyatakan begitu dekat diriku. Tiada perubahan dia tetap sama. Apabila berjumpa dengan aku, dia akan tersenyum happy seperti selalu. Yang selalu buat aku jatuh cinta berkali-kali. Apabila aku free dia akan mengajak aku keluar sama-sama. Selalu temankan aku di Winter Café & Restaurant setiap sabtu dengan kerja-kerjaku. Partner part time aku dekat Winter Café & Restaurant bila masa tertentu. Dan paling penting selalu dengan aku pergi "mass evening prayer" dekat church. Dan apabila melihat dia berdoa di sebelah aku, dia buat aku happy dan jatuh cinta, dan aku tanpa sedar inginkan dia berada di dalam hidupku. Di sebabkan itu apabila dia propose aku, aku menerima. Ya, tiga hari sebelum Christmas Eve nanti, akan diadakan majlis pertunangan aku dengan Theodore Xavier. Segalanya seperti berlaku dengan cepat, dan aku akan bakal jadi tunung dia.

"Nia..?! Nia dengar tak kata mama". Kata-kata mama mengejutkan lamunan ku.

"Apa dia, ma?" kata ku dengan mengaru kepala yang tak gatal.

"Mama kata kalau Theo tak dapat nak ambik, jangan paksa dia. Takut dia masih letih", kata mama.

"Nia tak paksa dia lah ma. Dia sendiri yang offer nak jemput. Nia tak pernah paksa. Lagipun kalau Theo ambik, kan dapat jimat duit mama dan papa".

"Tengok. Nia.. Nia".

"Kalau mama tak nak Theo ambik, sudah. Nia tak paksa. Nanti Nia bagithu dia la yang mama tak nak dia jemput semua orang dekat airport", kata ku bernada seperti coba untuk mengugut mama.

"Ish budak ini. Ke situ pula. Okay, suruh Theo jemput. Tapi jangan lupa bagitahu Theo jam berapa flight kita orang nanti. Ingatkan dia', kata mama seperti mengalah dengan ku.

"Okay ma. Goodnite. Nia ada benda lain nak buat ini. Salam dekat papa", kata ku sambil menyentuh hadiah yang hendak ku bungkus di depanku.

"Errmm. Goodnite".

Mama menutup telefonnya, dan aku bergerak hendak ke dapur untuk mengambil minuman. Ketika itu, kedengaran seperti panggilan video call masuk daripada laptop ku....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience