Chapter 4

Romance Completed 7276

Pada ketika aku memandang ke depan pintu yang berada betul-betul di depanku, aku melihat seseorang membuka pintu dan masuk ke dalam café. Seseorang yang aku kenal. Church guy. Aku terkaku melihat kehadiran dia. Begitu juga dengan dia. Seperti masa terhenti seketika apabila aku dengan dia saling berpandangan. Dan lamunan ku terhenti apabila ada pelanggan di depan ku, datang untuk membayar bill dan dia juga berlalu apabila kawannya memanggilnya.

"Here you balance. Thank you and please come again", kataku kepada pelanggan yang ada di depanku. Pelanggan tersenyum dan berlalu pergi. Aku menarik nafas ku dan memandang ke depan ku. Kemudian menyentuh dahi ku. Dia mesti tengah duduk di tempat duduknya. Untuk aku memandang ke arah tempat dia, memang tak lah. Tapi hatiku teringat sangat hendak melihat kearah dia. Minda ku pula menghalangku berbuat begitu.

"Hai, I can get one more menu book", kata seseorang tiba-tiba di depan ku yang melenyapkan lamunan ku. Aku melihat lelaki yang berkemeja putih dengan tie yang berada depan ku dalam keadaan seperti blur image dan lama untuk ku memfokuskan mataku aku melihat wajah dia dengan jelas. Church guy. Senyum terukir di bibir dia. Aku mula nervous. Seperti ada zoo pula berada di dalam badanku.Aku tak tahu bila masa pula seluruh zoo boleh berada di dalam badan aku ketika ini.

"Err..", kata ku tidak bergerak dan hanya memandang church man yang masih menunggu aku. Aku menarik nafas dan mencari staff lain yang ada di situ. Tapi aku tidak melihat sesiapa berdekatan. Aku kemudian keluar daripada tempat cashier. Aku berjalan kearah meja yang berada tidak jauh daripada pintu masuk di mana nemu book di letakkan.

Aku mengambil buku menu dan memberikan buku menu tersebut kepada church guy.

"Would you like to suggested for me the best menu to eat here?" katanya sambil mengambil buku tersebut. Aku coba menahan debaran di dadaku. Orang yang berada di depan ku ini adalah orang yang aku minat selama dekat dua tahun. Dan ini pertama kali aku berpeluang untuk bercakap dengan dia. Dan semestinya aku memang nervous sekarang ini.

"You can try spaghetti and chicken roaster. And also sandwich chicken. They're the best. And that's what I like to eat here", kata ku mendatar tapi dengan senyuman di bibir walaupun di dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu.

"Lovely.." katanya sambil tersenyum memandang ku. Dan ketika itu pelanggan datang ke tempat cashier untuk membayar bill.

"You can try those and that's the best I can suggest to you. And excuses me, I have to work", kata ku meninggalkannya dan berlalu ke tempat cashier kembali. Apabila aku sampai di tempat ku, dia sudah pun bergerak kembali ke tempat duduknya dan aku mengambil bill daripada pelanggan yang berada di depanku. Selepas pelanggan tersebut berlalu pergi. Aku duduk mencangkung dan menarik nafas ku dalam-dalam. Dapat ku rasa degupan jantung ku. Relax, Nia. He just human being like you. Don't be nervous, desis hatiku. Aku menghembus nafas berapa kali sebelum berdiri.

Lima puluh minit berlalu. Ketika itu aku sedang memberi balance duit pelanggan sambil tersenyum, church guy datang dan beratur di belakang pelanggan wanita tersebut.

"Thank you dan come again", kata ku kepada pelanggan tersebut dengan senyuman. Aku melihat church guy tersenyum dekat pelanggan yang hendak berlalu pergi itu sebelum dia menghampir aku. Dia memberi ku resit dan aku mengambil resit tersebut.

"So, you work here", katanya dengan tiba-tiba ketika aku sedang "key in" dekat mesin wang.

"Hurm.. Kind of", kata ku separuh kedengaran dan mata ku masih focus dengan mesin yang berada di depanku. Selepas itu aku menekan enter. "RM120, sir", kata ku sambil menunjukkan angka tersebut kepada church guy.

"Theodore Xavier". Sambil memberi note RM50 tiga keeping kepada ku. Aku terkaku seketika. "That's my name", katanya lagi. Aku mengambil note tersebut.

"Err..Can I know your name?" katanya yang membuatkan aku terkejut dan berdebar. Aku memandang ke arah wajahnya. Dia tersenyum namun mukanya seperti kemerahan.

"Here your balance sir, RM30. And I don't give my name to someone I'm not really know during my working hours. Thank you and please come again", kata ku memandangnya dengan senyuman terukir di bibir. Ketika itu, aku betul coba mengawal perasaan ku. Aku melihat dia mengangguk sambil mengambil balance duitnya.

Nia, apa ko buat nie? Reaksi ko ini dah macam reject dia dah, desis hatiku pada diriku.

"Your name tag is number Seven. So, can I assume that is your name", katanya dengan nada bergurau. Matanya memandang sekilas kearah name tag ku dan dia masih menunggu reaksi daripadaku.

"That's just a number".

"Kak Nia, ini untuk meja no.7", kata Ruby yang memberiku list order daripada pelanggan dengan tiba-tiba. Aku memandang Ruby seperti tidak percaya. Kenapa mesti sekarang, desis hati ku. Aku melihat church guy sudah pun tersenyum. Rasanya dia dapat mengagak nama ku.

"So, I will come again, Nia. See you again", katanya dengan senyuman kegembiraan. "Thank you, sebab panggil nama dia", katanya lagi kepada Ruby yang masih tidak tahu apa yang terjadi. Church guy melangkah keluar daripada café. Aku melihat dia menghampiri kawan-kawanya yang berada di luar café dengan wajah gembira.

"You come here", kataku memandang Ruby yang berada di depan ku. Apabila dia menghampiri ku, telinganya ku tarik lembut.

"Apa salah saya", kata Ruby dengan coba melepaskan diri. Aku melepaskan telinganya.

"Kenapa masa itu juga nak awak panggil nama Kak. Kenapa tak ketika or waktu yang lain", kata ku dengan nada tak puas hati. Aku menarik nafas.

"Salah ke saya nak bagi list order pelanggan dekat Akak", kata Ruby pula. Betul juga katanya. Dia hanya menjalankan kerja dia. Cuma timing itu. Aku duduk mencangkung kembali. Kemudian aku menutup mukaku.

"You don't know what happen to me there. But it's not your fault any way", kataku dalam menutup mukaku. Rasanya aku seperti hendak menanggis. Tapi bukankah aku sepatutnya bersyukur yang dia tahu nama ku dan dia bagithu nama dia. Yang paling penting hari ini dia bercakap dengan aku. Bukan kah itu yang aku hendak selama ini? Aku menarik nafasku dalam-dalam. Ya, aku tahu nama dia sekarang. Theodore Xavier, desis hatiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience