Chapter 2

Romance Completed 7276

        Aku melihat jam di tangan ku hampir dekat pukul 5.10 petang. Entah kenapa hari ini boleh pula jalan sesak. Mungkin juga sebab hari ini hujung minggu. Seperti minggu biasa, aku akan pergi church. Namun begitu church yang aku pergi tersebut agak jauh daripada kawasan perumahan ku. Entah kenapa aku suka pergi dekat church itu setiap hujung minggu.

         Setelah aku memberhentikan kereta ku dekat tempat parking, aku keluar daripada kereta dengan perlahan. Aku berjalan masuk ke dalam church. Aku memandang sekelilingku, seperti tempat duduk "top spot" yang aku selalu duduk sudah pun diduduki orang. Hari ini, seperti ramai yang datang "prayer" dekat church untuk "mass evening prayer". Daripada jauh, aku melihat tempat kosong di bahagian tengah dan aku melabuhkan punggung ku, untuk duduk di situ. Selepas berdoa, aku membuka mataku, bangun dan duduk. Ketika itu, aku melihat kehadiran seseorang yang aku kenal. Pemuda yang aku selalu perhatikan ataupun usha dekat church tersebut. Aku dengan dia selalu berpandangan antara satu sama lain tanpa suara.

         Segalanya bermula dua tahun lalu, ketika aku kali pertama menjejak kaki ke church tersebut. Ketika itu, aku sedang menghayati keadaan sekeliling luar church tersebut sebelum masuk ke dalam. Aku teringat dekat church yang aku pergi waktu aku study di Northmill University, dekat Northmill City. Dan waktu itu dia dengan parents dia juga berjalan nak masuk ke dalam church. Aku dan dia berpandangan sebelum aku mengalihkan pandangan aku kearah lain. Waktu nak berada di depan pintu tersebut, dia memberi ku lalu terdahulu, walaupun pada masa itu, parents dia sudah pun masuk meninggalkan dia. Entah kenapa hati ku terusik ketika itu dengan tindakkan dia tersebut. Sejak hari itu, kalau pergi church aku selalu melihat dia. Kadang-kadang dia sendiri, kadang-kadang dengan parents dia. Entah berapa kali aku tertangkap dia seperti melihat ke arahku, tapi selepas itu dia mengalih pandangan dia. Mungkin selalu berpandangan dengannya, aku meminati dia dalam diam. Bagaimanalah aku boleh minat seseorang tanpa tahu nama dan siapa dia sebenarnya, desis hatiku.

        Lamunan aku terhenti apabila seseorang menanya seseorang di depan ku. Seorang wanita pertengahan umur dengan anak perempuannya menanya pemuda di depanku. Pemuda itu membalas dengan senyuman dan menyatakan tidak. Jantungku mula berdebar. Bagaimana dia boleh duduk di depanku tanpa aku sedar. Bukan kah dia tadi pergi kearah depan sekali. Bagaimana dia boleh berada di depan ku pula? Aku coba menahan perasaan berdebar di dada. Dan berharap "mass evening prayer" tersebut berlalu dengan cepat.

          Selepas habis "mass evening prayer", selepas habis berdoa. Aku cepat-cepat bangun daripada tempat dudukku. Sepanjang "mass" tersebut aku berdebar. Jadi dengan niat yang aku tidak lagi bertentangan mata selepas berjabat tangan semasa "mass", aku cepat-cepat berlalu daripada situ. Tetapi keadaan tidak seperti yang aku harapkan, orang lain juga mula bergerak hendak keluar. Dan seperti biasa aku membenarkan orang lain keluar dahulu daripadaku. Entah kenapa ketika aku hampir hendak keluar aku tersilap langkah dan aku hilang imbangan badan. Ketika itu, seseorang menahan bahuku. Aku terkejut dan mengucapkan terima kasih kepada "knight" tersebut tanpa mengetahui siapa di belakangku. Apabila aku memandang ke belakang alangkah terkejutnya aku apabila melihat si dia yang menahan aku daripada jatuh tadi. Pada ketika itu, sekali lagi dia membuatku berdebar.

      "Welcome. Be careful next time's. Watch your steps and don't walk to rushing", katanya dengan senyuman dan membenarkan aku berjalan dahulu. Pertama kali dia bercakap dengan aku selepas dua tahun berpandangan sahaja. Dan dia bercakap dengan dengan aku disebabkan dalam situasi yang tidak disangkakan begini, dalam situasi yang betul-betul "awkward" dan boleh membuat aku malu kalau dia tidak menahan aku tadi. Aku hanya mengangguk dan mula melangkah keluar.

            Sebelum aku hendak melintas jalan ke tempat parking kereta ku, sempat aku memandang semula ke belakang. Aku melihat dia berdiri dan memandang ke arahku tetapi gelagat dia seperti menunggu seseorang. Dan apabila aku sudah melintas jalan, aku memandang semula ke tempat dia berdiri tadi, dia sudah tiada di situ. Aku menarik nafas. Entah apa yang akan terjadi kalau aku berjumpa dengan dia lagi.Selepas menghidupkan enjin kereta, aku memandu keretaku keluar daripada kawasan church.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience