Chapter 8

Romance Completed 7276

Aku masuk ke Winter Café dan Restaurant, di sambut oleh Kak Alice dengan senyuman yang gembira. Aku memerhatikan keadaan sekeliling sebelah kanan ku. Pelanggan banyak seperti biasa. Aku pergi tempat duduk yang berada di sebelah kiri. Ruang kecil yang memang selalu menjadi pilihan aku untuk membuat kerja. Aku melihat perkataan "reserve" di atas meja.Seperti biasa ketika kalau aku hendak mengunakan ruang tersebut aku akan memberitahu Kak Alice awal. Dan dia akan "reserve"kan tempat tersebut untuk aku.


"Nia nak air macam yang biasa?" tanya Kak Alice menghampiriku. Ketika itu aku telah pun duduk dan meletakkan beg galas ku di sebelahku.


"Ya. Nak Vanilla Coco. And Thanks Kak sebab reserve tempat ini untuk Nia. Sayang akak", kata ku dengan senyuman gembira.


"Kak ada kerja dekat dapur. Nia, buat lah macam biasa. Nanti akak akan datang balik", kata Kak Alice sambil memandang ke arah belakangnya. Aku hanya mengangguk. Kemudian Kak Alice berlalu pergi ke dapur.


Aku mengeluarkan barang-barangku daripada beg galas yang aku bawa. Dengan laptop telah pun ku buka, tetapi untuk keselamatan, takut bateri tiba-tiba habis, aku memasang plugs "changer". Masa mencari songket, aku sempat juga memerhatikan lagi sebelah kanan ku. Mungkin dia tak datang. Dan tak ingat tentang hari ini, desis hatiku.


Kak Alice memberi info dekat aku yang dia tak datang café lagi minggu lepas. Mungkin dia tak berminat lagi nak tahu tentang aku. Aku menarik nafas dalam dan melihat kearah computer ribaku. Buku note dan juga fail nota-nota ku mula ku buka. Dan aku mula membaca satu persatu ayat di dalam computer riba ku. Air Vinilla Coco ku telah pun dihidang oleh si cantik manis Ruby kepada ku. Aku meminum air vanilla coco tersebut. Segar rasanya tekak di tengah hari macam ini, dengan lagi minum minuman kegemaran. Dengan telingaku di tutup oleh earphone, mendengar playlist piano yang aku selalu dengar ketika membuat kerja, aku mula focus dengan apa yang aku nak buat. Dan aku mula tak hiraukan keadaan sekelilingku.


Aku mengambil air minuman ku yang berada di sebelah ku. Coffee latte. Bila masa minuman vanilla coco ku boleh jadi coffee lattle pula. Aku meletakkan air tersebut balik di atas meja. Aku memandang ke sebelah kananku.


"Hai..", kata Theodore Xavier dalam posisi dagunya diletakkan atas telapak tangan yang dia sandarkan atas meja. Mataku membulat besar, seperti tidak percaya dengan apa yang aku lihat.


"The one that you drink is mine", katanya lagi sambil menunjukkan coffee latte yang bersebelahan dengan vanilla latte ku. Aku menutup mulutku.


"Now we already kiss indirectly. And you have to responsible for that". Kata-katanya itu membuatkan aku jadi malu. Dalam keadaan ketika itu, ku merasa mukaku panas. Kali ini, aku menutup mulut ku dengan kedua-dua tapak tanganku dan terkaku sekejap. Bila masa dia ada di sebelah. Bila masa dia datang. Kenapa aku tak sedar dengan kehadiran dia. Banyak persoalan bermain di pikiranku.


"I'm just kidding", kata Theodore Xavier dengan nada yang lembut sambil menarik tangan ku yang ku guna untuk menutup mulutku. "Please say something", katanya lagi yang membuat aku seperti tersedar daripada jampi.


"Bila awak sampai?"


"Sepuluh minit yang lalu." Theodore Xavier memandangku dengan senyuman dibibir.


"Kenapa saya tak sedar kehadiran awak tadi". Aku menatap wajahnya dengan muka tak percaya. Ya kenapa aku tak sedar yang dia ada di sebelah ku.


"Sebab awak begitu focus dengan kerja awak", kata Theodore dengan meletak dagunya balik di telapak tanganya. Kali ini dia seperti menatap wajah ku pula. Yang membuat aku tak selesa. Dengan pula posisi yang begitu. Dia nak mengoda aku ke itu? Kalau dia nak mengoda ku, rasanya tak perlu. Sebab aku memang lama dah tergoda dah. Walaupun tanpa dia berbuat begitu.


"Yeah. I have to do this jobs. Because my submitted date is near", kata ku dengan menunjukan kerja ku dengan ketawa yang seperti dibuat dan memandang sekilas computer ribaku.


"So, you come here today not because of our "date" that you promise me last week", kata Theodore Xavier dengan nada yang mendatar seperti kecewa. Dia membetulkan posisi duduknya tetapi masih memandang wajahku. Huh, kenapa dia begitu handsome walaupun hanya duduk begitu. Dengan baju yang simple T-shirt putih dan jean hitam, menyerlahkan lagi ketampanan dia. Walaupun dia hanya berpakai simple begitu. Baju putih itu menyerahkan keputihan wajahnya lagi.


"Ehumm". Batuk Theodore Xavier membuat aku keluar daripada dunia khayalanku. Aku memelihat dia tersenyum. Mesti dia melihat aku menenung wajahnya tadi. Fokus, Nia. Fokus, desis hati ku. Aku membetulkan posisi ku dengan memandang computer ribaku.


"Not really. I come here also because I have to keep my promises and don't want you waited for me if I didn't come. But part of it, I always come here every Saturday. Mencari ideas untuk membuat benda ini", kata ku separuh kedengaran dan aku masih memandang computer tanda melihat reaksinya.


"Okay. Cool. So, can we order? I know you don't eat anything", kata Theodore memandang ku dengan penuh renungan lembut. Dia tak disappointed langsung pun dengan kata-kata aku tadi. What kind of romantic story are these? Bukankah di dalam drama or filem romantic, sang hero akan disappointed bila heroin dia memilih kerja daripada dia. Ini lain dah daripada apa yang aku imagine kan.


"You did not disappointed?" tanya ku sambil menatap wajahnya. Mencari kebenaran di balik matanya.


"Nope", katanya sambil mengelengkan kepala. Aku memandangnya coba mendengar perjelasan daripadanya.


"As long as you here, come here today and sit besides me. I am already happy. You can do your jobs as longer you need but with condition, you have to tell me about yourself. I want to know more about you", kata Theodore Xavier lagi sambil menyentuh rambutku lembut. Aku terkaku mendengar penjelasanya. Apatah lagi dengan dia menyentuh rambutku. Kenapa dia selalu sangat buat benda yang membuat jantung aku tak sihat.


"So, can we order something to eat now?" Aku hanya mengangguk sahaja mendengar pertanyaanya. Dia memanggil Ruby untuk mengorder makanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience