Chapter 10

Romance Completed 7276

Aku bangun daripada melutut selepas berdoa, aku melihat Theodore Xavier masih melutut dan mata nya tertutup rapat tengah berdoa. Aku merenung setiap wajahnya dan tersenyum.

Minggu lepas, aku tak sedar pun dia duduk di sebelah ku waktu dekat church. Habis sahaja ku berdoa, aku memandang sebelah tempat duduk, sebelah kiriku dan waktu itu dia yang kebetulan habis berdoa tersenyum memandangku. Habis "mass evening prayer" itu, dia mengajak aku makan dinner bersama, walaupun mengunakan kereta berasingan. Aku rasa makan dinner bersama pada masa itu adalah date yang pertama bagi kami berdua. Aku dengan dia bercerita diri masing-masing. Zaman kecil sampai zaman dewasa. Masing-masing ingin tahu serba sedikit tentang diri masing-masing.

Sepanjang minggu ini, Theodore Xavier yang memulakan perbualan kalau massage aku. Dia menanyakan apa yang aku buat, dah makan ke belum, dan kadang-kadang dia menelefon apabila aku bagitahu yang aku dah habis buat berkarya ataupun tak ada kerja yang nak dibuat. Ya simple gesture seperti pasangan lain yang baru berkenalan tapi apabila dia berbuat begitu, seperti orang yang mengambil berat tentang aku bertambah. Cuma aku bagi dia special place sedikit daripada yang lain.

Semalam, aku pergi ke Winter Café dan Restaurant seperti biasa. Walaupun dah bagitahu supaya dia tak perlu datang dan kita orang boleh jumpa hari ini, tetapi dia tetap juga nak teman aku dekat situ. Aku dengan dunia ku, tapi apabila dia menanyakan aku sesuatu, aku menjawab setiap pertanyaan dia. Dan apabila aku menjawab sambil memandang ke arah dia, aku melihat dia tersenyum dengar setiap patah perkataan yang keluar daripada mulutku. Entah apa yang di fikirnya ketika itu.

"Awak tunggu saya dekat luar. Nanti saya menyusul kemudian. Saya nak pergi tandsa sekejap. Kita tengah tengok aktiviti dekat luar kejap, lepas itu kita balik", kata Theodore Xavier melenyapkan lamunanku. Aku tersenyum dan mengangguk.

Aku menuju ke luar church dan berdiri di tengah-tengah tetapi bahagian belakang sekali. Hari ini, ada aktiviti untuk menyalakan lampu "Christmas tree"......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience