BAB 6

Romantic Comedy Completed 12982

Lepas satu-satu kerja yang tak masuk akal diberi oleh adit pada kyla. Kyla hanya menurut sahaja kerana dia sedar dirinya hanya makan gaji sahaja disini. Kalau ikutkan hati yang sentiasa membara memang sudah lama dia sembur adit dengan kata-kata naganya.

Hari ini dia suruh aku vakum bilik dia semalam suruh aku buat bekal untuk dia makan pagi. Tapi nasib baik suruh buat cekodok kalau suruh buat yang bukan-bukan mana aku nak cekau. Kyla melepaskan nafasnya. Semua orang sudah beransur pulang hanya tinggal beberapa kerat sahaja yang tinggal.

“baik aku cepat balik kalau bertembung dengan dia kat ktm memang tak seronok.” Gerutu kyla seorang diri. Kyla mengemas barang-barangnya.

“en.adit saya balik dahulu.”kata kyla pantas dan terus berlalu menuju ke lif. Kyla ketawa kecil.

“padan muka tak sempat nak kata apa-apa.” Kyla sengaja membuat begitu malas mahu mendengar arahan tak masuk akal daripada bos sengetnya itu.

Inilah perkara yang paling malas sekali kalau kena naik ktm dekat kl sentral orang sepadat yang amat. Kalau boleh semua sekali nak naik satu tren itu termasuklah diri aku. Siapalah yang larat nak tunggu tren seterusnya yang mengambil masa setengah jam berselang.

Kyla berdiri tidak jauh daripada kipas kerana bahang yang dirasa membuatkan dirinya tidak selesa.

“awal balik hari ini?” sapa suatu suara. Kyla dengan perasaan malas melebarkan senyuman plastic pada adit.

“awal ke? Biasa aje.”

“awallah kalau tak tunggu saya keluar dahulu baru awak balik.” Itu adalah salah satu tektik kyla untuk mengelak daripada berlaku kejadian seperti saat ini. Balik satu tren dengan bos sengetnya ini!

“ya ke. saya ada hal hari ini itu yang balik dulu daripada en.adit.”kata kyla berpura-pura. Hal apa aje yang dia ada. Balik rumah mandi lepas itu keluar makan dengan nozi. Itupun kalau nozi tak keluar dengan tunangnya. Yalah orang dah ada orang yang tersayang lainlah aku ini bayang boyfriend langsung tak pernah Nampak. Kyla mengeluh.

“kenapa mengeluh? Tak suka Nampak saya dekat sini ke? yalah tiap-tiap hari kena menghadap muka orang yang tak suka lepas itu terima arahan yang tak masuk akal. Betul tak.”ujar adit. Dia ini nak bakar line aku ke?kata kyla geram didalam hati.

“kalau en.adit dah minta saya buat tak akanlah saya nak bantahkan. nanti kata ingkar arahan pula. Tak gitu bos.” Kata kyla dalam nada yang ditahan-tahan.

“betul juga itu. Tapi betul ke awak buat apa yang saya suruh ini ikhlas. Saya tak mahulah setiap hari awak menambahkan dosa dengan membuat hal yang tak ikhlas yang tanggung awak bukan saya.” selamba sahaja adit berkata begitu. Kyla memandang muka bosnya

“insyallah saya buat dengan ikhlas tapi hal-hal yang melibatkan dosa atau pahala biar Allah sahaja yang tentukan.” Memang mulut dan hati kyla geram tapi kalau itu yang ditugaskan kyla tetap buat dengan baik.

“baguslah macam itu nanti tak ada perkara yang berbangkit. Kalau saya nak sarapan setiap pagi yang awak buat tak jadi masalahkan?” lancar sahaja permintaan adit. Kyla disebelahnya membuat muka tidak percaya. Apa! Dia ingat aku ini amah dia ked an lagi satu banyak sangatlah duit aku ini nak menampung kos sarapan pagi dia. Kyla menjerit didalam hati.

“pasal kos awak jangan risau sebab saya akan sediakan.” Kata adit lagi.

“en.adit say…saya..ra.rasa..” tergagap kyla untuk mencari alasan supaya dia tak payah bangun pagi-pagi semata untuk membuat sarapan bos sengetnya ini.

“kenapa ada masalah ke? kata kalau tak ikut arahan saya ingar nanti. Inipun salah satu arahan daripada saya. boleh ke tidak.” Adit sengaja mendera setiausaha merangkap singa kecil disebelahnya ini. Adit ketawa suka didalam hati.

“bukan saya tak nak ikut. Tapi masalahnya saya takut tak sempat nak sediakan sarapan en.adit. yalah saya keluar awal nak kejar bas lagi tren lagi. Kalau saya beli boleh?” kyla cuba berkompromi. Manalah tahu tuah menyebelahi nasib dia. Adit disebelahnya diam seketika.

“okey. Tapi at least dalam sehari mesti awak ada masak untuk saya.” kyla tersenyum kemenangan. Dasar banyak cekadak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience