BAB 2

Romantic Comedy Completed 12982

Kegeraman hati kyla memang tak dapat dibendung lagi. Setiap kali teringatkan mamat sengal itu pasti hatinya penuh dengan kata-kata buruk ditujukan pada lelaki tersebut. Buat menambah dosa aku aje. Geruta kyla.

Kyla termenung di meja kerjanya. Kejadaian minggu lepas masih segar lagi dalam ingatan kepalanya. Memang sangat memalukan nasib baik tak ada orang yang kenal aku.

” Woi kyla yang kau termenung sakan ini kenapa?” Sergah nozi terpelanting pen di tangan kyla.

“Kau ini dah tak reti bagi salam ke. Kalau aku jalan tadi macam mana?” Marah kyla. Nasib baik tak ada sakit jantung kalau tak memang arwah dia. Nozi mempamerkan gigi putihnya menandakan dia telah membuat salah.

“Sorry-lah aku ingat kau perasaan aku datang tadi.”

“Banyaklah kau. Ini apa mimpi datang department aku ini sudahlah semalam tak balik rumah.” Bebel kyla.

” Aku lupa nak call kau aku tidur rumah akak aku mak aku datang semalam. Janganlah marah janji lepas ini dengan kau aku sekali angkut.” Kawan aku yang seorang ini memang suka terlebih.

“Apa kes datang tempat aku ini. Nak kata dah lunch lambat lagi kot. Kau nak jadi ular ke.”

” Eh aku ke kau yang ular yelah bos baru belum ada memanglah kau seronokkan tak ada kerja sangat tapi hari ini nak seterusnya aku gerenti kau tak akan ada masa lagi lepas ini.”

“Apa hal pula. Bos baru dah sampai ke?” tanya kyla teruja. Yalah hampir dua minggu dia melanggut seorang diri dimeja kerana bos yang dia jaga selama ini telah dipindahkan ke Johor jadi ada bos baru yang menggantikan tempat en. Fahmi. Jadi setiausaha kira penjaga bos jugalah.

“Pandai sungguh tekaan kau itu. Jom ikut aku naik jemput bos kau.” Kyla pelik seketika.

“Apa ke hal pula nak berjemput bagai macamlah kau tak boleh nak bawa dia ke sini tadi.apa ke peliknya.” Pelik pula kyla dengan bos barunya itu.

“Pelik tak pelik ikut aku. Kau tahu tak siapa bos baru kau itu?” Tanya nozi sambil berjalan diikuti kyla bersama.

“Manalah aku tahu. Dia tua ke muda?” tanya kyla. Nozi ketawa.

“Tua dan Nampak macam orang gatal. Aku tengokpun seram.”kyla menelan air liurnya.

“Kau biar betul nozi. Wei takutlah pula aku. Kalau dia mengatal dengan aku macam mana.”

“Kau layan ajelah. Mana tahu dapat jadi wife ke empat ke.”terjegil mata kyla memandang Nozi.

“kau ini kalau aku libas mulut kau baru tahukan.” Mereka sudah berada didepan pintu bilik ceo syarikat ini. Bertambah pelik kyla dia ingatkan mahu pergi ke sumber manusia.

“Kenapa kita pergi tempat kau pula ini. Takkan aku jaga Dato pula.” Nozi telah menjadi setiausaha Dato hampir tiga tahun dan nozi jugalah membantunya mendapatkan pekerjaan di sini setelah dia tamat belajar.

“Bukanlah. Bos baru kau ada dalam bilik itu. Sudah pergilah masuk.”ujar nozi sambil berlalu menuju ke mejanya. Kyla mengetuk perlahan pintu tersebut terasa gementar pula hati ini. Kyla cuba bertenang.

“Masuk.” Kyla menolak perlahan pintu bilik bos besarnya. Ternampak seorang lelaki duduk membelakangkan dirinya. Eh kenapa Nampak macam tak tua aje. Kyla pelik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience