BAB 9

Romantic Comedy Completed 12982

“selamat pagi. Kyla buat apa dekat sini?”

“pagi dato. Saya singgah sekejap aje nak bagi barang dekat nozi.” Tersengih kyla dengan alasan lapuknya.

“tak apalah saya pergi dulu.” Kyla bangun dan memandang nozi sebelum hilang disebalik tiang. Nozi membuat muka ‘jangan risaunya’. Kyla mengeluh.

“Kyla kau jangan risau okey.” Kata kyla cuba menenangkan dirinya. Dia berjalan agak perlahan daripada biasa kerana dia tidak ingin bersemuka dengan adit. Baru sahaja dia mahu duduk adit telah mengarahkan dia masuk.

“mak ai kalau macam inilah suaranya memang tak selamat aku.” Gomel kyla sendirian dengan muka cuaknya. Sebelum masuk kyla menandah tangannya sambil berdoa.

” En. Adit. Saya nak minta maaf pasal kejadian semalam. Memang salah saya tinggikan suara dekat en,adit tapi itu semua diluar kawalan saya. saya betul-betul minta maaf. Janganlah en.adit berhentikan saya sebab saya memang sangat menyesal dengan kejadian semalam lagipun sekarang ini susah nak cari kerja macam mana dengan saya nanti. En.adit saya minta maaf sekali lagi. Kalau en.adit nak marah ke apa ke saya sanggup dan rela tapi kalau nak berhentikan saya kerja saya tak sanggup.” Panjang lebar kyla mengutarakan kata maafnya namun adit Cuma memandang kyla sambil menongkat dagunya. Kyla mencuri nafasnya terasa sesak bercakap panjang begitu dengan nafas yang singkat.

“en. Adit saya minta maaf ini.” Kata kyla perlahan. Adit masih merenung kyla. Ini apa kes pandang aku macam Nampak model tercantik depan mata. Kyla sudah tidak keruan dengan pandangan bosnya.

“kalau en.adit nak saya masak sarapan tiap-tiap pagipun saya tak kisah. Asalkan en.adit tak berhentikan saya kerja.” Adit dihadapannya masih setia memandang wajah tidak keruan kyla. Dia ini apa kes pandang aku semacam ini. Kyla memberanikan dirinya memandang adit.

“En. Adit saya minta maaf.” Kata kyla lagi untuk kesekian kalinya.

” lagi.”kata adit.

“apa yang lagi?” tanya kyla pelik.

“apa yang boleh awak buat untuk saya supaya saya tak berhentikan awak kerja.” Kyl;a diam seketika memikir.

” kalau en. Adit nak saya bersihkan bilik en. Adit setiap haripun saya tak kisah.”kyla mula merapu walaupun dia tahu itu bukan kerja dia namun semenjak berboskan adit dia telah melakukan tugas cleaner.

” itu sahaja.” Duga adit lagi.

“eeemm masak dah kemas bilikpun sudah.” Kyla mengumam sendirian. Yang sebenarnya dia mencari idea untuk menyatakan alasan. Apa hal aku blur ini.

” kalau en.adit nak saya dobikan baju en. Aditpun saya tak kisah.” Ujar kyla merapu lagi. Adit ketawa. Dia suka melihat wajah kabut kyla. Ya dia mengaku hati dia telah terpaut pada gadis singa ktm ini. Adit ketawa didalam hati.

” betul ke ini.” Kyla mengangguk laju padahal dia sendiri tak tahu apa yang di katakan.

” kalau macam itu awak boleh jadi tukang masak saya?” tanya adit

“boleh.”

“awak juga boleh jadi tukang kemas bilik saya?”

” boleh.”

” dan awak juga boleh jadi tukang cuci baju saya?”

“boleh.”

“kalau saya nak awak jadi isteri saya boleh?”

“boleh.” Adit tersenyum kambing.

” ap..apaa..apa. isteri? Kelakalah lawak en. Adit itu.” Kyla ketawa dalam kepura-puraan.

“kalau saya tak buat lawak.” Tanya adit serius. Dia sudah terlajak kata lebih baik berterus terang. Kyla masih ketawa. Nak mainkan akupun beragaklah sedikit. Tahulah handsome aku ini pipit aje. Kyla mula mengarut.

“kyla saya serius ini.” Ujar adit dan bangun daripada tempat duduknya menuju kearah kyla. Kyla sekali lagi tidak keruan.

“jangan datang dekat saya.” ujar kyla spontan siap menahan tangannya dihadapan. Adit tertawa kecil.

“saya rasa lebih baik saya keluar sekarang kalau dah tak ada apa-apa.” Ujar kyla dan ingin berlalu.

“siapa benarkan awak keluar.saya tak habis cakap lagi.” Halang adit. Kyla yang membelakangkan adit mengetap bibirnya.

” okey. En. Adit nak cakap apa.” Kyla menarik nafas dan berpaling semula pada adit.

” apa yang saya cakap tadi saya maksudkan betul-betul.” Adit tenang padahal gejolak didalam hati tuhan sahaja yang tahu.

” yang mana nak suruh saya masak itu ke? kalau yang itu jangan risau esok pagi tersedialah sarapan atas meja en.adit.” kyla sengaja buat-buat tak tahu. Padahal dia takut dan cuak sekarang ini. Tak mungkin bos sengetnya ini menyukai dirinya.

“bukan. Awak tahu apa yang saya sedang cakapkan ini. Saya serius.” Adit mara selangkah tapak lagi.

” berhenti jangan datang dekat saya.” halang kyla lagi. Dia gementar apabila adit berada dekat dengan dirinya seperti semalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience