“kyla saya memang sukakan awak sejak pertama kali lagi kita berjumpa walaupun keadaan masa itu macam tak berapa seronok sangat tapi itulah kenyataannya saya suka awak.” Kata adit. Kyla sudah pening-pening lalat mendengar perkataan-perkataan yang keluar daripada mulut adit.
” kalau awak betul sukakan saya kenapa suka menyiksa jiwa saya dan suruh saya buat macam-macam.” Adit ketawa.
“saya suka tengok keadaan awak kalang kabut Nampak comel sangat dengan mulut comel yang suka merungut bila saya suruh buat macam-macam tapi tangan bergerak juga dan paling penting sebab saya nak tengok awak.” Muka kyla sudah merona kemerahan. Betul ke tak ini macam mimpi aje. Kyla ketawa kesukaan didalam hati tapi diluaranya dia cuba control ayu. Poyo!
” kenapa saya?” kyla ingin kepastian. Adit mara selangkah kehadapan dan sekarang ini adit betul-betul berdiri dihadapan kyla. Kyla hanya menundukkan mukanya.
“sebab awak kyla bukan orang lain yang saya mahu.” Kyla sudah tersengih-sengih macam kanak-kanak dapat gula-gula tanpa dilihat oleh adit. Sukanya!
” ya ke? en. Adit pasti ke ini.” Kata kyla dan merenung muka adit. Serius!
“en. Adit? Bukan adit aje ke?” kyla mencebik.
” en. Adit bos saya jadi takkan nak panggil adit.” Adit ketawa melihat cebikan manja kyla.
“betul juga itu. Tapi kalau nak panggil sayang lagi en.adit ini suka.” Kyla tersedak mendengar perkataan sayang itu.
“en. Adit saya keluar dululah lagipun en.adit tak jadi nak berhentikan saya. banyak kerja yang belum siap.” Kyla melangkah pergi. Adit menarik tangan kyla.
“cakap sayang dulu baru boleh keluar.” Sengaja adit mendera jiwa kyla. Kyla memuncungkan mulutnya.
“apa ini main ugut-ugut. Saya banyak kerja nak buat ini en. Adit..”
“sayang.” Pintas adit. Kyla membuat muka garangnya.
” tak nak sayang.”
“sayang juga.”
“tak naklah sayang.”
“sayang cakap sayang.”
“okeylah sayang!” Kata kyla geram.
“tak ikhlas.” Kyla menjulingkan biji matanya. Tak sangka adit yang dihadapnya ini sangat mengada-ngada.
“okeylah sayang. Kyla sorry okey lepas ini nak cakap sayang banyak kalipun tak apa tapi kyla dah lama sangat dalam bilik en.adit ini nanti semua mulut reporter dekat sini buat berita tergempak pula.” Pujuk kyla. Adit ketawa didalam hati. Suka!
“okey fine. Tapi lepas ini sayang no more adit.” Kyla tersengih.
“okey en.adit. ada apa-apa pesanan ke sebelum saya keluar.”
“kyla awak tahu tak awak comel sangat dengan attitude macam ini.”
“nampaknya kyla memang kena keluar dari sini. Okey nanti kalau rindu press aje button one I will be there for my sayang.
“okey you may go tapi balik ini jangan tak tunggu sayang.” kyla hanya mengangguk dan berlalu pergi. Sebaik sahaja dia menutup pintui en. Adit. Kyla terkinja-kinja seorang diri. Nozi aku ada cerita hot!
Share this novel